Review BOBA buatan Malaysia : CHATTO, tempat yang sesuai untuk lepak.

Entah kenapa, kalau pergi ke kedai untuk buat review, Amar mesti akan pergi kedai tu banyak kali (at least 2 kali) dulu baru perasaan nak menulis tu ada. So, kemungkinan review yang Amar tulis dalam blog ni, Amar rasa review yang betul-betul berpuas hatilah sebab kalau tak puas hati takkan la boleh datang berkali-kali baru nak buat review kan?


Sebut pasal berpuas hati, kali ni kedai yang Amar rasa berpuas hati dan akan di-review adalah kedai CHATTO. Untuk korang yang tak tahu lagi, CHATTO adalah kedai Bubble Tea a.k.a BOBA yang berkonsepkan Jepun dan merupakan produk buatan MALAYSIA. Sepertimana yang kita semua sedia maklum, kehadiran BOBA di Malaysia bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Ke mana sahaja anda pergi pasti ada kedai seperti The Alley, Tealive, Coolblog, Chizu, Daboba - you name it. Jadi apa salahnya kita beri peluang untuk cuba produk Malaysia itu sendiri dan lihat sejauh mana ia boleh pergi.


First impression yang membuatkan Amar berasa kagum adalah pekerja di kedai tersebut. Pekerjanya sangat ramah dan mesra dalam melayan pelanggan. Amar berani cakap macam tu sebab bukan hanya satu kedai CHATTO yang Amar pergi. Layananya sangat konsisten di mana-mana franchise yang ada. Cashier di kedai tersebut sentiasa senyum, ringan mulut dan bersungguh-sungguh ketika menerangkan menu yang ada dan apa yang direkomenkan. Amar berasa sangat gembira dan berpuas hati kerana dilayan dengan sangat baik.


Pilihan minumannya sangat luas kerana terdapat pelbagai jenis pilihan boba yang disediakan seperti signature series, milk tea series, pure tea series, latte series, speciality series dan healthy series. Sebenarnya, CHATTO menekankan konsep penjagaan kesihatan kerana mereka mengawal tahap kemanisan setiap minuman disana. Malah, menu teh yang ditawarkan mempunyai pelbagai benefit untuk kesihatan seperti kee mun, oolong, hojicha (Japanese green tea) & brown rice tea. Kalau anda tidak suka akan teh, terdapat juga menu minuman yang lain seperti  wintermelon, passionfruit plum, honey lemon, lemon plum dan lain-lain. Perkara ini menjadikannya sangat sesuai untuk pelbagai jenis golongan untuk datang dan lepak.

Selain daripada minuman, makanan juga turut disediakan. Contoh makanan yang disediakan ialah set bento, taiyaki, nugget, fries, sandwich dan pelbagai lagi makanan lain. Selain itu, kedai ini muslim-friendly sepertimana yang ditulis didalam laman instagram rasminya iaitu @chatto_tea. Harga minuman dan makanan di kedai ini juga standard dengan harga BOBA di kedai yang lain. Kedai ini juga menyediakan pelbagai jenis saiz cawan untuk anda pilih. Turut disediakan pelbagai jenis kemudahan pembayaran contoh menggunakan kad kredit/debit dan juga menyokong pelbagai jenis eWallet.


Turut disediakan kad ahli secara percuma untuk pelanggan kedai tersebut apabila anda berbelanja RM15 ringgit keatas. Terdapat banyak kelebihan untuk ahli CHATTO (Cheers Club). Ahli Cheers Club akan mendapat 1000 Genki points ketika pendaftran. Genki points dapat dikumpul setiap kali pembelian dimana mata tersebut boleh digunakan untuk membayar 50% daripada nilai minuman seterusnya. Ahli juga akan diberikan ganjaran pada hari jadi dan keahlian cheers club adalah seumur hidup.



Kedai ini sangat selesa untuk lepak dan membuat kerja, sesuai dengan namanya iaitu Chatto yang merupakan sebutan Jepun yang bermaksud Chat dalam Bahasa Inggeris. Selain itu juga, Cha dalam bahasa Cina membawa maksud teh. Jelas sekali kedai ini menyuruh kita melepak sambil minum teh. Oleh itu, banyak kemudahan yang disediakan contohnya seperti permainan, rangkaian WiFi yang laju, socket untuk pengecasan serta kemudahan tandas yang bersih. Amar menghabiskan masa hampir 5 jam membuat kerja di laptop dan sepanjang tempoh tersebut Amar sangat fokus kerana suasananya sangat tenang. Lagu-lagu yang dipasangkan juga sangat ringan dan tidak membuatkan Amar rasa BINGIT langsung. Overall, persekitaran di kedai ini sangat bagus.


Tandas pun kena review jugak ke ? Ya mesti ! Ini kerana, tandas juga merupakan reputasi bagi sesuatu tempat. Kalau tandas tu kotor mesti kita akan ingat sampai bila-bila kan. Setakat ini Amar sangat berpuas hati dengan tandas CHATTO di cawangan Taman Sri Serdang yang bukan sahaja bersih malah sangat luas menjadikannya sangat selesa.



Akhir sekali merupakan review minuman dan makanan di café tersebut. Rasa air BOBAnya sangat unik kerana ia mempunyai kurang gula berbanding BOBA lain yang terdapat dipasaran. Setakat ini, Amar telah mencuba Kee Mun milk tea, Matcha Pearl Latte, Hojicha, Honey Lemon dan Cheese milk tea. Kesemuanya agak bagus dan menajubkan. Bagi rasa makanan pula, tekak melayu Amar sangat menyukai makanan di kedai tersebut. Cara hidangannya juga sangat bersih dan menarik perhatian sesuai dan bernilai untuk dimasukkan ke dalam laman social anda

Setakat ini cawangan CHATTO telah dibuka dalam 8 buah negeri iaitu Johor, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Pahang, Penang, Sarawak dan total 30 outlet telah ditubuhkan. Jadi jika anda tersempak dengan kedai ini, jangan lupa untuk masuk, makan dan nikmati suasana disana. Macam mana dengan pengalaman anda di kedai BOBA ? Boleh catat ulasan anda di bawah.
Review BOBA buatan Malaysia : CHATTO, tempat yang sesuai untuk lepak. Review BOBA buatan Malaysia : CHATTO, tempat yang sesuai untuk lepak. Reviewed by Amar Razali on April 04, 2020 Rating: 5

9 ulasan:

  1. Saya pun suka lepak dekat chatto

    BalasPadam
  2. Menarik betul kedainya... akak ni sejak dah tua jarang la minum bobba , rasanya paling2 pnh try pun yg tealive je

    BalasPadam
  3. wow sedapny.terliur plak tgk..selalu cari tealive he..he...

    BalasPadam
  4. tak pernah lagi try chatto.. tapi boleh masuk dalam list nak cuba nanti.. tengok gambar macam menarik!

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. takpe kalau nampak kat mane-mane nanti boleh la masuk singgah

      Padam
  6. cantik deco kedai tu...rasa mcm pernah baca blogger share pasal kedai ni..lupa la pulak siapa

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye betul tu dekonya sangat menenangkan sesuai untuk amik gambar masuk media social

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.