REVIEW MEMBELI BELAH DI CHILINDO

Nota : Review ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak.Segala kos pembelian makanan,produk dan lain-lain dibeli menggunakan duit sendiri.Ini merupakan review yang paling jujur dan ikhlas dari hati nurani yang pernah anda baca.Tajaan PapaMama mungkin termasuk dalam pembelian.


Setelah melihat beberapa iklan mengenai Chilindo di beberapa laman sosial seperti facebook dan instagram,tiba-tiba Amar rasa tertarik untuk mencuba laman membeli belah secara bidaan itu.Jadi disini,Amar cuba untuk berkongsi pengalaman di laman membeli belah tersebut. Amar berharap entri ini sedikit sebanyak dapat membantu anda sebelum membeli belah di laman tersebut dan selamat meneruskan pembacaan anda J

First impression bila Amar masuk Chillindo Amar rasa teruja sangat.Yelah,siapa tak teruja sebab dapat membida start dari RM0.10 kan.Barang kat sana kebanyakan barang-barang biasa jer.Takde lah dia nak jual barang macam sofa ke benda-benda besar macam TV pun takde yang.Pasal barang tu Amar rasa korang boleh check sendiri ya.Amar ni peminat barangan gadget.So,Amar bertungkus-lumus nak dapat barang dengan harga terbaik terpaksalah cuba banyak kali bidaan sampai dapat jugak barang Amar nak.



Antara barangan yang Amar beli ialah:
1.Travel bantal: Dark Blue
2.POPSOCKET Gripper : Pemegang Telefon Pintar
3.Tripod untuk Kamera
4.Tripod Octopus Fleksibel Untuk Telefon Mudah Alih: Biru / Merah
5.Konverter Micro-USB ke Lightning
6.Pemegang Telefon Universal : Putih Berseri / Putih / Hitam / Merah Jambu

Ya,tu je barang yang amar beli,just enam barang je.Nak beli banyak sangat takut membazir pulak sebab barang yang amar beli tu pun dah pelik-pelik.Nak beli sikit sangat pun membazir jugak sebab shipping cost RM8.Lepas membuat pilihan barang,barangan-barangan di atas berjumlah RM32.64 termasuk postage.



Nak cerita masa membida,punya lah lama amar try sebab nak dapat harga murah kan hehe.Amar bukan bida dalam masa sehari ni,tapi berhari-hari bila ada je leisure time terus bukak phone and bermulalah perperangan bida.Based on pemerhatian masa Amar bida,Amar dapat rasa yang pembidaan ni bukan je manusia je yang terlibat malah komputer (bots) pun terlibat sama.Korang faham tak ayat amar tu,maksud amar macam ni.Contoh amar bida neck pillow tu dengan harga RM0.50.Memang konfem amar takkan dapat barang tu dengan harga RM0.50 walaupun membida pada pukul 3 pagi sekalipun.Akan muncul lah pembida nama siam lah apalah,nama pelik-pelik pastu nama sama pulak tu.Memang amar rasa dah ada had harga minumum untuk  sesuatu barang,yang diwujudkan oleh kompeni Chillindo sendiri,supaya kita rasa kita membida dengan manusia ;’( hmm sedihkan.

The next is let go to the kualiti barang pulak,
Sebut je harga murah,hang takpayah nak menangis lah kalau barang yang baru anda beli dah patah atau rosak.Tapi harga tak melambangkan kualiti ya.Mungkin ada je barang yang murah dan berkualiti.Amar akan buat review semua barangan yang Amar beli di Chillindo berdasarkan apa yang berlaku.


1..Tripod untuk Kamera
Masa amar nak beli benda ni,punyalah amar ingat benda ni besar sangat and berat.Tapi bila test je,pfttt,pendek je rupanya benda ni walaupun dah extend.Kalau nak betul-betul tinggi korang kena letak atas meja  ya.Benda lain pasal tripod ni okay je,ketinggian je yang tak okay.


2.POPSOCKET Gripper : Pemegang Telefon Pintar
Kalau anda masih tak tahu pop socket tu apa.Anda boleh baca artikel dibawah dulu


Ok,So far,walaupun benda ni RM1.87 inc.gst jer.Tapi benda ni agak berkualiti sebab amar dah cabut dari belakang phone sebanyak tiga kali tapi masih boleh melekat dengan sempura.


