Resepi sambal penyet umi Amar

Hai kalian!! Kali ini Amar ingin berkongsi dengan kalian resepi yang sangat sedap dan simple iaitu resepi sambal penyet. Amar memang tak boleh kalau makanan pedas ni, memang favourite. Mesti akan menambah 2, 3 kali walaupun makan nasi kosong dengan ayam goreng je. Pembuka selera betul. Tanpa berlengah kita jom terus ke resepi !!


Bahan-bahan:

  • Lada merah (5 biji)
  • Cili padi (10 biji)
  • Bawang putih (2 ulas)
  • Bawang merah (2 biji)
  • Tomato (1 biji)
  • Belacan (sedikit, lebih kurang dua cubit je)
  • Gula (1 sudu kecil)
  • Garam (2 cubit)
  • Asam limau (2 biji)
  • Minyak masak

Cara penyediaan:
  1. Goreng lada merah, cili padi, bawang putih, bawah merah, tomato dan belacan dengan sedikit minyak sehingga layu.
  2. Blender kasar atau tumbuk bahan-bahan yang telah digoreng. Tambah asam limau, garam dan gula semasa blender bahan tersebut. Pastikan bahan-bahan tersebut diblender tidak begitu lumat dan sesuai dengan teksture sambal.
  3. Goreng sekali lagi bahan yang sudah di blender dengan sedikit minyak sehingga pecah minyak. Kalau nak tahu dia masak tak, tengok warna dia macam gelap-gelap sikit masak lah tu.
  4. Sambal penyet sudah siap dimasak dan boleh dihidangkan. Kalau makan sambal dengan timun batang krup krap pun sedap. Fuhh berpeluh-peluh makan.

Selamat mencuba !!
Resepi sambal penyet umi Amar Resepi sambal penyet umi Amar Reviewed by Amar Razali on April 21, 2020 Rating: 5

18 ulasan:

  1. i like sambal kicap and sambal buah

    BalasPadam
  2. sedapnye makan dengan nasi panas panas

    BalasPadam
  3. Uihh nampak sedap tu.. mkn ngan nasik pun cam cara jerk ni..

    BalasPadam
  4. Fulamak terbaik...dah meleleh air liur nih. Bawu taw Cara nak buat Sambal nih. TQ Amar sharing

    BalasPadam
  5. By the way..done follow you #146

    BalasPadam
  6. Antara rahsia nasi ayam penyet yang ber ulang2 makan adalah sambal dia. Haaaa

    BalasPadam
  7. sedapnya sambal ni. Terima kasih untuk resipi. blh cuba nnti..

    BalasPadam
  8. sedapnya... terliur tgk time2 bulan puasa ni... hehe
    done follow blog ni... :D

    BalasPadam
  9. Sedaptu..makan dengan nasi kosong panas2 dan telur goreng pun dah cukup. Tq share resepi :)

    BalasPadam
  10. Sedapnyaa. Yang suka pedas pedas mesti suka.

    BalasPadam
  11. Nak cuba. Saya memang kuat pedas. Belum pernah cuba sambal penyet.

    BalasPadam
  12. Acik selalu buat juga sambal ni, tapi tak letak belacan, tapi ganti dgn ikan bilis je.
    Acik follow back ye. Ammar panggil acik ye sbb acik ada anak sebaya ammar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. thank you acik followback. nanti amar boleh try ngan ikan bilis lak, mane tahu lagi sedap 🤤

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.