Resepi Pisang Goreng Ranggup, Simple dan Sedap!

Hi semua, kali ni Amar nak berkongsi resepi untuk membuat pisang goreng kegemaran semua. Resepi ni tak perlukan banyak bahan dan simple sahaja. Jom kumpul semua bahan dan mula memasak.

Bahan-bahan:
-Pisang
-Tepung Beras
-Garam
-Telur
-Kapur makan (optional)
-Pewarna Kuning (optional)

Langkah-langkah:
Masukkan secawan tepung beras, sedikit pewarna kuning telur, secalit kapur makan (supaya pisang menjadi lebih ranggup) dan pecahkan satu biji telur kedalam mangkuk.Jika anda mahu lebih ranggup anda boleh guna telur itik.Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk sambil kacau semua bahan tersebut. Jangan masukkan semua air terus dan kacau bahan tersebut sehingga tidak berketul. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau terlalu pekat dan sesuai untuk coating pisang tersebut. Jika adunan terlalu cair, anda boleh tambah tepung beras. Kemudian masukkan dua cubit garam sebagai penambah perisa dan kacau sehingga larut.Gunakan pisang yang tidak terlalu masak dan tidak lembik supaya pisang tak akan serap minyak yang mana akan menyebabkan pisang akan menjadi tidak ranggup.


Potong dua pisang tersebut dan celup kedalam adunan tadi. Adunan tadi juga boleh digunakan untuk celup ikan, udang ataupun sotong.

Masak pisang tersebut di dalam minyak yang panas dan tunggu sehingga pisang tersebut menjadi warna keemasan. Pisang tersebut akan masak kurang daripada 10 minit.

Adunan tadi sesuai untuk masak sebanyak sesikat setengah pisang bergantung kepada saiz pisang tersebut.Kalau mahu lebih serdak, anda boleh goreng je lebihan adunan tersebut. Pisang goreng yang sudah dimasak boleh diangkat dan dihidangkan untuk seisi keluarga :)
Resepi Pisang Goreng Ranggup, Simple dan Sedap! Resepi Pisang Goreng Ranggup, Simple dan Sedap! Reviewed by Amar Razali on Mac 29, 2019 Rating: 5

4 ulasan:

  1. Sedapnya dan sangat mudah. Nanti nk Cuba!

    BalasPadam
  2. wah hujan ni teringat pula pisang goreng panas

    BalasPadam
  3. sedapnya.lama dah tak makan pisang goreng

    BalasPadam
  4. learn how to make this at http://resepipisanggorengrangup.blogspot.com/
    so easy and crisp to the bite! check it out!
    FB👉http://facebook.com/resepimasakananekarasakakros

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.