Resepi Spaghetti Aglio e Olio simple dan sedap

Hai semua, kali ini Amar akan berkongsi dengan kalian resepi untuk memasak spaghetti Aglio olio. Sebenarnya resepi Aglio Olio ini sangat mudah untuk dimasak kerana ia tidak memerlukan bahan yang banyak. Untuk pengetahuan anda semua, Spaghetti Aglio e Olio ini merupakan makanan tradisional orang Itali daripada Naples. Dalam bahasa Itali, 'aglio' membawa maksud 'bawang putih', 'e' bermaksud 'dan', dan 'olio' pula membawa maksud 'minyak' iaitu minyak olive oil yang digunakan dalam masakan tersebut. Maksudnya kedua-dua bahan tersebut merupakan ramuan utama dalam masakan ni. Tanpa melengahkan masa, jom kita masak spageti bawang putih dan minyak ni.


Bahan-bahan:
  • Spaghetti (1 bungkus)
  • Bawang putih (4-6 ulas)
  • Lada
  • Olive oil
  • Parsley
  • Garam
  • Dried chili flake (optional)
  • Lauk pauk kesukaan anda (optional)
  • Lada bengala (optional)
  • Mixed herb (optional)
  • Lada hitam (optional)

Cara memasak:
  1. Masak spaghetti dengan menambah sedikit minyak dan garam supaya ia masak dengan glossy dan tidak melekat pada periuk. Pastikan spaghetti masak secara al dente (kenyal) iaitu tidak terlalu berair dan tidak juga terlalu keras. Jangan lupa untuk simpan satu cawan air rebusan pasta incase pasta yang anda masak terlalu kering.
  2. Hiris halus bawang putih,  cincang daun parsley, potong lada dan juga lauk pauk. Pastikan lauk pauk dipotong tidak terlalu besar untuk mengelakkannya lambat masak.
  3. Sebelum menghidupkan api, letak 4 sudu olive oil kedalam kuali. Nak letak lebih pun tiada masalah, kalau anda tak kisah berminyak. Lagipun olive oil mempunyai banyak khasiat.
  4. Tanpa menunggu minyak panas, masukkan bawang putih, lada dan chili flakes. Pastikan langkah ini dilakukan dengan betul agar rasa bawang itu betul-betul menyerap kedalam olive oil. Pastikan bawang putih tidak hangus untuk mengelakkan rasa pahit.
  5. Kemudian masukkan lauk pauk seperti ayam, udang dan lain-lain, tak letak lauk pun tiada masalah. Masukkan juga lada bengala dan masak bersama lauk pauk tersebut. Tambah mixed herb untuk bau yang lebih sedap, akan tetapi original Itali punya tak letak pun.
  6. Letak spageti yang telah dimasak tadi dan gaulkan , jika masakkan anda kelihatan terlalu kering, tambah sedikit air rebusan spageti.
  7. Masukkan daun parsley kedalam masakan anda. Jika anda suka pedas, tambahkan lada hitam dalam spageti tersebut.
  8. Perisakan dengan garam secukup rasa.
  9. Spaghetti sudah siap dimasak dan boleh dihidang.
Berikut sahaja perkongsian resepi Amar pada kali ini. Selamat mencuba dan komen dibawah jika anda mempunyai cadangan untuk menambah baik resepi ini supaya menjadi lebih sedap.

p/s: Terima kasih untuk kak no kerana berkongsi resepi yang lazat ni.
Resepi Spaghetti Aglio e Olio simple dan sedap Resepi Spaghetti Aglio e Olio simple dan sedap Reviewed by Amar Razali on Januari 26, 2020 Rating: 5

21 ulasan:

  1. Mudah ja kan. Senang sangat nak buat 😍

    BalasPadam
  2. Nak cuba juga lah. Sangat simple!

    BalasPadam
  3. dulu pertama kali akak cuba buat aglio olio nih akak tambah udang, tapi bagi akak bawang putih, olive oil dan cili flakes tu dah jadikan bau dah rasa dia yang sedap...
    lepas dah tau resepi ni memang segala jenis lauk akak pernah cuba, ayam, daging, bebola, sosej... tapi paling best guna udang... cumanya kalau akak masak aglio olio ni tak berapa laku kat rumah tu, si aiyan kata takmo makan mee kosong hehehhe...

    BalasPadam
  4. nak masak spageti ni...tapi parent tak suka makan...hahaha maka kita berhuhu....

    btw follow sini ya!

    BalasPadam
  5. wow simple je... lelaki pn pandai memasakknn amar.hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha boleh la masak sebab kakak yang bagi resepi :P

      Padam
  6. Sedap! suka juga makan spagetti aglio e olio ni. Nak masak pun mudah dan cepat.

    BalasPadam
  7. wow sedapnye....dulu rietta suka carbonara...sekarang suka aglio olio pula...tpi jrng makan n xpernah buat...terima asih resipinya...

    PS: kalau nak cuba, biasanya dikedai bahan kek n pasti ada djual, tpi yg dh siap la...xpasti pula jika ada supermarket yang jual...

    BalasPadam
  8. Saya sangat suka masak benda² begini. Selain makanan sihat, mudah dan nampak mewah. Hehe..

    BalasPadam
  9. SEDAPNYA SPAGETTI BOLEH CUBA RESEPINYA TKSH

    BalasPadam
  10. banyak2 spaghetti, aglio selalu nya menjadi pilihan sbb simple dan sedap

    BalasPadam
  11. that looks super good even though i don't really eat aglio olio. okay x reti nak sebut. my friend would ordered it and we shared it hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah ramai yg tak prefer aglio olio sebab tak berperisa macam spaghetti-spaghetti lain

      Padam
  12. perghhh hebattt! nampak sedap tuu..baru tahu aglio tu maksud dia bawang putih rupanya...

    BalasPadam
  13. It looks super yummy!! I should try this! Thanks for your sharing. <3

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.