APLIKASI BANTU SENAMAN BAGI PEMALAS


Tak dinafikan,pada zaman serba canggih ini senaman merupakan perkara paling berat untuk dilakukan.Tambahan pula,Malaysia dicatatkan sebagai negara dengan obesiti tertinggi di Asia.Risau bukan?Apa guna telefon pintar yang sudah ada ditangan jika tugasnya bukan untuk menyenangkan kehidupan seharian kita.Oleh itu,pembangun aplikasi iaitu Perigee AB di AppStore mahupun di PlayStore telah mewujudkan aplikasi untuk memudahkan kita bersenam secara konsisten.

SEVEN - 7 Minute Workout

Berikut merupakan aplikasi senaman selama 7 minit.Dengan itu,walaupun sesibuk mana pun anda atau pemalas mana pun anda.Anda hanya perlu meluangkan masa 7 minit selama sehari untuk kekal sihat.Lebih-lebih lagi,senaman tersebut dapat dilakukan dimana-mana jua,sama ada diluar ataupun didalam rumah jika anda lupa untuk bersenam pada hari tersebut,aplikasi 7 minute workout akan mengingatkan anda untuk berbuat sedemikan.Jadi, tiada alasan lagi untuk anda tidak menjadi sihat dan bertenaga sepanjang masa.Bayangkan selama 7 minit sehari selama sebulan anda sudah bersenam sebanyak 210 minit tanpa anda sedari.Senaman yang konsisten merupakan kunci untuk anda mendapatkan bentuk badan yang diidamkan.Tiada jalan pintas untuk melakukan sesuatu perkara melainkan anda bersenam selama 7 minit selama sehari.


Pertama kali anda membuka aplikasi ini,anda akan ditanya samada anda mahu pelatih perempuan ataupun lelaki untuk membantu anda beserta dengan beberapa soalan seperti sebanyak mana anda bersenam dan target anda seperti ingin menjadi cergas,minjadi kuat atau menghilangkan berat badan.Selain itu anda juga akan dilatih dengan grafik yang menarik dan mudah difahami untuk membuat sesuatu senaman.Aplikasi ini juga menawarkan perkhidmatan untuk anda mencapai target anda lebih cepat dengan membayar RM39.90/Sebulan atau pun RM24.99/Sebulan selama setahun.Jika anda masih ragu-ragu untuk membeli,anda masih boleh menggunakan perkhidmatan percuma dan anda juga akan mendapat akses 7 hari percuma untuk pekhidmatan premium.

Tambahan lagi,anda dapat menyambung akaun anda ke facebook untuk bersenam dan melihat perkembangan rakan-rakan yang lain, menjadikan senaman anda lebih seronok dan tidak membosankan.



Ini cuma sekadar aplikasi,yang melakukan senaman tersebut tetap anda.Oleh itu,anda harus mendisiplinkan diri untuk rajin mengikuti senaman tersebut.Tanpa kesungguhan dan minat yang betul anda tidak akan berjaya untuk memenuhi target anda.Namun begitu,tidak salah untuk anda mencuba aplikasi tersebut dahulu dan buktikan bahawa anda bukanlah seorang yang lemah dan berani menyahut cabaran.
APLIKASI BANTU SENAMAN BAGI PEMALAS APLIKASI BANTU SENAMAN BAGI PEMALAS Reviewed by Amar Razali on November 24, 2017 Rating: 5

3 ulasan:

  1. salam singgah, good sharing ^_^ macam best, nak try nanti

    BalasPadam
  2. kene cuba ni. Badan Tarot pon makin naik ni

    Support event Tarot - fundraising. Tarot amat menghargai bantuan anda.
    http://tarotthefool.blogspot.my/2018/01/memohon-sumbangan-untuk-program_21.html

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.