Datang awal pun still boleh terlepas flight !!

Bermula pada pukul 8 pagi, aku bangun dari tidur, mandi dan terus bergegas untuk packing barang-barang ke dalam beg galas Nike hitam ku untuk pulang ke kampung halaman. Selepas menikmati sarapan pagi dengan dua batang sosej, bihun goreng yang enak dan kopi panas, aku menuju kedalam sebuah pengangkutan awam yang berasaskan landasan alang tunggal ataupun lebih mudah dipanggil sebagai monorel.



Perjalanan ke KL Sentral memakan masa selama 30 minit, kemudian aku bertukar stesen ke TBS untuk menaiki bas ke KLIA2. Padahal baru aku tahu, boleh je terus ke KLIA2 dari KL Sentral. Oleh sebab itu, aku menghabiskan lebih banyak masa, wang dan tenaga.

Nampak tak petanda hari yang malang?

Tak kisahlah aku sudah pun sampai ke TBS dan membeli tiket bas yang berharga RM11.40. Perjalanan yang panjang membuatkan aku berasa letih dan mengidam untuk meminum Chocolate Chip Frappucino di kedai kopi Starbucks. Namun sebelum berbuat sedemikian, aku tidak lupa untuk 'daftar masuk' tiket AirAsia terlebih dahulu. Boarding pass sudah pun dicetak, sekarang aku mempunyai tiga pilihan untuk memilih kedai kopi Starbucks yang aku ingini. Sudah tentu aku akan memilih kedai yang mempunyai paling sedikit pengunjung iaitu terletak berhampiran eskalator. Kedainya agak sempit berbanding dengan kedainya yang lain. Mahupun begitu, aku lebih selesa untuk duduk dan lepak disitu.

Chocolate Chip Frappuccino sangat sedap dan sesuai untuk orang yang suka coklat dan tak boleh minum coffee. Highly recommend for those yang first time datang Starbucks.
Satu lagi nasib malang yang berlaku padaku, maksud aku malang itu bergantung lah macam mana anda menterjemahnya. Aku lupa untuk menebus complimentary slice of cake selepas sahaja aku memesan air yang aku idamkan tersebut. Walaupun kecewa tetapi aku masih tenang dan menikmati persekitaran di kedai tersebut. Kedua-dua peranti mudah alihku sudah ketandusan kuasa, oleh itu aku menggunakan kesempatan untuk mengecas perantiku sambil-sambil mengemaskini blog yang sudah berhabuk setelah 4 bulan aku tinggalkan.

Menarik sekali, laptopku daripada kosong peratus bertukar kepada 98% pada masa yang sama dengan telefon bimbitku. Jelas sekali kelihatan aku memerlukan telefon bimbit yang baharu. Kelajuan WiFi di cafe tersebut agak perlahan kerana tidak dapat memuat turun satu pun movie di Netflix sebagai bekalan flight jangka masa pendek. Tidak mengapalah, cerita tersebut tidak seberapa penting pun.


Flight aku sepatutnya berlepas pada pukul 5.05 petang. Pada pukul 3 petang lagi aku sudah mengusha pintu security sekiranya ia telah dibuka. Kelihatan pegawai AirAsia sedang menimbang bagasi membuatkan aku berasa agak risau sekiranya aku tidak terlepas. Aku mengambil keputusan untuk duduk sementara di tepi dinding sambil melihat ragam manusia di pintu security tersebut. Setelah kelihatan reda sedikit, aku memberanikan diri untuk melalui pintu tersebut dan rupanya beg galas aku tak perlu ditimbang pun. Buat penat je aku gelabah.

Sekarang tiba masa untuk boarding pass aku di periksa, dipangkah dan dibulatkan. Oleh sebab aku bukan seorang flyer yang tegar, aku lupa untuk mengeluarkan kad pengenalan diri terlebih dahulu untuk diperiksa. Aku memberi laluan untuk penumpang lain terlebih dahulu sementara akak security menangkan diri aku untuk memeriksa dompet aku secara perlahan-lahan. Selamat, kad pengenalan aku berada dicelah-celah kad yang lain.


