Dilema pilihan : Perlu ke masuk matrik ? - Pengalamanku

Hai semua,result matriks dah keluar kan ? Biasanya result matriks keluar lebih awal daripada result UPU kan. Tahniah kepada yang berjaya mendapat tawaran ke matrikulasi,bukan senang nak masuk matriks tau.Jadi sama-sama kita lafaz Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran atas rezeki yang tak terhingga yang diberi oleh-NYA.


Mula-mula amar nak bagitahu yang amar ni pelajar lepasan matriks 17/18.Amar berasal dari Kelantan dan mendapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Selangor aka KMS.Jauh benau kan,amar saje mintak jauh sebab sebelum ni asyik study lam kelantan je.Nak gak merasa negeri orang kan.Berakhir sudah perjuangan amar selepas 10 bulan bertungkus-lumus siapkan kerja,tidur lewat dan sebagainya.Jadi kali ni amar akan berkongsi pengalaman amar sepanjang berada di Kolej Matrikulasi Selangor.

Hari first datang sana excited gila,sebab lepas SPM lama tak sentuh buku and get ready untuk belajar balik.Ingat nak buat comebacklah sebab result SPM dulu pun biasa-biasa je.First datang sana,Ya Allah bau dia macam *sori eh* macam tahi sebab dekat dengan ladang kelapa sawit.Tapi lepas sebulan duk kat sana hidung dah sebati dengan bau tu and tak rasa apa-apa dah.Ingat lagi masa mula-mula datang,hahahah.

Program orientasi kami pun dipendekkan sebab kitorang masuk pun dah nak dekat raya.Tak tahu nak bersyukur ke apa,sebab masa tu tengah viral yang program MDS apa tah.Selain tu,kat sini ada 3 module untuk pelajar sains PDT (program dua tahun) dan PST (program satu tahun).

3 MODULE TERSEBUT ADALAH:
Module 1:Matematik,Kimia,Fizik dan Biologi
Module 2:Matematik,Kimia,Fizik dan Sains Komputer
Module 3:Matematik,Kimia,Biologi dan Sains Komputer


Masa first masuk sini,amar dapat module 1,tapi amar minat sains komputer.Pastu bertungkus-lumus lah kena tulis surat and buat permohonan untuk tukar module.Korang jangan risau kalau dapat module apa pun,sebab korang dapat tukar jugak nanti kalau nak.Nak tukar masuk akaun pun boleh



So sebulan lepas datang gembiralah sebab dapat balik rumah.Then lepas datang balik kolej,keputusan permohan tukar module pun dah dapat and amar berjaya tukar.Pastu,ada pulak program riang ria hari raya kat kolej.Rasa happy gila sebab dapat kenal ngan classmate baru and ambik gambar ngan diorang.

Pasal outing pulak,kat sini outing dua minggu sekali,Satu minggu untuk lelaki and satu minggu untuk perempuan then bergilir-gilir.Hujung bulan dapat balik rumah kalau dekat tapi amar tak lah hahah.Banyak tempat boleh outing kat sini,tesco,aeon bukit tinggi and pekan banting.Amar ada tulis jugak pasal tu,korang boleh baca artikel kat bawah ni jugak :
1.OUTING KE AEON BUKIT TINGGI KLANG

Kat sini banyak sangat program,kalau korang join program-program tu,insyaAllah matriks life korang tak bosan and sendu.Kalau nak cerita pasal program yang ada panjang ni,So dahlah,amar nak cakap pasal pembelajaran kat sana pulak.Sebab niat datang sana kan nak belajar,so patutnya bab ni paling penting okay.

Masa semester 1,rasa agak janggal jugak la sebab tak biasa lagi kan,sebab classmate pun baru kan.Amar ingat lagi amar kena denda kat kelas sebab tak siapkan tutorial.Amar pun tak tahu sangat pasal tutorial masa tu.So lepas korang habis je belajar sesuatu pelajaran kat kuliah,korang kena terus buat tuto kat bilik ok.Tapi lecturer denda pun awal-awal je sebab nak pelajar tahu kan.Lama-lama ikut koranglah.Jadual kat sini sangatlah packed ,lepas kelas ada kelas ada gap pun dua kali je dalam seminggu.Bagi amar belajar kat sini sangat lah berat sebab korang bayangkan satu subjek at least 10 chapter pastu darab 4 lagi.letih jugak nak sumbat 40 chapter dalam otak dalam masa empat bulan.Korang kena kuatkan diri korang kalau nak study kat sini.Kalau korang menangis sebab belajar pun tak heran sebab tu benda biasa.Belajar tu sangat lah penat,tapi kepenatan tulah yang akan bantu kita kat masa depan nanti.Selain tu yang dapat pointer bawah 2.0 masa semester 1 akan ditawarkan ke program dua tahun PDT ataupun dibuang matriks.So korang belajarlah bersungguh.

