BAHAYA TIDUR PETANG JADI GILA !

Pernahkan anda tidur diwaktu petang dan bangun pada malam hari dan menyangka hari sudah pagi.Kemudian anda bersiap-siap dan bergegas ke tempat kerja/kelas.Selepas bersiap dengan pakaian lengkap,baru anda tahu hari sudah malam.Patutlah orang lain tengok pelik je.Terpaksa tanggalkan balik baju yang dipakai tadi.


"Jangan tidur petang nanti boleh jadi gila!"

Gila disini bukanlah bermaksud tidak waras seperti berjalan bogel di tengah jalan.Namun ia bermaksud minda anda tidak dapat membezakan antara siang dan malam.Kadang-kadang apabila hendak meletakkan ubat gigi atas berus gigi pun boleh bertukar dengan pencuci muka.Maka tergosoklah gigi anda dengan pencuci muka sehingga dapat menghilangkan pori-pori di celah gigi.Ini kerana,minda kita sudah diasuh sejak dari kecil untuk bangun bersiap apabila nampak suasana diluar sana masih gelap.

Badan kita memerlukan rehat yang cukup namun perbuatan tidur petang perlu dihindari sama sekali kerana ALLAH s.w.t telah menjadikan waktu petang untuk bekerja manakala waktu malam pula untuk beristirehat.


Tidak dinafikan,pada waktu petang kita akan berasa sangat letih kerana baru pulang dari kelas atau penat seharian bekerja.Selepas tidur petang,kita akan mempunyai masalah untuk tidur malam kerana kita sudah mengambil rehat yang cukup.Namun begitu,alangkah baiknya jika kita menangguh tidur tersebut untuk tidur awal dimalam hari.Sebaiknya petang itu diisi dengan aktiviti diluar rumah atau meluangkan masa bersama keluarga.Tidur awal dimalam hari juga dapat menjadikan kita bangun awal di pagi hari dimana ruang rezeki yang luas di pagi hari disamping dapat melakukan qiamullail di malam hari.Berikut merupakan quantiti untuk tidur mengikut golongan umur:


Disamping itu juga,sebaik-baik tidur adalah tidur diantara pukul 12 tengahari dan waktu zohor ,tidur ini dipanggil sebagai Qailulah atau lebih dikenali dengan POWER NAP.Tidur 1 minit di waktu tengahari ini juga dikatakan seperti tidur selama 45 minit malam.Oleh itu,wajarlah kita tidur sekejap diwaktu  tengahari dan bangun untuk menunaikan solat zohor dan kekal bertenaga sepanjang hari.


Namun begitu tidak salah jika kita tertidur diwaktu petang kerana terlalu mengantuk.Seharusnya perkara ini dielakkan untuk menjauhkan diri kita daripada penyakit berbahaya.Bukan semua orang mempunyai kesempatan untuk tidur sebelum zohor kerana sibuk dengan tugasan masing-masing.Oleh itu,rancanglah kehidupan dengan sebaik mungkin agar setiap detik hidup kita bermakna.

Ingat ,masa yang berlalu tidak dapat diundur kembali dan janganlah terlalu leka dengan masa silam hingga tidak mempunyai masa untuk masa hadapan.




BAHAYA TIDUR PETANG JADI GILA ! BAHAYA TIDUR PETANG JADI GILA ! Reviewed by Amar Razali on November 23, 2017 Rating: 5

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.