Hi semua, kali ni Amar nak berkongsi pengalaman Amar ke Big Bad Wolf pertama di Kuantan, Pahang. Untuk pengetahuan semua juga ini merupakan kali pertama Amar mengikuti jualan buku yang terbesar di Malaysia ni. Jika anda mahukan info yang lebih lanjut tentang pesta buku ni boleh baca *KLIK*JUALAN BUKU BIG BAD WOLF KINI DI KUANTAN, PAHANG !*KLIK* Untuk merasai full and maximum experience of this event, Amar attend event ni pada hari first sebab orang cakap hari first la best, banyak buku dan lebih meriah. Oleh sebab Amar belajar kat Universiti Malaysia Pahang di mana tempat event ni diadakan, keesokannya harinya Amar pergi sekali lagi dan lebih ramai orang yang hadir. Nak pergi hari-hari pun boleh tapi pokai lah nanti. Korang kena baca sampai habis sebab Amar nak kongsi lifehack untuk event BBW ni ;)
First time masuk tempat ni agak excited (walaupun kat universiti sendiri) , di sebelah tepi pintu terdapat banyak troli dan bakul untuk pelanggan-pelanggan yang datang untuk shopping (WAHH!! Shopping buku pun pakai troli,macam banyak je nak beli). Pintu tu untuk masuk je tau, pintu keluar berada di side yang lain.
Terdapat pelbagai jenis buku untuk pelbagai peringkat usia dengan harga yang murah dan tak masuk akal. Buku fixi kegemaran remaja boleh didapati dengan harga hanya serendah RM10 sebuah. Ada juga yang berharga RM16. Amar pun tak tahu macam mana harga buku ni berlainan but my assumption is mungkin yang mahal sikit tu untuk buku yang baru diterbitkan kot.
Selain novel, terdapat pelbagai jenis majalah seperti UJANG, APO? dan lain-lain dengan harga RM7 sahaja. Tak ketinggalan juga buku-buku masakan yang bervariasi sangat sesuai untuk peminat masakan atau yang baru nak belajar masak pun boleh beli. Buku-buku yang popular seperti tarbiah sentap pun boleh dapat kat sini. Nak mudah semua buku yang ada kat kedai buku kat Malaysia ni semua boleh dapat kat sini, bezanya harga kat sini murah dan kat kedai buku biasa mahal.
Pandangan event ni dari atas, tak terkira banyak mana buku yang ada kat sini |
Say no more worries to tak cukup latihan, rujukan dan apa-apa lagi. Lepas datang kat sini memang takde dah semua alasan-alasan tu sebab buku rujukan/latihan tebal-tebal tak kiralah Sasbadi ke, Fajar Bakti apa ke kebanyakan semua berharga RM10 sahaja. So tempat ni sangat sesuai untuk parents and student beli buku untuk diri mereka sendiri atau anak-anak.
Geram betul, banyak buku kana-kanak yang comel dan murah. Sesuai untuk parents yang nak terapkan sikap suka membaca dalam diri anak-anak tanpa perlu berbelanja besar. Orang dewasa pun boleh baca buku kanak-kanak sebab buku kanak-kanak sangat comel dan memberi banyak pengajaran yang berguna.
Pelbagai jenis poster dengan harga RM5 satu keping dan RM10 untuk 3 keping |
Disini juga terdapat buku quote dengan harga RM6.90, boleh baca bila sedih dan perlukan motivasi dalam diri |
Selain buku terdapat juga button badge, magnet fridge dan baju untuk dijadikan kenangan. Banyak jenis dan design yang menarik tapi sayang dah tulis awal-awal tak boleh ambik gambar. Takleh nak tolong dah, kena datang sendiri jugak.
Di luar dewan jualan buku tersebut terdapat banyak truck jualan seperti goreng pisang cheese, air mangga dan lain-lain. Kemudahan meja-meja turut disediakan di hadapan dewan untuk memudahkan pelanggan yang datang untuk makan dan lepak. Tu je kot untuk kali ni, Amar ada beli beberapa buah buku dan semua buku tersebut belum dibuka lagi. Mungkin lain kali, Amar akan tulis review untuk semua buku yang Amar beli kat sini. Stay Tuned ;)
Berbelanja sakan sambil berjimat di BIG BAD WOLF Kuantan
Reviewed by Amar Razali
on
Mac 02, 2019
Rating:
wah seronoknyaaaa
BalasPadamWahh banyaknya buku
BalasPadamBestny dpat pergi. Xtaw la smpt ke x nak pergi ni.
BalasPadamsalam..akak share post ni kat blog akak ye
BalasPadamsayangnya tak sempat nak pergi..tak kena tarikh..
BalasPadamSaya nak pergi masa dengar ada pesta buku kat UMP. Tapi disebabkan tak cuti, tak dapat balik Pahang masa tu. Tengok orang post kat IG jelah😅.
BalasPadamnak buat macam mana, tunggu lain kali jelah sis
Padam