Resepi Agar Buah Khairulaming


Jika anda tidak mengenali Khairul Aming dimanakah anda berada . Chef muda ini telah mendominasi kategori masakkan di instagram dan sering berkongsi video resepi masakan dengan pengikut-pengikutnya di pelbagai media sosial. Beliau juga telah berkali-kali berjaya menarik perhatian Amar dan ramai orang untuk mencuba resepinya. Sebelum kita bermula, Amar akan linkkan laman instagram khairulaming dan video asal tersebut di bawah :


Kali ni Amar akan try resepi ni and bagi review untuk korang, sama ada berbaloi atau tidak untuk cuba resepi ni di dapur korang sendiri.
Tanpa melengkahkan masa lagi, OK jom kita start!

Bahan-bahan:
  • Separuh biji tembikai 
  • 2 biji kiwi 
  • Seberapa banyak anggur seedless (anggur lain pun boleh)
  • 2 biji mangga 
  • Sepeket serbuk agar-agar instant 
*Actually buah-buahan tu ikut korang la nak letak buah apa pun and banyak mana, asalkan boleh muat dalam tembikai.

Cara penyediaan:
1.Basuh dan kupas buah-buahan tersebut, potong mangga dan kiwi bentuk dadu dan scoop isi tembikai menjadi bentuk bulat. Amar xde scoop aiskrim so scoop guna sudu jelah.

2.Campur kesemua buah-buahan tadi dan gaulkan ke dalam satu bekas. Kemudian masukkan buahan-buahan tersebut ke dalam tempurung tembikai yang sudah discoop. Pastikan balance lah kesemua buah-buahan tu. Kalau minat mangga then lebihkan mangga

3.Untuk agar-agar pula, masukkan 1L air ke dalam periuk, ikut arahan yang tertera di pek serbuk agar-agar segera anda seperti 3/4 cawan gula. Masak hingga semua bahan mendidih dan larut. Amar terbeli serbuk agar yang warna oren tapi hasilnya tak banyak beza pun.

6.Tunggu air agar-agar sejuk sedikit barulah tuang agar ke dalam tempurung tembikai yang berisi buahan-buahan. Biarkan agar-agar keras dan masukkan ke dalam peti ais sebelum dimakan. Lebihan buah-buahan tu Amar masukkan kedalam bekas yang berbeza sebab tak nak membazir.

So pendapat Amar pasal resepi ni is not bad. Ni dah kali kedua Amar try resepi ni sebab masa first time tu tak jadi sangat. Kali ni punya, agar-agar yang Amar buat ni lembik sikit sebab terlebih air (sebab sukatan tak tepat sangat) menyebabkan buah-buahan tu tak stick properly to the jelly and senang jatuh. Suprisingly, yang dalam bekas tu lagi mudah makan and potong. Overall, untuk aesthetic dan hiasan mungkin ok tapi untuk makan, Amar rasa lagi sedap kalau makan buah fresh je. 
Sekian saja resepi review Amar untuk kali ini, berjumpa kembali di postingan seterusnya. 
Resepi Agar Buah Khairulaming Resepi Agar Buah Khairulaming Reviewed by Amar Razali on Januari 22, 2020 Rating: 5

4 ulasan:

  1. akak pun suka tengok ig khairulaming nih, sebab dia suka share resepi yang mudah dan ringkas... sedap lak tu

    BalasPadam
  2. Ni yg baru buat ke yg haritu punya

    BalasPadam
    Balasan
    1. haritu punya tapi simpan dalam draft je sebab tak sempat nak post

      Padam
  3. oh nampak sangat dunia kak bukan kat ig sebab kak tak tau. hahahahaa

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.