3.Travel bantal: Dark Blue
Amar pun tak tahu kenapa Amar beli benda ni,mungkin sebab nak cukupkan troli taknak bagi membazir sangat je kot.Sampai je barang ni,Amar tiup guna mulut sebab takde pump.Pakai jarang-jarang sekali sebab amar tak suka sangat benda ni dan tak perlu.



4.Pemegang Telefon Universal : Putih Berseri / Putih / Hitam / Merah Jambu
Benda ni amar sangkut kat tepi katil sebab tempat cas phone amar jauh sikit je daripda katil.Balik je kelas amar akan sangkut phone amar kat sini and sambung charger.Bila rehat atas katil jadi mudah lah sebab pandang je tepi terus boleh nampak phone tengah cas tergantung tepi katil.Benda ni boleh ganti meja lah kiranya kan.


5.Tripod Octopus Fleksibel Untuk Telefon Mudah Alih: Biru / Merah
Amar beli benda ni sebab amar suka rekod video diri amar sendiri bercakap-cakap.Acah macam youtuber lah.Rekod je tapi tak publish pun sebab still tengah practice.Pasal benda ni,sebab kerap sangat guna and betulkan kaki dia.Benda ni dah patah tapi still boleh baiki lagi tapi beberapa lama kemudian patah balik.Nasib beli dua tripod kan.Amar suka sangat yang ni sebab saiz kecil dan boleh gantung kat mana-mana.


6.Konverter Micro-USB ke Lightning
Beli benda ni sebab ingat mudah boleh selit dalam walet and kalau terlupa bawak charger iphone boleh je guna benda ni kat mana-mana kabel samsung.Biasanya kabel samsung banyak bersepah kat mana-mana kan.Bila tengok balik port kat dalam benda ni

*UPDATE* benda ni dah rosak time amar nak guna


What quality of plastic they put in this thing.Nasib murah dan tak rosak kalau tak komplain banyak dah.Still tak pernah guna benda ni,sebab takde situasi kecemasan pun atau memang benda ni takkan berguna sampai bila-bila.:P

For the conclusion,I think tak lah teruk sangat beli barang kat sini kalau korang pandai pilih barang dengan harga yang bersesuaian.Korang boleh try lah lepas try beli barangan kat sini and jangan lupa kongsi pengalaman anda dekat ruang komen kat bawah.

I think thats all for today review,lain kali amar akan tulis review untuk shopping shopping site yang lain kalau anda masih ragu-ragu nak beli barang kat sana.


REVIEW MEMBELI BELAH DI CHILINDO REVIEW MEMBELI BELAH DI CHILINDO Reviewed by Amar Razali on September 09, 2017 Rating: 5

10 ulasan:

  1. CCL ada jugak terjah laman chilindo ni . Tapi tak besemangat pulak nak membida .hehe .. btw harga murah2 boleh dapat banyak barang kn .

    BalasPadam
  2. Akak ada pengalaman beli kat chilindo ni boleh la barang digunakan sampai loni

    BalasPadam
  3. Suggestion...x payah beli la kat chilindo...x sama rupa dngn gmbr...kualiti mcm sampah...lg2 kuali dngn pemegang fon tu...kuali besi nipis gila...pengepit plak plastic nipis...x kuat...rasa pakai x smpai 2 minggu patah da..thknzz

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi bukan bole return ke kalau x puas hati within 30 days, kan?

      Padam
    2. takpasti lah tapi dia ada tulis jgk kat website macam tu, tapi kalau dah harga barang beberapa sen je nak return balik tu rasanya tak dah kot, kalau barang sampai berbelas ringgit amar lagi rela order kat shoppe kot

      Padam
  4. Syarikat itu mestilah membeli produk dalam jumlah besar dan dengan itu dapat menjualnya dengan harga yang berpatutan. Mereka boleh membuat keuntungan dalam beberapa produk tetapi mungkin tidak untuk semua.

    The company must have bought the products in large volume and therefore to be able to sell it at affordable prices. They may make profit in some of the products but may not for all.

    BalasPadam
  5. all the stuff no quality at all.

    BalasPadam
  6. Hye amar. Sy nk tanye. Biase berapa hari baru payment clear? Sebab dah transfer duit pon dekat order still payment pending. Thanks

    BalasPadam
    Balasan
    1. mase amar beli dulu payment terus masuk, mungkin boleh bagi masa 1-2 hari kot tapi kalau still pending boleh contact support team diorang dilaman https://www.chilindo.com/my/Info.aspx?id=331

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.