Memang tak dinafikan,penampilan diri amatlah penting bagi
seseorang remaja apatah lagi orang dewasa.Kulit yang licin akan membuatkan diri
kita berasa lebih yakin untuk mendekati orang ramai dan bersosial dengan
mereka.Namun,pada saat tumbesaran kita giat berlangsung,jerawat-jerawat akan
mula timbul seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.Memicit jerawat akan
membuatkan jerawat kita bertambah teruk malah akan meninggalkan parut.Mencegah
lebih baik dari pada merawat.Oleh itu,terdapat lima makanan penyebab jerawat
yang harus kita hindari.
1.KACANG
Rasa kacang amatlah lazat dimakan kosong dan sering
digunakan dalam pembuatan makanan seperti mentega kacang,digunakkan dalam
coklat seperti NIPS dan sering juga dimasukkan dalam rojak buah.Agak sedih bagi
penggemar kacang kerana kacang merupakan salah satu penyebab jerawat.Kacang
mengandungi lemak omega-6.Omega-6 bagus untuk kesihatan namun jika diambil
secara berlebihan ia akan menyebabkan keradagan dan mengakibatkan jerawat.Sukar
untuk mengambil lemak omega-6 secara sedikit kerana dalam dua sudu mentega
kacang ia mengandungi 16g lemak, 50% daripadanya adalah mono-tidaktepu, 19%
tepu, tetapi 31% adalah tidak tepu .
2.COKLAT
Coklat merupakan makanan yang mengandungi gula dan lemak
yang tinggi.Kandungan lemak yang tinggi akan menyebabkan pengeluaran sebum yang
mengakibatkan tindak balas kerandangan dalam badan yang merupakan jerawat.Jika
anda masih mahukan coklat,cuba tukar kepada coklat gelap berbanding dari coklat
putih atau coklat susu.
3.TENUSU
Susu lembu juga boleh menyebabkan keradangan.Hormon dalam
susu akan bertindak balas dengan totesteron dalam tubuh anda.Ia akan
meningkatkan pengeluaran sebum dalam kulit anda dan liang-liang anda akan
tersumbat dengan bahan berminyak.Namun bukan semua jenis produk tenusu boleh
menyebabkan jerawat.Susu dan aiskrim telah dikenal pasti sebagai punca jerawat
akan tetapi bukan bagi yogurt dan keju.
4.GULA
Ya betul,kandungan gula yang berlebihan dalam makanan akan
menyebabkan liang-liang di muka anda akan menjadi lebih besar dan jelas
kelihatan.Kurangkan gula dalam makanan bukan sahaja dapat membantu kulit anda
malah dapat menghindari anda daripada penyakit yang berbahaya seperti diabetes
dan lain-lain.
5.MAKANAN PEDAS
Makanan pedas akan meningkatkan suhu badan anda dan
menjadikan anda berpeluh pasir(peminat makanan pedas tahu situasi ini).Peluh
tersebut akan menyebabkan minyak keluar daripada kulit,dimana minyak tersebut
merupakan minyak yang menjerat kotoran serta bakteria yang menyebabkan jerawat.
6.MAKANAN SEGERA
Makanan segera mengandungi banyak gris serta minyak berlemak
tebal.Kuantiti minyak yang banyak dalam makanan tersebuy tidak boleh dipecahkan
oleh badan anda.Jadi lebihan tersebut akan keluar melalui liang kulit anda dan
terhasilah jerawat.
KONKLUSI
Secara ringkasnya ,setiap makanan mempunyai bahan kimia
masing-masing.Namun menjadi tanggungjawab kita untuk mengawal kuantiti setiap
kelas makanan yang diambil oleh badan kita.Oleh itu,pantaulah pemakanan anda
untuk mendapatkan kulit yang licin dan kesihatan yang baik.Janganlah kita
terlalu obses dengan rupa paras kita sehingga sanggup menggangu kitaran
pemakanan hidup kita demi membuatkan orang lain menjadi senang dengan
kita.Ingat tujuan hidup kita adalah bukan untuk memuaskan hati orang lain.
6 MAKANAN PENYEBAB JERAWAT YANG HARUS DIHINDARI
Reviewed by Amar Razali
on
November 23, 2017
Rating:
Oo coklat pun penyumbang juga ye. Ingatkan kacang je
BalasPadam