Seperti biasa, Amar tidak melepaskan peluang keemasan untuk menghadiri pesta buku BBW tersebut dua hari berturut-turut iaitu pada hari pertama dan kedua ianya berlangsung.
Pada hari pertama, Amar hanya datang untuk memantau suasana disana dan melihat jika ada jenis-jenis buku yang Amar minati. Ternyata mata Amar menjadi rambang kerana buku-buku dijual dengan harga yang 'deal breaker' iaitu RM4, RM2 dsb dan Amar tidak boleh membiarkan perasaan tersebut menguasai dirinya. Setelah beberapa lama di pesta buku tersebut, Amar pulang untuk berfikir secara waras samaada Amar perlu membawa buku yang dihajati pulang kerumah ataupun tidak.
Terima kasih buat Fit sebab layan and teman masa hari first event, tapi dia ni sibuk nak balik, nak beli buku pun tak aman. |
Keesokan harinya, Amar datang kembali pada pukul 11 pagi dan menghabiskan masa selama beberapa jam lagi disana (sejujurnya 1 jam tidak cukup untuk melihat semua jenis buku yang ditawarkan disana kerana tempat tersebut agak besar) dan berasa amat terkejut kerana terdapat sesetengah buku telah habis dijual ibarat pisang goreng panas. Seperti biasa, terdapat juga jualan button badge dan baju t-shirt BBW disana. Pada hari tersebut juga, iaitu hari Sabtu, tidak disediakan beg plastik secara percuma dan Amar bernasib baik kerana membawa beg galas untuk membawa pulang buku-buku tersebut.
Buku buku boleh didapati serendah RM1 sahaja !! |
Sesungguhnya buku kanak-kanak yang interaktif sangat berkesan kerana anak-anak tidak akan bosan semasa melakukan aktiviti. |
Peminat buku konspirasi dan novel tidak perlu risau lagi, kerana buku kegemaran anda ditawarkan dengan harga yang rendah sahaja. |
Yes! Buku keagamaan pun is also available here. |
Bukan sahaja dapat buku, malah dapat juga alatan menulis dan mengira dengan harga yang murah. Sesuai untuk dijadikan hadiah untuk anak kecil. |
Personally Amar suka buku macam ni dan selalu baca masa zaman sekolah dulu. Tapi tu dulu la, sekarang ianya boleh didapati dengan harga yang murah. |
Buku penjagaan haiwan peliharaan turut disediakan. Untuk siapa nak start bela haiwan peliharaan tu dipersilakan lah ye agar anda tidak mendera haiwan anda. |
Buku ni comel gila sebab ada anak patung kat dalam. Kalau Amar beli ni, Amar akan amik anak patung kat dalam je dan selebihnya |
What are you kidding mee !!! Buku ini sangat menarik kerana ianya diperbuat daripada kain. Kalau ikut nafsu ni, semua Amar nak walaupun tak perlu. |
Ramai sangat orang kat sini, Amar tertipu dengan barisan ni masa nak bayar sebab ianya masih bersambung dengan panjang dibelakang. |
Pelbagai jenis genre buku ditawarkan seperti buku kanak-kanak, buku latihan, novel-novel, poster ilmiah, buku resepi dan segala jenis buku yang anda boleh fikirkan termasuk buku terbitan segenap universiti yang ada di Malaysia. Memang kalau nak Amar listkan, artikel yang Amar tulis ni akan berubah menjadi setebal novel. Di bahagian buku kanak-kanak sahaja, terdapat buku untuk pelbagai jenis usia seperti 0-5 tahun , 3-6 tahun dan lain-lain. Malah ianya tidak terhenti disitu kerana terdapat lagi mod buku seperti buku interaktif, buku pop-up, buku QR code dsb dan ini merupakan pendekatan yang terbaik bagi para ibu bapa yang ingin menerapkan sikap suka membaca dalam diri anak-anak tanpa perlu berbelanja besar. Dan kadangkala, buku kanak-kanak tersebut itu juga seronok dan asyik dibaca oleh golongan dewasa.
Amar rasa cukuplah untuk Amar kupas mengenai buku kanak-kanak sahaja kerana buat masa sekarang Amar ingin unboxing buku-buku yang telah Amar beli selama berlangsungnya event tersebut.
First, nak start dengan buku yang dikirim oleh rakan-rakan Amar iaitu dua buku kanak-kanak dan satu buku rujukan ekonomi internet. Nampak tak buku yang bertanda sample tu, sebenarnya buku 'First Discovery: Big World' tersebut merupakan stock terakhir kerana penjualannya yang sangat laris, baru hari kedua dah sold out. Di dalamnya mengandungi 4 buku berbeza dan hanya bernilai RM15 ringgit untuk satu kotak. Buku 'Montessori: Lab at Home' pula sedikit mahal kerana bernilai RM18 namun masih murah apabila dibandingkan dengan harga pasaran. Buku 'Ekonomi Internet' merupakan buku rujukan yang diterbitkan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan harga RM10 sahaja.
