About


اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

Setinggi-tinggi salam saya ucakan kepada penjungjung setia mahupun tidak setia blog ini,bagi bukan muslim saya ucapkan selamat sejahtera terhadap kamu.Jika kamu sedang membaca teks ini maka saya ucapkan kasih kerana sudi membaca hingga ke laman About.Sifat ingin tahu lebih lanjut akan blog ini membuat saya rasa dihargai dan sangat gembira.

Blog ini ditubuhkan pada Selasa,27 Julai 2017 ,tarikh dimana entri pertama saya yang berjudul WELCOME BACK MYSELF!  diterbitkan secara umum.Blog ini ditubuhkan pada petang yang indah di sebuah pusat pengajian untuk mengisi masa lapang dengan perkara yang berharga.Walaupun tidak punyai banyak masa lapang ketika itu namun amar tetap gigih menulis akan kerana minat yang mendalam terhadap gaya penulisan secara santai.Tambahan pula,dengan wujudnya Kelab Blogger di pusat pengajian amar membuatkan amar berasa lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk meneruskan penulisan.

Tujuan utama blog ini ditubuhkan kerana minat amar yang mendalam terhadap komputeran.Amar lebih suka untuk mengisi masa lapang dihadapan skrin komputer berbanding dikaca televisyen.Lebih-lebih lagi amar mempunyai impian untuk meneruskan pengajian dalam bidang sains komputer.Oleh itu,amar berasa blogging merupakan salah satu jalan yang betul untuk lebih mengenai serba sedikit dalam bidang tersebut kerana blogging juga ada melibatkan kod-kod yang harus difahami.Selain itu,Amar juga dapat berkongsi ilmu dan pengalaman yang mungkin berguna kepada pembaca yang disasarkan.Selain menambah ilmu kepada diri amar sendiri kerana kajian juga harus dibuat terlebih dahulu sebelum menerbitkan artikel-artikel yang berunsurkan fakta dan perkara ini telah menjadikan fikiran amar lebih terbuka akan dunia luar.Sejujurnya juga,disamping berkongsi ilmu,blog ini juga ditubuhkan untuk memperoleh pendapatan sampingan kerana aktiviti blogging telah dikenalpasti sebagai salah satu lubang punca pendapatan.Namun begitu,perkara tersebut bukan merupakan target utama blog ini ditubuhkan dan sekadar dijadikan pembakar semangat sahaja.

Saya berharap kontent yang saya hasilkan diblog ini merupakan kontent yang premium.Premium disini bukan bermaksud anda harus membayar untuk membaca postingan saya.Namun ia bermaksud kontent yang bukan ditulis secara ala kadar sahaja sekadar untuk menjadikan maklumat tersebut 'ada' disini.Saya tidak suka servis berkongsi ilmu secara bayaran namun saya tidak bermaksud semua perkara di dunia ini harus dijadikan secara percuma.Akan tetapi hasil penat lelah/usaha juga harus dibayar.Oleh itu saya tidak membenarkan dan berharap tiada sebarang aktiviti plagiat atau lebih dikenali dengan copypaste berlaku di blog ini.

Harapan saya adalah saya diberi kekuatan untuk meneruskan penulisan.Saya juga berharap blog saya boleh maju ke peringkat yang lebih jauh setaraf dengan blog-blog yang ternama di Malaysia.Sekian sahaja penulisan saya.Akhirkata wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .


About About Reviewed by Amar Razali on November 28, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.