Misi Kembali Berblogging !!

  
Assalamualaikum semua,apa khabar? Dah lama amar tak menulis blog,malas tu satu hal tapi kadang-kadang amar takde idea sangat nak menulis.Alhamdulillah,tamat sudah pengajian amar di matriks.YAHUU,satu penantian yang amar sangatlah tertunggu-tunggu akhirnya telah tiba.Betullah orang cakap penantian adalah satu penyeksaan.


So,bila dah habis matriks ni amar plan cuti ni nak isi ngan perkara berfaedah sambil-sambil tunggu result PSPM2(result matriks).Risau jugak dapat rendah sebab masa exam haritu hanya Allah yang tahu macam mana susahnya amar nak jawab exam.Harap-harap dapat masuk IPTA pun jadilah ye.Korang doakan lah amar supaya dapat sambung degree and jadi orang yang berguna nanti.

Pada musim cuti kali ni,amar ingat nak update blog tiap-tiap hari and jadi blogger sepenuh masa.Tapi masalahnya,nak hasilkan satu-satu post tu bagi amarlah,agak susah sebab nak nak perah otak nak tulis apa kan.Tapi tulah,kalau nak buat benda,kita kena bersungguh dan istiqamah dalam apa jua perkara yang dilakukan kalau tak apa yang kita plan and harapkan pun tak jadikan.Kalau korang ada tips menulis blog,korang kongsilah dengan amar sbb amar nak sangat jadi blogger yang berjaya.

Selain tu jugak musim cuti jugak amar ingat nak kerja untuk tambah pendapatan sbb kalau poket pokai tak boleh keluar jalan-jalan.Walaupun parents still support perbelanjaan amar,sampai bila amar nak bergantung pada duit parent je kan.Ye ke tidok? Korang rasa apa kerja kosong yang sesuai untuk student lepasan matriks macam amar ni.Kalau korang ada idea,tak salah kalau korang kongsi kat bawah tu kan.Amar rasa tu jelah coretan untuk kali ni,amar harap semua orang berjaya mencapai matlamat dan misi masing-masing. CHAIYOK!!


Misi Kembali Berblogging !! Misi Kembali Berblogging !! Reviewed by Amar Razali on May 07, 2018 Rating: 5

16 comments:

  1. Saya rasa kerja yang paling sesuai untuk amar adalah menjadi bilal di masjid

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm okay gak,hehe tgok lah dulu.

      Delete
  2. In Shaa Allah amar, moga berjaya jejakkan kaki ke IPTA ye. Chayok-chayok update blog nanti bila dah sambung belajar kena curi-curi masa pula

    ReplyDelete
  3. Allhamdulillah. Harus le seronok br abs study. Akak doakan smg berjaya k... Doakan akak sekali tau yg dh tua x abs mengaji lg ni. Huahaha

    ReplyDelete
  4. Selamat kembali ke dunia blogging amar..

    ReplyDelete
  5. hehehe.. nak hasilkan 1 entri memang payah lagi-lagi bila idea takde.. tapi keep it up dan cari je idea tu.. nanti dia akan datang ^^

    ReplyDelete
  6. Sumpah suka amar punya article! Semua!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sbb support and bagi semangat untuk amar menulis

      Delete

Powered by Blogger.