Jadi buku pertama milik Amar yang akan direview merupakan buku 'Build your First App'. Sebagai seorang student komputer, Amar rasa wajar untuk Amar dapatkan buku ini bagi mempersiapkan diri dengan skill-skill yang perlu ada untuk menjadi seorang Software Engineer yang bertauliah. Buku ini juga agak mudah kerana langkah-langkah ditunjukkan secara jelas dan terperinci. Akan tetapi tutorialnya buku ini bukan sekadar klik disini dan klik disana kerana terdapat buku tutorial yang mengajar cara untuk register akaun dan ianya menimbulkan kemarahan dalam diri Amar kerana dijual dengan tanda harga yang sangat tinggi. Jadi Amar rasa tak rugi untuk invest kepada ilmu yang akan berguna pada masa hadapan dengan harga RM12 sahaja. Setelah pulang ke rumah sewa, Amar berasa terperanjat kerana housemate Amar juga mempunyai buku yang sama, namun tak heranlah kerana semua penghuni rumah Amar merupakan dari jurusan yang sama, oleh itu mempunyai fikiran yang sama.
Siapa sahaja yang tidak mengenali Steve Jobs iaitu merupakan founder kepada syarikat Apple. Buku ini menceritakan tentang kisah hidup beliau tentang bagaimana terhasilnya syarikat tersebut. Biasa Amar tidak minat buku yang panjang lebar, akan tetapi buku ini mempunyai ilustrasi yang menarik perhatian Amar dan dijual dengan harga RM12 sahaja. Lebih-lebih lagi buku ini agak tebal dan berkulit keras 'hard cover'. Amar berharap buku ini boleh memotivasikan diri Amar untuk bekerja dengan lebih keras dan menjadi berjaya seperti beliau.
Pada awalnya Amar agak skeptikal untuk membeli buku ini kerana kebanyakan buku finance mesti ada jadual kotak kira-kira la apa semua namun buku ini lebih santai dan seronok untuk dibaca. Walaupun kulit buku ini tidak seberapa menarik, buku ini berjaya menambat hati Amar dengan kontent yang berkualiti setelah membaca beberapa helai muka surat buku tersebut. Tambahan pula, buku ini hanya berharga RM12 sahaja.

Amar mungkin sedikit okay dalam pelajaran namun apabila sampai kepada bab percintaan, Amar agak lemah dan gagal. Amar rasa agak gatal kerana membeli buku seperti ini namun Amar tidak boleh lari daripada realiti kehidupan untuk bercinta. Buku ini mengajar cara-cara untuk dating secara klasik dan harapan Amar untuk buku ini adalah menjadi seorang romeo yang berjaya dan dapat memikat hati orang yang disayangi hehehe. Dengan harga RM10 sahaja, Amar boleh mencari pasangan hidup untuk selamanya. SANGAT BERBALOI!
Amar rasa itu sahaja postingan Amar untuk kali ni. Kebanyakan buku yang Amar suka boleh didapati dalam sekitar belasan ringgit sahaja dan Amar sangat gembira dan berpuas hati dengan pembelian Amar kali ni. Korang pun tunggu apa lagi, pergilah start enjin kenderaan anda (basikal pun boleh), dan cari buku yang sesuai dengan diri anda di pesta buku BBW ini.
Sekian terima kasih daun keladi, harap kita berjumpa lagi di postingan seterusnya.
Pengalaman dan Book Haul di Big Bad Wolf (BBW) Kuantan Pahang 2020
Reviewed by Amar Razali
on
Mac 01, 2020
Rating:
Akak pun pergi masa first day..lepas solat jumaat..borong buku untuk anak2 je..mak nye kena tahan nafsu sebab buku yg beli kat bbw last year belum terbaca lagi..hihi
BalasPadamhehehe samalah kita
PadamWow murah-murah buku kat BBW.. Lamanya tak pegi pesta buku, tunggu hujan bulan ni lah untuk PBAKL..
BalasPadamnak ikutt, tak pernah pg lagi sana
Padamkalau peminat buku dan suka membaca, memang tak boleh lepaskan peluang untuk pergi ke BBW atau apa pun book fair, memang rasa semua nak beli
BalasPadamyup betul tu, tengok buku pun leh rambang mata
Padambestnya...xpernah ada kesempatan join event ni....dulu book fair kt PWTC selalu join....jimat byk RM....
BalasPadamnanti kalau ada kat tempat sis jemput hadir untuk rasa sendiri pengalaman disini
Padamseronok tengok awk beli buku..yang takleh bla tu buku dating tu! hehehe..
BalasPadamJom giveaway di bawah,kita support blogger malaysia!
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/03/saya-mahu-produk-creative-united-psan.html
hahaha buku dating tu dah baca tapi high level sangat english dia, kene ada kamus. Jom support blogger malaysia 😄
PadamRambang mata kalau pergi book fair kan. rasa macam nak beli semua
BalasPadamhaah kadang2 kita tak perlukan pun semua buku tu sebenarnya tapi alang2 dah datang and harga murah so terbeli gak 😝
Padamkalau jenis minat buku pergi sekejap memang tak puas
BalasPadam