Penangan Restoran Acu Tera ,Sotong Celup Tepung ,Sabak

Hello guys, im back yow with another post.Kali ni amar akan berkongsi pengalaman amar pergi makan seafood celup tepung kat restoran 'acu tera'. Amar datang sini dengan satu family, akak ipar and baby pun ada sekali haa meriah kan.Restoran ni terletak di sabak, betul-betul kat tepi pantai so sangat nyaman udara kat sana.


Kalau ikut google, restoran ni dibuka pada pukul 3 petang ,tutup pada pukul 10.30 malam dan tutup pada hari rabu. Kitorang datang pukul 10 and masih ramai orang kat tempat tu. Meja kat sana sangatlah banyak tapi semua hampir penuh.



MAAF GAMBAR TAK JELAS


TEMPAT DUDUK DI RESTORAN 'ACU TERA'

Kitorang terpaksa makan kat restoran sebelah restoran 'acu tera',kira tumpang mejalah ni. Tapi kitorang order jugaklah makanan kat sana sebab dekat restoran 'acu tera' tak ada masakan panas .Ni senarai makanan dan minuman ada kat restoran 'acu tera'.

KLIK GAMBAR KALAU NAK ZOOM

Kalau nak order just tulis je nombor meja and quantiti.Mudah kan? Kitorang order udang dan sotong tapi dapat sotong je sebab udang dah habis.Laku keras kedai tu.Lagipun kitorang datang pun dah lewat,memang habis la.Air coconut shake pula menyengat,ada aiskrim siap atas tu.Sekali hirup rasa nak lagi,sedar-sedar dah habis dah.Terpaksa tapau adik punya coconut shake.Masakan panas yang kami order pulak,nasi goreng belacan,cilipadi dan nasi goreng kampung.Semuanya sedap-sedap.Ada telur lagi kat atas.Memang kenyanglah kami semalam.Tapi makanan tetap dihabiskan hehe.Kalau tak sedap dah lama ditinggalkan.



Nak dijadikan cerita,masa kitorang nak balik,ramai lagi kat sana and ada jugak yang baru datang.Korang boleh pergi kedai ni kalau nak makan celup tepung,tak payah pergi terengganu kat sini pun boleh rasa.Yang baru nak cuba ,silakan, dan selamat menjamu selera.
Penangan Restoran Acu Tera ,Sotong Celup Tepung ,Sabak Penangan Restoran Acu Tera ,Sotong Celup Tepung ,Sabak Reviewed by Amar Razali on May 12, 2018 Rating: 5

8 comments:

  1. Nampak meriah pinggan pun...sedap laaa tuu...Sabak belah mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat pantai sabak ni direction kalau nak pergi:
      https://www.google.com/maps/dir/''/restoran+acu+tera/data=!4m5!4m4!1m0!1m2!1m1!1s0x31b6b15fa5bb7681:0xba474c9ba2fc2c11?sa=X&ved=0ahUKEwi9_-CCiZfbAhUJqI8KHaV4C4kQ9RcIjAEwDw

      Delete
  2. Sotong goreng tepung memang feveret.lepas nih kalau bercuti boleh singgah sini

    ReplyDelete
  3. sotong goreng tepung my favourite food tau.

    ReplyDelete
  4. sabak mana ? sabak bernam ke ? kalau sabak bernam, saya orang sabak bernam. saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan blog awak. kalau sudi meh lah singgah blog baru saya hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat Pantai Sabak kat Kelantan kalau Sabak Bernam tu jauh sangat,hahaha

      Delete
  5. lama dah x ke area pantai sabak tu. kena pi acu tera sutong celup trpong tu!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.