Apa itu RGB dan CMYK, perbezaan serta kegunaannya ?

Mungkin ramai yang familiar dengan perkataan RGB atau CMYK. Contohnya boleh dilihat di kotak televisyen, pencetak ataupun perisian photoshop. Namun adakah anda tahu maksud disebalik dua perkataan tersebut ? Kali ini Amar akan berkongsi pengetahuan tentang apa itu RGB dan CMYK dan juga beza antara dua perkara tersebut.

Terdapat banyak jenis model warna yang terdapat di dunia ini, antaranya ialah model warna adiktif dan model warna substraktif. RGB dan CYMK adalah tergolong dalam model warna tersebut.
RGB merupakan singkatan kepada RED, GREEN dan BLUE. RGB biasanya digunakkan untuk memaparkan sesuatu di skrin tv ataupun mana-mana skrin yang lain termasuklah telefon pintar anda. RGB merupakan model warna adiktif. Ini kerana, warna yang dihasilkan di skrin adalah campuran antara satu cahaya(warna) dengan cahaya(warna) yang lain, menghasilkan cahaya(warna) yang baru. Hasil gabungan tiga cahaya tersebut;red,green,blue akan menghasilkan warna putih.
CMYK pula merupakan singkatan kepada CYAN, MAGENTA, YELLOW dan KEY. CMYK biasanya digunakkan untuk mencetak kerana kertas menyerap dakwat untuk menghasilkan warna berbeza berbanding cahaya menghasilkan warna. CYMK merupakan model warna substraktif yang mana hasil gabungan warna CYAN, MAGENTA dan YELLOW akan menghasilkan warna hitam.

Namun pun begitu, warna hitam yang terhasil merupakan warna hitam yang agak pudar dan suram. Oleh itu, wujud satu lagi  warna tambahan yang dipanggil sebagai KEY dalam CMY'K' yang merupakan warna hitam. Terdapat banyak kelebihan yang diperoleh daripada warna kunci ini, antaranya ialah :
  • Menghasilkan warna hitam yang lebih gelap.
  • Menjimatkan dakwat kerana dakwat warna hitam adalah lebih murah berbanding mencampurkan tiga warna tersebut.
  • Mengurangkan kebasahan kertas anda kerana tiga warna diperlukan untuk menghasilkan warna hitam.

Oleh sebab itu, mungkin anda perasaan kenapa printer dirumah anda atau dimana-mana hanya mempunyai empat warna tersebut sahaja. Selain itu, anda dinasihatkan untuk menyunting gambar mengunakkan profil warna CMYK dalam perisian photoshop jika anda ingin mencetak gambar tersebut sebagai poster atau sebagainya. Namun, jika anda ingin menayangkan gambar di skrin ataupun di billboard elektronik maka RGB merupakan pilihan yang tepat untuk anda.

Untuk tukar colour mode. Masuk ke perisian photoshop, klik tab image > mode > RGB/CMYK
Itu sahaja perkongsian Amar untuk kali ini. Silakan komen dibawah jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, pendapat ataupun ilmu baru yang belum Amar tahu untuk dikongsikan.
Apa itu RGB dan CMYK, perbezaan serta kegunaannya ? Apa itu RGB dan CMYK, perbezaan serta kegunaannya ? Reviewed by Amar Razali on Januari 24, 2020 Rating: 5

8 ulasan:

  1. oh baru faham. terima kasih atas perkongsian ^_^

    BalasPadam
  2. terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  3. ye pernah tengok, cuma tak ingat istilah tu... sebab akak lah dulu kerjanya kene isi toner mesin potostat kat opis...

    BalasPadam
  4. assalamualaikum
    terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat.

    BalasPadam
  5. now i know. thanks for sharing..

    BalasPadam
  6. Saya nampak ton warna ..ja dek

    BalasPadam
  7. we used epson and tak berapa aware pun pasal ni. not really that good with gadgets and all XD.
    thank you so much for sharing.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.