Resepi Cekmek Molek Kelate


Hai semua, izinkan Amar intro dulu sebelum bagi resepi dekat korang okay. Baru-baru ni, Amar, my sis and umi pergi makan angin dekat Tanah Tinggi Cameron Highland. So ringkasnya, kitorang beli ubi keledek murah gila kat sana iaitu just RM10 for 3KG and daripada sinilah terfikir nak update resepi cekmek kat blog. Done intro so jom kita start.

Bahan-bahan:

  • 5 biji ubi keledek yang bersaiz medium
  • 1 1/2 cawan tepung gandum 
  • 1/4 sudu gula 
  • Garam (optional)

Cara penyediaan:
Basuh ubi sehingga bersih dan rebus ubi bersama kulitnya sekali sehingga empuk. Level air tu just lepas ubi pun dah cukup dah. Pastikan ubi tidak hangit. Nak tahu empuk tak, boleh tekan guna garfu. Terlebih masak pun tak okay jugak sebab nanti jadi lebu dan tak sedap.




Kupas ubi yang telah direbus kedalam bekas dan tambah 1/4 sudu gula dan sedikit garam. Lenyek ubi tersebut sehingga hancur. Kemudian, tambah 1 1/2 cawan tepung ke dalam ubi tadi dan gaulkan adunan sehingga sebati dan menjadi doh. Tepung tersebut tidak perlu ditambah air sebab kandungan air dalam ubi tu dah cukup moisture. Jika adunan terlalu cair boleh tambah tepung.



Buat bebola mengikut saiz yang diingini menggunakan doh dan sediakan gula ke dalam mangkuk untuk dimasukkan kedalam cekmek. Tuang juga sedikit tepung kedalam pinggan untuk letak cekmek supaya tidak melekat. Bentukkan bebola tadi menjadi rata/flat dan tambah gula mengikut kesesuaian doh. Pastikan doh tidak begitu nipis dan tutup lipatan menjadi bentuk bujur sehingga betul-betul rapat untuk mengelakkan gula daripada bocor semasa menggoreng. Kalau ikut saiz doh macam dalam gambar boleh buat sehingga 14 biji cekmek. Lagi kecil doh, lagi banyak cekmek yang boleh dibuat.




Panaskan minyak dan goreng dengan api yang sederhana. Terbalikkan cekmek sehingga masak kedua-dua belah. Kebiasaanya 10 minit sudah mencukupi untuk goreng cekmek ataupun apabila cekmek bertukar menjadi warna coklat.



Setelah cekmek tersebut sudah diangkat kedalam pinggan, jangan terus gigit dan makan je nanti terbakar lidah. Tunggu sehingga cekmek suam dahulu sebab gula dalam cekmek tu cair dan sangat panas. Cekmek sangat sedap dimakan semasa hujan bersama keluarga dan dihidangkan dengan teh panas. 

Resepi Cekmek Molek Kelate Resepi Cekmek Molek Kelate Reviewed by Amar Razali on Jun 30, 2019 Rating: 5

4 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.