Next step adalah pemeriksaan yang lebih menyeronokkan iaitu pemeriksaan carry-on luggage. Aku memasukkan segala barangan ke dalam kotak yang disediakan termasuk tali pinggang dan laptop. Aku juga agak risau kerana aku membawa balik beberapa cawan lilin yang dibeli di IKEA sebagai cenderamata untuk ibu dan kakakku dirumah. Lilin kan benda yang flammable, macam mana kalau tak lepas ahhh aku benci pemikiran ku yang liar dan jauh. Suka panik benda yang takde apa pun sebenarnya kerana aku telah lepas gate tersebut dengan cemerlang. Namun menyedari bulatan di tali pinggang ku jatuh semasa menanggalkannya, aku terpaksa berpatah balik. See hari yang teruk lagi.

Selepas memeriksa boarding passku, aku berasa agak girang jugak la sebab gate aku hanya berada di K2 yang bermaksud aku tak perlu untuk berjalan jauh. YAHOO! Finally something good happen today. Daripada pukul 3 hingga pukul 4, daripada pukul 4 sehingga pukul 5 aku menunggu untuk gateku dibuka. Dalam waktu menunggu tersebut aku berasa agak risau kerana hanya ada seorang makcik di gate tersebut. Takkan lah aku dengan dia je yang naik flight. Aku memeriksa sekali lagi boarding passku samada ianya betul atau tidak, ternyata aku tidak membuat apa-apa kesalahan. Husnuzon, mungkin gate buka lambat sedikit kot. Aku turut mengobek aplikasi AirAsia untuk melihat flight detailku, namun hanya terpapar error;cannot retrieve detail. Aku tidak berputus asa dan cuba mengakses laman web Air Asia mengunakkan dua browser iaitu Safari dan Chrome namun masih tiada harapan.

Errr boarding pass tak guna
Aku bukanlah orang yang paling berani dan agak malu untuk bertanya orang sekeliling. Oleh sebab malu itulah aku sesat jalan. Aku menelefon kakakku dan bertanya jalan penyelesaian, selepas didesak aku pun memberanikan diri untuk menanyakan menanyakan makcik tersebut terlebih dahulu. Malang sekali, makcik itu tidak menuju ke destinasi yang sama dengan ku dan juga pada masa yang sama. Kemudian aku bertanyakan staff AirAsia di  gerbang lain dan beliau berkata bahawa gate untuk flight aku telah ditukar dan sudah berlepas. Aku terlupa untuk melihat skrin pelepasan dan hanya berpandukan boarding pass itu sahaja. Aku berfikiran bahawa takkanlah sewenang-wenangnya nak tukar gate sebab takkanlah semua orang check skrin tu pada setiap masa. Inilah silap aku, aku terlalu yakin membuat keputusan sehingga memakan diriku sendiri.

Staff KLIA itu juga berkata ada flight lain pada pukul 8 malam dan aku mencuba nasib bertanyakan adakah aku boleh naik flight tersebut hahaha. Namun hampa selepas mendapat jawapan bahawa aku perlu untuk membeli tiket baru. Harapan aku untuk pulang ke rumah sudah berkecai menjadi partikel atom yang sangat kecil. Segala plan yang aku rancang untuk dilakukan dirumah sudah musnah. Aku menalefon ahli keluargaku untuk menginform perkara tersebut kepada mereka.

Nasi sudah menjadi bubur, aku mengambil keputusan untuk pulang kerumah kakakku di Klang. Aku perlu patah balik dari KLIA2 ke KL Sentral. Tambahan pula, perjalanan di dalam KTM mengambil masa yang agak lama dan memenatkan membuatkan aku fadeup. Namunpun begitu, aku cuba untuk positifkan diri dan berfikiran sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Setelah sampai dirumah, aku dihidangkan dengan spaghetti yang sangat sedap dan beberapa keping nugget. Usai sahaja makan, aku terus kebilik tidur untuk mempersiapkan diri dan merehatkan badan.

Maafkan muka aku yang berminyak dan kusam kerana gambar ini ditangkap secara tiba-tiba. Walaupun penat namun aku masih mampu tersenyum.
Datang awal pun still boleh terlepas flight !! Datang awal pun still boleh terlepas flight !! Reviewed by Amar Razali on Januari 15, 2020 Rating: 5

6 ulasan:

  1. huhuhuhu aduhai dapat akak rasa kesedihannya tuh dik oi, kene beli tiket lagi... bertabahla ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah terlepas sekali tak beli dah tiket flight baru, beli tiket bas jelah :')

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.