Melawat Pantai Kelanang di waktu senja


Kali ini Amar nak bercerita tentang trip amar ke Pantai Kelanang. Sebenarnya, di banting ni ada banyak pantai seperti Pantai Kelanang dan Pantai Morib kerana kedudukannya yang berhadapan dengan Selat Melaka.Sebelum ni amar ada tulis pasal perjalanan amar ke Pantai Morib.Sesiapa yang belum baca lagi boleh klik link dibawah.

Pada pendapat Amar,Pantai Kelanang ni lebih menarik daripada pantai morib.Tambahan pula,Pantai Kelanang lebih dekat dan mudah untuk dicari.Tempat parkingnya juga lebih luas menjadikan tempat tersebut sesuai untuk seisi keluarga datang.



Pemandangan yang indah menjadikan tempat ni sangat sesuai untuk bergambar,tapi sayang pantai kelanang ini tidak sepopular Pantai Morib yang sentiasa menjadi tarikan pelancong luar.Namun begitu,sangat membazir jika tempat yang cantik ini dibiarkan begitu saja.Oleh itu marilah kita sama-sama menerokai keunikan pantai kelanang yang membezakannya daripada pantai-pantai lain.



Amar datang sini sebenarnya lepas habis matriks.So, dari matriks selangor terus drive sampai Pantai Kelanang,kejap je.Masa tu lebih kurang dalam pukul 7 lebih so masa datang orang takde sangat.




Pantai kat sini tak ade tembok macam pantai Morib jadi tak payah susah-susah nak panjat tembok nak sentuh air.Tapi pantai tersebut dua-dua takleh mandi,nak berkelah okey lah.Permandangan kat sini pun sangat nice,siap ada pokok lampu lagi kat sini.


Selain tu juga,ada deretan kedai sini untuk korang lepak makan.Masa amar kat sini just satu kedai je yang bukak sebab ,waktu pun dah gelapkan.Kalau korang datang sini masa petang,mungkin tempat ni akan lebih meriah dan ramai orang.


Last and foremost amar nak cakap ,tempat ni sangatlah cantik,lebih-lebih lagi datang masa sunset.Kalau diberi dua pilihan untuk datang pantai Morib atau Kelanang,amar pilih kelanang.Korang bagaimana?
Melawat Pantai Kelanang di waktu senja Melawat Pantai Kelanang di waktu senja Reviewed by Amar Razali on Mei 11, 2018 Rating: 5

4 ulasan:

  1. Cantik sunsetnya... Dua2 pantai akak lum sampai

    BalasPadam
  2. seronok tengok sunset2..lebih2 lagi dgn yg tersayang disisi

    BalasPadam
  3. bestnya pergi pantai dengan angin sempoi2 kan.

    BalasPadam
  4. mek pergi yang morib je rasanya. yang kelenang ni tak drop by pulak.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.