Apa yang perlu dibawa ke kolej matrikulasi (Senarai Packing)


Assalamualaikum and hai semua!! Tahniah kepada adik-adik yang berjaya mendapat tawaran untuk meneruskan pembelajaran di matrikulasi.Tak kira lah matrikulasi mana anda dapat yang penting tahniah.Sebenarnya abang baru je tamat pembelajaran di matrikulasi,so abang nak bagitahu adik-adik barang yang perlu dibawa ke matrikulasi.Kalau adik-adik nak tahu pengalaman abang di matrikulasi adik boleh baca artikel abang yang lain .


Abang dapat kolej matrikulasi selangor (kms) and berasal dari kelantan,so parents yang hantar masa hari first.Banyak jugaklah barang yang dibawa sebab susah kalau tertinggal barangkan.Tapi bawa banyak-banyak pun tak guna,end up barang tu mereput je lam loker.So disini abang akan listkan barang yang tersangatlah penting,yang digunakan tiap-tiap hari.Tapi amar nak mintak maaf sbb amar just boleh buat list pakaian lengkap untuk lelaki je okay,selain dari pakaian boleh je nak follow.


Pakaian:
-Baju kemeja kolar lengan panjang (bawa secukupnya untuk 5 hari kuliah nak begilir pun boleh)
-Tie (tali leher pun bawak saiz sesuai dgn badan anda ya)
-Seluar slack
-Baju t-shirt tanpa kolar (yang ni bawak banyak pun takpe)
-Tshirt berkolar (bawa la dlm 3 atau 4 helai senang kalau ada kuliah malam,outing pun pakai baju kolar)
-Seluar track (kalau jenis bersukan bawak la banyak)
-Kain pelikat (nak pakai masa solat atau nak buat tidur pun boleh,tapi takleh berkeliaran pakai kain pelikat)
-Seluar tiga suku (kalau tak suka seluar track pakai je asalkan tutup aurat,jgn seluar pendek sudah)
-Baju melayu (Bawalah sehelai untuk solat jumaat atau nanti ada program hari raya,nak pakai gi kelas hari jumaat pun boleh)
-Samping (bila pakai baju melayu wajib ada samping)
-Stokin (banyak sikit takut hapak hehe)
-Pakaian dalam (decide sendiri k)
-Kasut kuliah x1 (kasut kulit hitam biasa je)
-Kasut sukan x1
-Selipar mandi x1 (selalu orang lupa ni,jangan lupa bawak susah nak gi mandi,satu lagi jangan pakai selipar lak gi kuliah)
-baju lengan panjang atau hoodies ke apa suka hatilah nak bawak tak sbb tak wajib pun
-Tuala

Toiletries:
-Berus gigi
-Ubat gigi -Sabun badan
-Shampoo
-Pencuci muka
-Bekas mandi
-Baldi and berus untuk basuh baju
-Sabun basuh baju (some barang macam ni ada jual dekat koperasi termasuk yang atas tadi)
-Pencebok tak perlu pun okay

Barang elektronik:
-Phone pastikan yg ada whatsapp sbb banyak group kena join nanti
-Charger phone
-Laptop (tak penting sangat tapi boleh je nak layan movie masa weekend)
-Charger laptop
-Jangan bawak barangan seperti kipas atau heater takut blackou (nak pesan tpi ada orang bawak,kalau jumpa kena rampas)

Barang belajar:
-Alat tulis biasa lah malas nak list
-Kalkulator (biasanya pensyarah ada rekomen kalkulator silver and ramai guna sbb mudah nak buat calculation,takpe dtg je dulu)
-Foolscap paper,nak bawak banyak pun boleh sangat berguna dan cepat habis
-Board untuk pelapik kertas ,aku pun lupa nama (akan berguna)
-Buku panjang yang kulit lembut ,bukan yang kulit keras tu x4 pun dah cukup rasanya
*Semua barang ada jual kat koperasi

Lain-lain:
-Kunci dan mangga untuk loker
-Ada tikar atau karpet lam bilik pun best gak
-Penyapu dan penyodok,berguna nak sapu debu
-Bakul untuk letak baju kotor
-Bawaklah pinggan atau bekas dan cawan,untuk buat meggi dan air
-Bawak botol air (boleh bawak air masa kuliah taknak bagi mengantuk)
-Sarung bantal dan cadar
-Kain untuk sapu debu pada meja dan loker,nak bawak tisu pun boleh
-Dokumen selengkapnya yang ni penting ,kalau mintak dua salinan jangan fotostat tandatangan ye
-Sejadah untuk solat lam bilik ,haha

Amar rasa tu jelah kot,kalau amar lupa letak apa2 just bagithu amar okey.Jangan merungut dan kuatkan semangat.I wish all the luck for you,
GAMBATE KUDASAI !!
Apa yang perlu dibawa ke kolej matrikulasi (Senarai Packing) Apa yang perlu dibawa ke kolej matrikulasi (Senarai Packing) Reviewed by Amar Razali on May 09, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.