TOP 5 GAME KLASIK KEGEMARAN

Macam mana korang luangkan masa kanak-kanak korang ? Main layang-layang kah, main masak-masak kah atau buat apa? Kalau macam Amar, zaman kanak-kanak Amar banyak dihabiskan dengan bermain game komputer. I mean not all the time but most of the time okay!


Kali ni Amar nak berkongsi dengan korang top 5 game klasik yang Amar minat sangat main masa kecik dulu dan kalau korang bagi untuk Amar main sekarang pun mungkin Amar akan main lagi. Game yang Amar akan kongsikan ini bukan macam game Need for Speed ,Grand Theft Auto (GTA), Dota dan sewaktu dengannya akan tetapi game ni adalah game yang berbentuk emulator sahaja.

Game emulator adalah game yang dibuat untuk gameboy atau konsol lain dan kemudiannya diport di PC. Oleh sebab itu, saiz game tersebut sangat ringan dan sesuai dengan PC low-spec yang Amar ada dulu. Malahan pada masa sekarang, game ni juga boleh dimain di telefon pintar anda tetapi mungkin control akan jadi susah sikit. Tanpa melengahkan masa, Amar akan mulakan list ni daripada least minat sehingga yang Amar rasa paling best. Tapi ingat all is still between the best.

5.Donkey Kong Country - 1994 | SNES

Game ini seronok kerana grafiknya yang menarik walaupun tidak seberapa lawa, i mean duh 1994? Siapa je nak complain, walaupun pergerakan game ini basic seperti game biasa macam lompat atas penjahat je namun begitu jalan permainan dan level game ini sangat menguji para pemain. Game ni juga sangat lawak kerana karakter utamanya adalah monyet.

4.Super Bomberman 5 - 1997 | SNES

Game ini juga menjadi salah satu game kegemaran kerana wataknya yang sangat comel dan menarik perhatian seperti kanggaru-kanggaru dan penjahat alien. Walapun ini hanyalah game meletak bomb sahaja tetapi gameplay game ini sangat kreatif seperti kereta api dan level yang comel dan berbeza-beza. Game ni sangat sesuai untuk dimain bersama kawan-kawan kerana turut tersedia mod multiplayer secara serentak. Masa tengah menulis ni pun tengah main lagi game ni dan dah terjebak teruk sebab lepas satu game nak satu game lain then i realised that i have an article to be finished.

3.Zombie Ate My Neighbour - 1993 | SNES

Next is this zombie game. Game ni adalah satu game aksi dimana para pemain hendaklah rescue sebanyak mana victim sebelum mereka dimusnahkan oleh zombie. Terdapat pelbagai jenis senapang yang berbeza dalam game ini untuk membunuh zombie. Penjahatnya juga sangat bervariasi dan berbeza mengikut level yang anda berada. Game ini juga sesuai untuk dimain multiplayer bagi menyenangkan kerja anda untuk membunuh zombie. Untuk setiap 5 level yang anda lalui, anda akan diberi password untuk save progress anda di level tersebut.

2.Super Mario World - 1990 | SNES

Siapa je yang tak minat mario, tak heranlah kalau game ni is my second choice. Misi game ini adalah untuk anda menyelamatkan princess yang telah diculik oleh bowser. Level game ini adalah seperti sebuah peta, anda boleh bermain di level sama atau sebelumnya dan jika anda berjaya mengatasi satu level, level seterusnya akan dibuka untuk anda. Yang pastinya, setiap level mempunyai keunikkan dan keseronokan sendiri. Semakin jauh anda bermain game ini, semakin banyak item dan penjahat yang menarik seperti hantu ataupun dinosaur yang pelbagai warna dengan kelebihan tersendiri. Agak jauh untuk sampai ke level akhir namun keseronokkan game ini akan membuatkan anda mahu lebih lagi.

1.Harvest Moon : More Friends of Mineral Town - 2002 | GBA

Game ini berada di nombor satu kerana perasaan bermain game ini adalah seolah-olah anda berada di dunia yang nyata dimana anda harus berkerja, berkahwin dan bersosial. Bukan sahaja jalan ceritanya yang menarik sebagai seorang peladang. Malah, anda dapat menghias rumah anda dengan perabot baru, memasak dan membuat ladang idaman sendiri bersama binatang-binatang ternakan. Game ini sangat bagus jika anda mahu satu game yang takkan expired dan takkan mati. Game ini boleh didapati dengan dua versi iaitu versi lelaki dan versi perempuan. Terdapat game baru yang mirip seperti game ini dengan versi yang lebih canggih, namun kita simpan game itu untuk artikel yang akan datang. Stay tuned  ;)

Harap anda enjoy top 5 game kegemaran yang Amar nyatakan disini, this is my review so pandangan setiap orang mungkin berbeza dengan orang lain. Apa pun kalau anda rasa tertarik dengan game tersebut, anda boleh je google dan main game tersebut online guna pc/laptop. Itu saja untuk perkongsian kali ini, jangan lupa komen dibawah sebab Amar pun nak tahu apa game kegemaran korang.
TOP 5 GAME KLASIK KEGEMARAN TOP 5 GAME KLASIK KEGEMARAN Reviewed by Amar Razali on Januari 23, 2020 Rating: 5

11 ulasan:

  1. MEMANG MELEKAKAN MAIN GAME NI

    BalasPadam
  2. Yang lain semua tak tau.. tau yang super mario tu je hahah XD

    http://mylittlestoryi.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. akak main yang super mario je... yang lain-lain tu tak berapa kenal heheheh.... terasa tua sangat dah tengok semua game di atas tu hehehe

    BalasPadam
  4. Tau Mario je..pnh main masa muda2 dulu tapi bukan misi selamatkan princess. Mario lain kot..haha

    Ok, jelas jauh beza umur kita. Ntah pangkat akak atau ntah makcik 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. takde masalah beza umur, kita saling share pengalaman masing-masing XD

      Padam
  5. ramai tahu super mario je, mesti tak banyak main game ni hahaha

    BalasPadam
  6. adeh kak tau super mario ja dan game itu aja yg kak main. hahahahhaa

    BalasPadam
  7. kita bukan gamer..jadi tkthu sngt game2 ni..kecuali super mario...kekeke

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. yay glad we could relate to the same things

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.