Masuk semester 2 pulak,subjek akan jadi makin susah and mencabar.Kalau masa satu dulu anda stress dan berjaya tanggani,anda dah belajar cara untuk menanggani stress untuk semester 2 dan menjadikan diri anda lebih matang.Korang fokuslah betul-betul and jangan tangguhkan kerja kalau tak nak hidup susah.Hormat pada lecturer yang mengajar and selalu lah call mak dan ayah okay.Mereka rindu korang.Semester 2 ni jangan main-main sangat sebab ramai yang lalai dan kecundang ok.Tapi kalau korang rendah masa semester 1 and nak buat comeback masa semester 2 pun boleh tapi kena kuat dan kerja bersungguh-sungguh.Bukan susah nak susah and bukan senang nak senang kena ingat tu.

So overall,kalau korang masing ragu-ragu untuk untuk masuk matrik atau tak.Nasihat amar,buatlah pilihan yang terbaik bagi korang.Tapi betul amar cakap jadual kat sini memang packed and stress semua orang akan lalui.Tapi insyaAllah anda boleh laluinya juga.Tapi kalau anda masuk matriks semata-mata untuk elaun,amar rasa tak payah lah,tapi best jugak dapat RM250 satu bulan free-free kan ,hehe.Jadikan elaun tu sebagai kelebihan untuk masuk matriks ,sijil matriks juga setaraf dengan diploma tau tak.It means that kalau korang nak kerja pun lepas matriks ,gaji sama ngan budak diploma.Best ke idok?Budak asasi tak dapat tau sijil macam tu.

Amar rasa amar akan berhenti menulis kat sini.Apa pun pilihan korang,goodluck okay sebab ni adalah jalan untuk menuju kedewasaan.Nanti banyak lagi liku-liku kehidupan yang anda akan lalui.Bagi amar,korang tak perlu nak stress sampai jadi pelajar cemerlang,cukup lah pelajar yang average je.Kalau anda seorang yang cepat pickup ia adalah satu bonus bagi anda.Apa yang penting ialah,korang belajar sesuatu yang berguna untuk masa depan anda sendiri.Kita jadikan hari ini lebih baik dari semalam.

Sekian.




Dilema pilihan : Perlu ke masuk matrik ? - Pengalamanku Dilema pilihan : Perlu ke masuk matrik ? - Pengalamanku Reviewed by Amar Razali on Mei 08, 2018 Rating: 5

11 ulasan:

  1. tp abe kie lebih suka sistem matriks yg dikendalikan oleh universiti masing2 mcm dulu. Mcm abam kie dulu masuk Pusat Asasi Sains UM. Siap boleh stay di kolej kediaman mcm students bachelor...mcm satu kaki dlm U doh!

    BalasPadam
  2. Akak dulu lepas dpt result spm tu,akak fikir lah nk sambung U mana kan.And then isi upu.Alhamdulillah byk dpt tawaran belajar.Tapi akhirnya akak belajar di kolej swasta showme.Disebabkan my mum nak sangat anak dia ni jadi cikgu tadika.Alhamdulillah akak dah graduate and sempat kerja sbg pengasuh,cikgu di taska/tadika/transit.Akak kerja 3 tempat tau. Selepas akak tamat sijil kemahiran malaysia tahap 3 penjagaan dan pendidikan awal kanak2.Akak terus kerja dkt tadika.

    BalasPadam
  3. It was nice reading your experience. I got the same offer to this exact matriculation college few years ago. Tapi tolak sebab memang dah niat tak nak pergi matriks masa tu. Lagipun, dekat sangat dengan rumah matriks ni. Hehe :D

    BalasPadam
  4. Saya dapat tawaran matrik modul 1 tiga tahun lepas. Matrik tu di Pahang je tapi tak pergi pun sebab nak ambil asasi kat uni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. amar sebenarnya nak asasi tapi rezeki dapat kat matriks, btw bersyukur je mana-mana pun and buat pilihan terbaik untuk diri sendiri

      Padam
  5. Slm. Sy nk tnya kalau spm kimia & +math dpt B+ lpstu fiz dgn bio dpt B ssuai tk mohon matrik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam, dengan result sebegitu Amar rasa sesuai...Tahniah untuk result SPM tu 👍🏻👍🏻👍🏻

      Padam
  6. Trima kasih☺️ Amar, klau nk ambil modul 1 kena dpt result yg hbt2 ke utk subjek2 aliran sains tu? Mksudnya gred A ada, gred B pun ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa SPM dulu amar dapat semua B untuk subjek aliran sains, Alhamdulillah layak je dapat module 1 tapi Amar tukar ke module 2 untuk ambik subjek komputer

      Padam
  7. Assalamualaikum, nak tanya. Saya dapat jurusan sains. Modul 1,2,3 wajib ambik ke atau pilih salah satu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam, terima kasih kerana bertanya. Pilih salah satu je modul, biasanya dia dah tetapkan kita modul berapa tapi still boleh tukar lagi

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.