Resepi biskut coklat cip simple dan sedap


Hai semua, hari ni Amar akan ajar korang cara untuk bake chocolate chip cookies anda sendiri. Lepas saja anda tahu resepi ni, anda tidak perlu lagi menghabiskan duit untuk membeli biskut di kedai. Kalau nak berniaga biskut guna resepi ni pun boleh. Apa yang best, anda boleh kawal tahap kemanisan biskut tersebut mengikut citarasa anda sendiri, barulah sihat!!

Bahan-bahan :
- Tepung Gandum (1 dan 1/2 cawan)
- Esen Vanila (1 sudu teh)
- Baking soda (1 sudu teh)
- Telur (1 biji)
- Butter (1/2 block) *cairkan dahulu
- Brown sugar (1/2 cawan)
- Gula pasir (1/2 cawan)
- Cip coklat (3/4 cawan)

1. Masukkan 1/2 butter, 1/2 cawan gula pasir, 1/2 cawan gula perang kedalam mangkuk besar dan putarkan sehingga menjadi berkrim
2. Kemudian, masukkan sebiji telur, 1 sudu kecil esen vanilla dan putarkan lagi sehingga kembang
3. Di dalam bekas yang berbeza, masukkan 1 dan 1/2 cawan tepung dan masukkan 1 sudu kecil baking soda
4. Gaul dan campurkan sedikit demi sedikit tepung tersebut kedalam adunan butter tadi
5. Masukkan chocolate chip dan gaulkan bersama adunan. Nak sedap lagi, gunalah coklat chip herseys sebab nanti coklat tu akan cair dan meleleh. Kalau nak banyak coklat chip boleh masukkan 1/4 cawan lagi. Tapi kalau masukkan banyak sangat cip coklat, biskut akan jadi lembik
6. Letak non stick baking paper kedalam loyang dan scoop adunan tersebut
7. Panaskan oven pada suhu 180 darjah selama 10 minit
8. Bakar biskut tersebut selama 15 minit

Akhirnya biskut telah siap dan boleh dihidangkan bersama susu segar. Resepi ni boleh menghasilkan sebanyak 12 keping biskut. Harap resepi ni membantu korang dan komen di bawah jika anda ada cara tambahan untuk sedapkan lagi biskut tersebut.
Resepi biskut coklat cip simple dan sedap Resepi biskut coklat cip simple dan sedap Reviewed by Amar Razali on April 14, 2020 Rating: 5

14 ulasan:

  1. Wow cantiknya bentuk biskut. Amar scoop guna apa ya?

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum, biasanya lelaki kalau masak comfirm sedap. Terima kasih share resepi ni. Memang nampak mudah. SS pun suka makan biskut chocolate chip mcm ni... cantik kejadian chocolate chip amaraz... mcm famous amos dah... thorbaaeiiikkk....

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam, terima kasih puji. Rasanya sangat sedap, kejap je sold out hehe

      Padam
  3. Impressive-looking cookies you made there... nanti boleh la sis try recipe ni juga (kalau rajin hahaha) 〒▽〒

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe thank youu!! please try it, it's very nice ~~

      Padam
  4. alamak, 1 gambar first je boleh tengok tu. Cantik kejadian cookies. pandai eh buat cookies. terbaik chef Amar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq sis, Amar dah upload balik gambar mana yang taknampak tu

      Padam
  5. Oih! Dah nak raya dah ni! Yummy!

    BalasPadam
    Balasan
    1. try la buat uncle gedek, raya sendiri-sendiri je dalam rumah, takyah tempah biskut hehehe

      Padam
  6. Thanks resipi.. Baru je buat.. Sangat sedap!

    BalasPadam
  7. Saya pun cuba buat harini.harap2 menjadi,dalam oven lg hihi

    BalasPadam
  8. dah beli chocolate chip. ni menu yang dalam senarai untuk dibuat. hehe

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.