Setelah lebih dua bulan Amar menggunakkan perkhidmatan BigPay, Amar rasa layak untuk menulis review tentang kebaikan dan keburukkan Kad Debit Prepaid yang dapat mengubah cara kita berbelanja. Kad Debit BigPay ini sebenarnya lebih kurang sahaja dengan eWallet seperti TnG, Boost dan sebagainya, malahan boleh dikatakan lebih 'convenient' kerana mempunyai kad fizikal tersendiri. Terdapat beberapa kebaikan dan kelemahan telah dikenalpasti sepanjang Amar menggunakan servis BigPay yang Amar akan terangkan dibawah dan teruskan membaca hingga ke akhir sebab kat akhir nanti Amar akan share tips untuk berjimat guna kad BigPay.
Kebaikan
• Boleh digunakkan di serata dunia serta semua kedai yang menyokong MasterCard
Tips Keselamatan : Jangan dedahkan nombor kad anda |
Mengunakan AirAsia BIG Point ni, anda dapat menebus tiket flight percuma apabila points anda telah mencukupi mengikut destinasi yang dituju. Mengikut website airasiabig, anda akan mendapat 1 AirAsia BIG Point untuk setiap RM10 yang dibelanjakan menggunakan BigPay. Namunpun begitu, Amar hanya akan mendapat 1 point apabila membelanjakan RM20 dan Amar pun tak tahu kenapa. Setiap RM50 yang dimasukkan kedalam akaun BigPay akan mendapat sebanyak 1 point so tips kalau nak masukkan duit, jangan masukkan contoh RM48 tapi terus masukkan RM50 supaya dapat 1 point. Banyak lagi cara untuk mendapat points dengan lebih banyak tapi kena stay tune dengan website airasiabig lah.
Contoh AirAsia BIG Point partnership |
• Transfer duit kepada kenalan BigPay dengan mudah
Menggunakan BigPay, duit boleh dihantar dengan mudah dan pantas. Beberapa klik sahaja sudah siap. Anda tidak memerlukan nombor akaun untuk menghantar duit dan tiada lagi masalah tersalah nombor akaun.
Oleh kerana BigPay merupakan bank atas talian, anda boleh terus membekukan kad anda sebaik sahaja anda menyedari kad tersebut hilang menggunakan apps BigPay di dalam telefon pintar anda. Tidak perlu lagi bercakap panjang lebar dengan perunding perkhidmatan untuk membekukan kad.
• Habiskan duit di dalam akaun anda sehingga RM0
Jika akaun bank anda yang sekarang mempunyai RM10 kerana tidak boleh dikeluarkan, kini anda mempunyai kawalan penuh terhadap duit anda kerana satu lagi kelebihan BigPay yang berbeza daripada bank biasa, anda boleh menggunakan duit anda sehingga nilai RM0. Sayanglah, kalau kerja penat-penat nak dapat RM10 tapi tak dapat nak guna.
• Zero Processing Fees untuk booking flight di Air Asia
Harga tiket dah murah tapi sayang bila nak bayar tuptup harga jadi mahal balik sebab processing fees tinggi. Penyelesaiannya, bayar guna kad debit BigPay untuk nikmati processing fees yang percuma dan percuma adalah harga yang hebat !
• Percuma RM10 apabila anda mendaftar menjadi ahli BigPay
Dengan menggunakan kod 'DZALQ0ESD3' semasa pendaftaran, anda akan mendapat RM10 di dalam akaun sebaik sahaja kad tersebut sampai anda ke tangan anda. Jadi tiada lagi alasan untuk tidak mendaftar. Jom ikuti beberapa langkah mudah untuk mendaftar.
- Download apps BigPay di Appstore ataupun Play Store dan buka
- Tekan Sign Up di halaman pertama apps
- Pilih negara yang anda tinggal
- Masukkan nombor telefon dan lakukan pengesahan.
- Masukkan butiran peribadi dan masukkan kod 'DZALQ0ESD3' di bahagian Referral/Promotion Code *Penting untuk dapat RM10*
- Hantar gambar kad pengenalan dan gambar/video diri.
