Hi semua, apa khabar, korang sihat ? Amar disini Alhamdulillah sihat-sihat sahaja. Sudah hampir tiga minggu berlalunya semester 4 dan semuanya masih berjalan dengan lancar. Pada semester ini, Amar telah mendaftar sebanyak 19 jam kredit. Mungkin Amar akan menjadi lebih sibuk pada semester ini gara-gara semester lepas Amar hanya mendaftar sebanyak 15 jam kredit sahaja. Doakan Amar agar dia boleh menguruskan masa dengan lebih efisyen pada semester ini. Alhamdulillah juga kerana keputusan semester lepas menunjukkan peningkatan dan agak memberangsangkan.
Jika korang merupakan pembaca setia blog Amar, korang akan perasan yang Amar ada buat post pada awal cuti semester 3 tentang perancangan untuk cuti semester tersebut. Jika anda belum membacanya, silakan klik link dibawah ni and pergi baca dulu, Amar tunggu okay.
SEMESTER BREAK PLAN & 2020 GOALS
Oleh itu, dalam posting kali ini Amar akan menunjukkan sejauh mana Amar berjaya menunaikan perancangan tersebut. Amar tahu, sepatutnya Amar menulis dengan lebih awal sebaik sahaja cuti semester tersebut tamat, tetapi apakan daya kerana perasaan untuk menulis Amar ada takde je.
☑️Belajar subjek untuk sem depan
Jadi plan pertama Amar pada cuti semester lepas adalah untuk belajar subjek untuk sem hadapan. Jadi apakah hasilnya ??? Pada awal cuti tersebut Amar bertungkus lumus untuk mendapatkan nota pensyarah daripada rakan-rakan yang telah mengambil beberapa subjek spesifik. Alhamdulillah, rakan-rakan Amar menyokong Amar dengan memberikan lecture note masing-masing kepada Amar. Kini lecture note sudah tersedia. Berberapa alat tulis juga sudahku beli di Mr.DIY. Aku memulakan pembelajaran ku dengan subjek yang dipanggil sebagai objek oriented programming(OOP), setelah beberapa helai lecture note aku membuat nota, hari seterusnya aku hilang semangat dan mahu rehat sahaja.
☑️Write more blogpost
Plan kedua Amar merupakan untuk menulis lebih banyak blogpost. Pada awalnya Amar merancang untuk menulis blog pada setiap hari dan Amar berjaya melakukannya untuk 5 hari berturut-beturut. Jika Amar malas sekalipun, Amar akan join segmen sahaja. Oleh itu 3 artikel telah dihasilkan dan 2 segmen telah Amar sertai. Namun hampa kerana pada baki hari-hari berikutnya Amar tidak lagi menulis kerana tidak ada perasaan untuk menulis. Amar tidak akan menulis semasa tiada mood kerana Amar tidak akan berpuas hati dengan hasil penulisan tersebut untuk anda semua baca. Akan tetapi Amar mempunyai beberapa draf kontent yang belum siap ditulis untuk diterbitkan di kemudian hari. Jadi stay tune dan tunggu postingan Amar yang akan datang.
☑️Improve my editing skill (photos/videos)
Perancangan ketiga Amar ialah untuk improve skill editing untuk video dan gambar. Amar hanya melihat tutorial photoshop di youtube pada hari pertama sahaja. Hari kendiannya, Amar tidak lagi berbuat sedemikian. Namun pun begitu jika korang perasan thumbnail di setiap postingan Amar lebih diedit dengan bersungguh-sungguh dan sekurang-kurangnya Amar agak gembira dengan hasilnya.
☑️Spend more time with family
Perancangan terakhir ialah untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga. Agak menghampakan kerana Amar masih tidak keluar daripada zon selesa kerana dia lebih gemar meluangkan masa seharian di dalam bilik tidur bersendirian. Namun terdapat satu aktiviti bersama separuh ahli keluarga yang Amar rasa seronok untuk dikongsikan iaitu Amar keluar memancing. Tak dinafikan bahawa aktiviti memancing sangat seronok dan menguji kesabaran untuk mendapatkan ikan. Amar belajar cara untuk melontarkan mata kail dan berjaya mendapat seekor ikan kecil di celah batu. Seronok tak? Apa bagi korang tak seronok pun? Lantak lah sebab Amar enjoy je hahaha. Amar harap dapat ikut memancing lagi di tempat yang mempunyai lebih banyak ikan agar lebih seronok. Apapun rasa tenang apabila dapat melakukan aktiviti sambil melihat keindahan alam semula jadi.
Itu sahaja plan Amar untuk cuti semester lepas. Nasib baik Amar hanya letak empat je, kalau tak lebih banyak plan yang tak dilunaskan. Oleh itu Amar dapat simpulkan bahawa plan Amar gagal dengan jayanya. Amar perlu menjadi lebih berdisiplin dan tidak malas agar perancangan Amar yang lain di masa hadapan berjalan dengan lebih lancar dan tidak hangat-hangat tahi ayam sahaja. Walaupun tidak berjaya melunaskan semua perancangan Amar dengan baik namun Amar tidak berasa hampa kerana
Sekian.
Beginning of a new semester and semester break plan checklist ✔
Reviewed by Amar Razali
on
Februari 26, 2020
Rating:
semoga apa yang diimpikan akan terlaksana...
BalasPadamApapun perancangan sgat penting supaya kita ada matlamat dan tindakan utk achieve goals kita .. Nice plan.. Kalau gagal boleh cuba lagi.. tak pun improvise plan tu.. dr menulis blogpost setiap hari kpd 3 kali seminggu.. Just my opinion.. hehe
BalasPadamtq for ur tips sis ^^ will do
Padamsamala kita hahaha. rancang ke gunung, tapi nak buat tu kelaut hahaha. mood on off.
BalasPadamtulah pasal, mula-mula je semangat, susah benor nak istikomah
Padamcaiyok amar !
BalasPadamterima kasih!!
Padameehh sama la....kita pun bru start sem feb hr tu...dan sem break diawalkan....
BalasPadamhuhu moga2 kita kekal semangat meneruskan penulisan
Padam