Resepi Sup Cendawan Simple dan Sedap

Dah nak masuk bulan December maka bermulalah musim tengkujuh,musim yang tak berapa baik bagi nelayan-nelayan.Harga ikan pun tengah mahal.Kalau kat luar negara boleh dikatakan winter lah.Mungkin yang sampai kat Malaysia salji yang dah cair la kot.Pakai baju tebal-tebal pun masih sejuk lagi,perut pun mudah lapar sebab tenaga yang ada digunakkan untuk memanaskan badan.



Disebabkan my brother buat balik banyak cendawan jadi amar nak berkongsi resepi sup cendawan yang yang sangat sedap dan simple.Tak salah kan kalau kita nak berkongsi nikmat yang kita rasa dengan orang lain.Malas nak hurai panjang-panjang jadi kita terus ke bahagian resepi



BAHAN-BAHAN:

  • Cendawan
  • Lada hitam
  • Bawang putih
  • Gula 
  • Garam
  • Maggi cukup rasa/Stok ayam

CARA PENYEDIAAN:
  1. Basuh cendawan hingga bersih dan buang bahagian yang tidak perlu
  2. Tumbuk lada hitam hingga lumat
  3. Kupas bawang putih dan tumbuk bersama lada hitam tadi
  4. Masukkan sedikit minyak kedalam periuk,tunggu hingga panas dan tumis bahan yang ditumbuk 
  5. Setelah naik bau,masukkan cendawan dan tambah air ke dalam periuk
  6. Apabila air sudah mendidih,tambah bahan perasa secukupnya dan tunggu sehingga semua ramuan telah sebati
  7. Sup cendawan sedia dihidangkan untuk dimakan seisi keluarga

Eh dah siap rupanya,simple betul.Korang boleh cuba resepi ni dirumah dan komen jika ada bahan lain yang boleh boleh menyedapkan lagi keenakan sup cendawan ini.Sebelum mengakhiri entri ,amar nak berkongsi satu fakta bahawa:

"Lada hitam boleh meningkatkan suhu badan,"

Jadi kekal panas dan bertenaga walaupun di musim sejuk. :D




Resepi Sup Cendawan Simple dan Sedap Resepi Sup Cendawan Simple dan Sedap Reviewed by Amar Razali on November 28, 2017 Rating: 5

21 ulasan:

  1. huiiii..sedap ni hujan hujan makan sup. save dl resipi ni..tq ya

    BalasPadam
  2. sedapnyee suppp...tq simple je resepi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. siapa sangka benda yang simple pun boleh jadi sedap :D

      Padam
  3. wow... bgs sup cendawan lada hitam ni.... mesti tambah nasi kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak makan dengan nasi pun boleh,tanpa nasi pun boleh,janji panas-panas baru best makan

      Padam
  4. Mudah dan sedap. Nak cari cendawan la bila air surut nanti. Abam kie folo sini juga. Tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. try la buat,cendawan pun bnyk yang tumbuh selepas hujan hehehe

      Padam
  5. Tak letak kiub Ayam pun blh. Lbih simple

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh pilih sama ada nak letak kiub atau maggi cukup rasa

      Padam
  6. amboiii sakan noo.. pandai amar masak.. :)

    BalasPadam
  7. nampak macam sedap tu.. wah rajin ea kongsi resepi :)

    BalasPadam
  8. Adeh..Tengok lauk ni terus igt kampung...Huhu

    BalasPadam
  9. sedapnya..lama dah tak buat. hujan-hujan camni makan panas-panah wooo wooo memang best sangat

    BalasPadam
  10. Woww... sedapnya sup cendawan tu. Good resepi to share Mr Amar. :D

    BalasPadam
  11. menarik resepi nie. boleh la nak try nanti :D

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.