Keindahan Pantai Morib di Banting


"Tempat apa yang menarik nak dilawat di Banting eh ?", jika anda sendiri yang mengajukan soalan ni,maka anda berada di tempat yang betul.Maka mari teruskan membaca hingga ke hujung.

Actually banyak tempat menarik untuk dilawat di banting,antaranya ialah Pantai Morib,Pantai Kelanang,Gold Coast Morib Resort,Pantai Tanjung Rhu,Pulau Carey,Bukit Jugra,Kerepek Banting,Paragliding Bukit Jugra,Perahu Layar di Kg.Bukit Batu,Paya Indah Wetlands,Ladang Teh Boh Cheeding,Masjid Istana,Balai Cerap Bukit Jugra,Muzium Tapak.

Wah banyak betul tempat menarik yang dilawat tapi aku just nak fokuskan tajuk ni untuk PANTAI MORIB je.Kenapa apa Pantai Morib je ? Sebab aku dah pernah melawat ke Pantai Morib dan aku dah rasai sendiri keindahan tempat tersebut then takkanlah aku nak cerita benda yang aku belum buat,jadi sembang kosong lah jawabnya.Lagipun Pantai Morib ada tempat yang wajib kunjungi sebelum melawat tempat-tempat lain di atas.Masa aku pergi tu hujung minggu (ahad) ,so ramai sangat orang kat sana.Boleh dikatakan tempat ni boleh dijadikan short-getaway untuk orang yang stress dan penat bekerja di hari minggu.




Nah ammekaw ramai sangat orang kat sini,jenuh jugak lah nak cari tempat parking kereta.Kena pusing dua tiga kali baru dapat tempat parking yang sesuai.Tempat ni juga sesuai untuk berkelah,anda digalakkan untuk membawa tikar dan bekalan.Bolehlah kunyah nugget sambil tengok pantai sambil muka ditiup lembut oleh bayu,kan best gittew.Tapi kalau anda tak minat makan atas rumput pun ,ada banyak restorant/tempat makan kat sini .Jadi tak perlu risau lah kalau lupa bawak makanan kan,tapi lagi best kalau makan makanan dari rumah kan.So i ate at one of the restaurant here and the dishes was very delicious.Pekena nasi goreng cili padi dengan air kelapa memang menyengat di tengahari,while my sister ordered laksa penang and it was very delicious too.


Lalu je kat restorant ni,tiba-tiba ada server datang ajak untuk duduk makan sambil promot makanan '"ABC ada,nasi goreng ada,laksa ada" ,masa tu memang kitorang tengah cari tempat makan pun sebab belum makan dari pagi.Kitaorang pun duduk lah makan kat sini,pandai taktik kau cari pelanggan ye pakcik.But we end up ,makanan kat sini sangat sedap and recommended kalau nak makan kat sini.



Lepas mengisi ruangan kosong di perut,then kitorang pun pergi berjalan jalan untuk jalan-jalan.Tempat ni agak happening sebab ada orang jual aiskrim,ada badut yang buat belon,ada belon buih,layang-layang dan macam-macam lagi.Kalau sampai kat sini,memang banyak aktiviti yang anda boleh buat selain dari berkelah.Sesuai juga kalau anda datang sini semata-mata untuk ambil gambar dan post di instagram hehehe.


Kat sini ada sidewalk,jadi kalau anda just nak tengok permandangan je and tak nak basah kena air,so korang boleh lepak sini sambil hirup udara segar okay .


Kalau tengok dari jauh ,pasir tu nampak macam lumpur tapi bila pergi dekat pasir tu adalah pasir biasa je.Kat sini ada banyak ketam,bila anda pegi dekat dengan pasir,anda akan nampak anak-anak ketam melarikan diri dari anda dan masuk kedalam pasir.Comel betul nampak



Pantai masa aku datang tu panas gila,nampak gambar kat atas tu pun dah tahu bertapa panasnya tempat tu.Tak boleh duduk bawah panas lama-lama nanti terbakar kulit kang susah nak pulihkan balik.Tapi for the sake untuk ambik gambar,nevermind lah panas pun kejap tapi serious lepas siap ambik gambar tu badan perpeluh-peluh and muka pun berminyak.So kalau nak datang,datanglah petang sikit ye,masa tengah redup-redup untuk pengalaman yang lebih menarik ya.Permandangan kat sini memang nice,air pantai pun nampak biru-biru sama macam warna langit.



Selain tu,kat sini pun ada banyak gerai khemah,ada jual macam-macam and we did buy rojak buah here which is my favourite.Kuah dia sedap gila,sebab dia letak kacang.Harga RM3 nak cakap banyak,tak lah banyak sangat tapi okay je.Ingat nak suruh dia letak buah jambu,nenas dengan mempelam je tapi tengok-tengok dia dah campur siap-siap.Last-last dapat rasa sengkuang je banyak lam ni.Sekuang murah ke sekarang?. Barangan-barangan macam keychain ,beg,baju pun ada kat sini.Boleh lah dibeli jika nak bagi dekat orang lain or dijadikan sebagai kenangan.Harga kat sini biasa je,takde lah harga cekik darah pun dan sesuai dengan tempat.



Last from me,jika anda masih ragu-ragu untuk datang sini,jangan fikir panjang,datang je sini sebab tempat ni sangat berbaloi untuk anda pergi dan luangkan masa bersama yang tersayang.
Kalau korang dah pernah datang sini atau pernah datang sini,tinggalkan lah komen tentang pengalaman anda di Pantai Morib untuk rujukan semua ,let me know your 2 cent.








Keindahan Pantai Morib di Banting Keindahan Pantai Morib di Banting Reviewed by Amar Razali on Oktober 08, 2017 Rating: 5

11 ulasan:

  1. macam menarik. tak pernah sampai lagi. ada rezeki insyaaAllah sampai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena try jugak skali untuk ambik pengalaman,best dpt jalan-jalan

      Padam
  2. wah, byk gerai2 jualan dekat pantai tu..hampir sama macam pantai tanjung aru, tapi sayangnya akan ditutup gerai2 tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa nak tutup dah ,tak faham.Mohon penjelasan sis

      Padam
  3. banyak pantai jugak ek kat banting tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup,my friend said pantai kelanang best jgk,but i never been there

      Padam
  4. pernah lepak dekat tebing tu, habis basah baju sebab ombak kuat sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahhaha,teruk sangat ombaknya tu sampai boleh panjat tebing

      Padam
  5. Wow siap ada gerai jualan lg... Bgs sgt tu beli cenderamata

    BalasPadam
  6. Gerai2 tu dbuka setiap hari k? K ari ahad j? I meant gerai baju keychain.. Bag.. Smue tu? Bkn mknn.. Tw

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.