Percutian Pendek ke Tadom Hill Resort Banting



Hey guys,lama tak menulis belog sibuk dengan hal sendirilah agaknya,ataupun sengaja menyibukkan diri.Yelah pengajian kat matrik dah tak lama dah nak habis kot,yehaww! and i gonna miss all of these things.


Ok!Stop intro,hari ni amar akan berkongsi pengalaman Amar ke Tadom with my friends masa outing balik bermalam kat matriks.Bila semua orang balik,kita yang boleh dikatakan anak perantauan negeri orang ni nak jugak release tension and elak dari mereput je.


At first kitorang rancang nak stay sana,tapi bila tngok harga,rasa macam nak pengsan lebih-lebih lagi bila hari sabtu-ahad harga memang melambung tinggi.So lupakan jelah hasrat tu and kitorang pergi je masa outing lelaki hari sabtu.Kitorang gi sana naik grab and nak masuk tadom hill resort kena bayar rm25 satu kepala untuk day pass,tu pun  kitorang dapat diskaun 10% lepas follow instagram/facebook Tadom Hill Resort.Kalau harga weekend asal adalah dalam RM28.



Dengan bayaran RM25 tu kitorang dapat akses untuk semua permainan air contohnya macam naik rakit,terjun dari 8meter platform and bergayut dari pokok ke dalam air.Sebelum masuk kedalam air semua orang pakai jaket keselamatan warna oren tu sebab sungai kat sana sangat dalam and kitorang pun taktahu sampai mana.Tapi bila dah pakai jaket tu rasa terbatas gak lah sebab bila nak masuk lam air je terus timbul balik.Tapi apakan daya untuk menjaga keselamatan pengunjung.Taknak pulak perkara yang tidak diingini berlaku samaada secara sedar mahupun tidak.

Hari tu kitorang main dalam air puas-puas sebab nak hargai RM25 kami,student lah dikatakan duit memang sentiasa tak cukup bagi kami.Aku nasihatkan korang kalau nak gi sana pastikan korang bawak gopro ataupun beli case phone waterproof,barulah dapat rakam detik indah bersama-sama.Macam aku ni sedih,ingatkan phone waterproof tapi bila masuk je air kejap,camera terus berkabus and phone terus mati.Terpaksa guna phone lama balik tapi tak kisahlah kan kalau tu takdir yang menimpa diriku.Kita redha jelah.

Selain daripada tu,jugak terdapat banyak kemudahan lain seperti tandas,tempat makan,surau dan lain-lain.Ada jugak permainan percuma seperti Jenga.Kalau untuk aktivi ATV,hiking and flying fox kena bayar harga lain pulak ye dik.


And ada satu cerita aku nak bagitahu masa aku kat sana,aku ni kan pakai specky (cermin mata) so takkan lah berenang pun nak bawak cermin mata sekali kan.Aku suruh lah lifeguard tu letak cermin mata aku dekat pondok dia,and dia betul-betul beridiri sebelah pondok tu.Then,tetiba dia pandang aku macam tak puas hati je dengan aku,aku abaikan je,aku bayar kot nak masuk jadi silalah berbuat baik dengan pelanggan anda ok.Jangan sebab kau stress,kau nak stresskan orang lain pulak.


Overall aku rasa tempat ni sangat menarik untuk pergi menenangkan diri sebab permandangan kat sini agak lawa and nice.Tapi untuk bayaran RM25 seorang untuk main air sungai aku rasa agak mahalah walaupun ada aktiviti air yang lain.But at last kitorang rasa happy sangat hari tu and balik je rasa letih sangat sebab penat dayung air kat sana.Aku bangun pagi esok tu terus rasa sakit badan sebab enjoy sangat kat sana.What an unforgetable memory.Korang pernah datang sini? Drop lah komen kat bawah biar orang lain tahu sama pasal tempat ni.Chill!
Percutian Pendek ke Tadom Hill Resort Banting Percutian Pendek ke Tadom Hill Resort Banting Reviewed by Amar Razali on Mac 30, 2018 Rating: 5

5 ulasan:

  1. Wowww sesekali dapat release tension best juga

    BalasPadam
  2. Seronoknya ammar pergi bercuti.. Kak ash bila nak join bercuti macam ni

    BalasPadam
  3. pernah pergi juga sini dengan kawan2.. Memang best walaupun tak capai expectation saya.. heheh..
    yang penting masa diluangkan dengan kawan2 tu jdi bermakna dengan aktiviti air

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.