- Masukkan RM20 kedalam akaun anda *bukan yuran tapi wang ini akan dikreditkan kedalam akaun BigPay anda*
- Tunggu beberapa hari untuk kad anda sampai di rumah !
**UPDATE**
24/01/2020
• Lakukan pemindahan wang ke luar negara
Kini, anda boleh menghantar wang anda ke 7 buah negara iaitu Filipina, Indonesia, Singapore, Thailand, India, Bangladesh dan Nepal (Amar percaya BigPay akan menambah banyak lagi negara lain sebagai pilihan pada masa akan datang). Kadar pemindahan akan terus dipaparkan sebaik sahaja anda memilih negara tersebut. Sebagai contoh, pindahan ke Indonesia dan Singapore akan dicas sebanyak RM5. Apa yang menariknya lagi, pemindahan bank ke luar negara yang pertama adalah PERCUMA!
• Kadar tukaran mata wang asing yang rendah
Point kali sangat sesuai untuk sesiapa yang suka berbelanja di luar negara. Ternyata kadar tukaran matawang asing menggunakan Bigpay lebih rendah berbanding persaing yang lain menurut kajian Amar. Jika anda berbelanja di laman membeli belah luar negara, anda disarankan untuk membayar menggunakan mata wang negara tersebut untuk mengelak cukai pertukaran mata wang.
Kelemahan
• Tiada mesin ATM/CDM fizikal
Disebabkan ini merupakan bank online, sudah tentu tidak wujud mesin BigPay itu sendiri. Oleh itu, anda memerlukan bank akaun yang lain untuk transfer duit anda kedalam kad. Anda masih boleh menggunakkan BigPay di ATM lain namun anda akan dicas sebanyak RM6 setiap pengeluaran di Malaysia ataupun sebanyak RM10 / 2% untuk pengeluaran di luar negara bergantung pada tempat tersebut. Hal ini adalah kerana untuk menggalakan anda melakukan pembayaran secara cashless serta menggurangkan penggunaan kertas.
**UPDATE**
15/01/2020
Pemindahan antara bank sudah boleh dilakukan. Kini anda boleh menghantar duit daripada akaun BigPay anda ke dalam bank akaun sebenar anda. Namun begitu, anda akan dicas sebanyak 50 sen untuk setiap kali pemindahan. Oleh itu tidak ada masalah lagi jika anda terlebih transfer duit ke dalam akaun BigPay anda. Tempoh untuk duit dikreditkan dalam akaun anda adalah seperti berikut :
Amar telah mencuba fungsi ini dan boleh dikatakan agak berpuas hati dengan kelajuan servis yang ditawarkan. Good job BigBay untuk fungsi baru ni.
*Buat masa ini, cas ini diketepikan sehingga pemberitahuan selanjutnya*
Tips berguna:
- Untuk mengaktifkan fungsi paywave dan pin, anda perlu menetapkan PIN kad anda di apps terlebih dahulu. Pin apps dan pin kad merupakan perkara yang berbeza. Cara untuk menetapkan pin kad adalah:
- Buka apps dan terus ke bahagian 'CARD' pada bahagian bawah apps.
- Klik Pin Setting dan masukkan pin/touchID apps BigPay
- Masukkan pin 6 digit untuk kad anda dan ulang sekali lagi
- Jika anda biasa top-up atau membuat bayaran bill secara atas talian, Amar cadangkan anda transfer dulu duit ke eWallet lain sebab nanti akan dapat points untuk BigPay dan cashback mengikut apps yang anda guna *agak leceh tapi at least dapat berjimat*
- Bagi yang selalu beli online, Shopee, Lazada dan sebagainya boleh guna apps ShopBack untuk dapat cashback dan bayar guna BigPay untuk dapat points.
Setakat ini sahaja perkongsian Amar untuk kali ni. Harap artikel ni dapat bantu korang yang masih ragu-ragu lagi untuk register BigPay and untuk yang tak tahu lagi pasal apps ni. Bertemu korang di artikel seterusnya!
