Misi Memburu Awan Karpet di Puncak Bukit Senaling


Hai semua! Pengembaraan kita kali ini adalah ke Bukit Senaling yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. First of all, aku nak bagitahu dulu macam mana aku boleh terlibat untuk mendaki Bukit Senaling ni. Bagi yang belum tahu, aku ni adalah salah seorang penuntut di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan mengambil subjek trekking untuk kokurikum II. Nak bagitahu la yang aku ni minat juga lah aktiviti panjat-panjat bukit ni tapi just for fun dan keluar peluh je. Untuk subjek ni, kitorang dikehendaki untuk organize satu projek trekking di mana-mana kawasan yang dipersetujui. Aku ni bukannya pengurus projek atau 'AJK' so aku tak tahu macam mana diorang book tempat ni or management apa semua tapi yang pastinya kitorang kena bayar la untuk makanan and guider tempat tu. Sorry sangat-sangat sebab aku tak dapat nak share macam mana diorang booking tempat ni but aku just dapat kongsi gambar dan pengalaman aku mendaki di sana.

Aku tak sangka yang perjalanan daripada Gambang ke Kuala Pilah hanya ambil masa empat jam sahaja. Mungkin sebab tak pernah fikir untuk pergi kesana kot. Bukit Senaling takdelah dalam hutan sangat. Kawasannya dekat je dengan jalan raya dan perumahan. Untuk mengelakkan perut kami daripada berkeroncong semasa mendaki, sempat lagi kami singgah di kedai makan berhampiran sebelum subuh. Jalan untuk masuk ke kaki bukit senaling agak sempit untuk dimasuki menaiki bas tapi kereta okay je, jadi kami diberhentikan di tepi jalan sebelum pergi ke sana.


Kami berjalan kaki melalui sebuah perkampungan untuk sampai ke tempat tersebut. Di kaki bukit, kami berkumpul untuk mendengar arahan yang diberikan oleh jurupandu yang bertugas dan seterusnya mengambil bekalan makanan untuk dimakan di puncak bukit.

Semua peserta dikhendaki memakai headlamp untuk membantu pendakian dipagi hari. Sebelum hari pendakian lagi kami sudah dibriefing tentang peralatan yang perlu dibawa 
Pendakian dipagi hari agak mencabar kerana keadaan laluan ke puncak bukit agak gelap dan laluannya yang tidak begitu rata serta berbatu-batu. Aku tak ada ambil gambar banyak sangat masa mula-mula mendaki sebab gelap dan kamera aku cikai-cikai je.

Anda akan menjumpai satu kawasan air mengalir semasa mendaki, kecil je
Kami berhenti di kawasan lapang selepas penat mendaki, ingat dah sampai tapi rupanya jauh lagi
Sikit lagi guys, come on!
Papan tanda sebelum aku naik cakap dekat je tapi rupanya 3.5KM jugak !!
Walaupun penat mengharungi cabaran semasa mendaki, semua peserta berjaya untuk sampai ke puncak bukit. Perkara yang pertama yang dilakukan oleh peserta yang beragama Islam adalah solat subuh di puncak bukit manakala peserta lain tidak melepaskan peluang untuk menangkap gambar keindahan di puncak bukit pada pagi hari.

Tadda!! Dah sampai da :) 

Permandangannya is worth dengan penat mendaki, sampai atas rasa lega


Mula-mula sampai akan nampak benda ni dulu, nak view best pergi kat hujung

Yes kat sini la hujung puncak bukit tu

Rugi kalau tak selfie kat sini huhu

Bersama kawan sabahan 


Namunpun begitu kami terlepas untuk menikmati keindahan ‘awan karpet’ yang terkenal dan merupakan tarikan di Bukit Senaling kerana ianya sudah tidak beberapa kelihatan lagi sewaktu kami sampai di sana iaitu pada pukul 7 pagi. Selepas selesai menikmati makanan pagi dan permandangan disana kami menangkap gambar bersama-sama sebelum turun dari puncak bukit.

The whole gang !
Seperti biasa, perjalanan turun kurang memenatkan dan lebih mudah daripada perjalanan naik. Namunpun begitu, dua orang peserta mengalami kecederaan semasa perjalanan turun dan diangkut menggunakan pacuan 4 roda ke kaki bukit. Salah seorang daripada mereka telah dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan yang agak serius namun masih lagi dalam keadaan terkawal.

Tiba masa untuk turun









Perserta pertama yang di sampai semula ke kaki bukit adalah pada pukul 10 pagi. Namun, ianya tidak penting siapa sampai dulu atau kemudian sebab pensyarah kami yang 'wise' iaitu Miss Ju bagitahu bahawa perkara yang penting ialah semua pelajar sampai dengan selamat dan menolong rakan-rakan untuk berjaya sampai bersama-sama. Di kaki bukit, kami dihidangkan dengan makanan dan minuman sebelum bertolak pulang.

Actually posting aku kali ni berdasarkan pada report yang aku buat lepas habis program sebab tulah Bahasa Melayu dalam ni macam baku sikit. Walaupun takde isi sangat dalam ni tapi aku harap ianya membantu korang yang nak datang nanti.
Itu sahaja untuk coretan kali ni, sekian.
Misi Memburu Awan Karpet di Puncak Bukit Senaling Misi Memburu Awan Karpet di Puncak Bukit Senaling Reviewed by Amar Razali on Jun 27, 2019 Rating: 5

4 ulasan:

  1. seronoknya. teringin nak hiking lagi tapi tk dpt peluang. last rasanya tahun 2016. haha lamanya tak panjat gunung :)

    BalasPadam
  2. masa abe kie ngaji TESL di UM dulu, batch kami buat lawatan ke Teluk Batik dan TLDM Lumut. Siap masuk kapal tentera yg berlabuh kat situ lagi!

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.