Kelebihan serta kelemahan Kad Debit BigPay
Reviewed by Amar Razali
on
September 06, 2019
Rating:
thanks. abam kie pun guna bigpay utk topup boost.
BalasPadamKenapa paywave kad bigpay tak boleh nak guna klu guna nombor pin boleh tak
BalasPadamkena set dulu nombor pin dalam apps. No pin apps dan no pin card adalah perkara yang berbeza!
PadamArtikel kena kemaskini, pemindahan bank sudah boleh dilakukan.
BalasPadamterima kasih untuk pemberitahuan, artikel tersebut telah dikemaskini.
Padamjadi jika beli barang di shoppee, kena masuk shopback kemudian masuk shoppee then baru bayar guna bigpay boleh ke ? kira macam cashback dapat. point pun dapat ehh ?
BalasPadamyep, amar selalu buat macam tu. Melecehkan tapi menguntungkan.
Padamkenapa saya topup bigpay tu guna Cimbclicks x pernah dapat point pun walau topup rm50. Ada syarat lain ke untuk dapat point tu 😅
BalasPadampoint percuma untuk topup sudah dihapuskan, sekarang anda hanya boleh mendapat point apabila berbelanja sahaja
PadamMcm mana nk update no fon sbb dh x boleh nk log in ikut apps.. Any suggestion? I lupa no fon mana yg guna utk register dlu. Syg sbb point bnyk 😣
BalasPadamkalau tak boleh login, maybe boleh contact terus je bigpay kat alamat e-mail ni: support.my@bigpayme.com
PadamPerghhh pening juga baca ni sebab tak pernah guna kan hahaha. Thankyou for the info. Sangat membantu untuk orang yang ada benda ni :)
BalasPadamsama-sama 😋
PadamAssalamualaikum
BalasPadamnk tanya,klo nk transfer duit dri bigpay to bank akaun kt indonesia bole ke.
bru nk cuba install app ni😊
Ye pemindahanan wang daripada akaun BigPay ke bank akaun di Indonesia adalah dibenarkan dengan jumlah minimum RM16
PadamKalau nak transfer duit dari Bigpay ke Maybank , Cimb boleh tak ?
BalasPadamboleh-boleh tapi takkan masuk terus la, kena tunggu ikut masa yang ditetapkan pastu baru wang akan dikreditkan dalam akaun
PadamMacamana nak transfer dr bigpay k maybank atau bank2 lain takdapat dia suruh uplod employement visa hmm takde lah
BalasPadamKenapa saya xdapat apa2 point bila topup rm50. mohon penjelasan
BalasPadamsedihnya bigpay tak bagi reward dah untuk tambah duit dalam akaun. Reward akan dapat bila melakukan transaksi je sekarang
PadamSelain dari nak redeem tiket flight dengan point tu. Apa lagi yang boleh kita redeem dengan point tu?
BalasPadamselain daripada ticket flight, point tu boleh juga digunakan untuk redeem penginapan di hotel!! Lebih lanjut rujuk sini https://www.airasiabig.com/my/en/earn-redeem
Padamsalam. saya nak tahu kenapa ramai bigpay card holder reload kad diaorang melalui credit transfer yg seller dari shopee jual. kenapa mereka tidak reload terus kad mereka guna direct debit dari akaun bank mereka. hinggakan puluh ribu transaksi seller buat sales. apa kelebihan jika beli topup dari seller shopee tu. harap boleh detail sbb2 . tefima kasih
BalasPadamsetahu saya, takde apa2 kelebihan kalau topup bigpay dari shopee malahan seller-seller kat shopee mengenakan cas perkhidmatan untuk setiap transaksi. Terdapat banyak kemungkinan untuk customer guna perkhidmatan tersebut seperti nak withdraw duit dari shopee wallet ataupun terdapat sesetengah bank yang decline untuk topup bigpay guna debit dan pelbagai lagi kemungkinan yang lain.
PadamBetul ke klau kita x lakukan transaksi dlm masa sebulan dlm bigpay...kita akan dicas?
BalasPadamstakat ini tkkan dicas lagi sehingga ada pemberitahuan baru
Padam