IFTAR RAMADAN 'SOUQ RAMADAN @ PERDANA' DI HOTEL PERDANA KOTA BHARU

Assalamualaikum dan hai semua,lama tak jenguk korang,rindu sangat rasa.Macam biasa tanpa melengahkan masa ,Amar akan sharing pengalaman dan keenakan berbuka puasa di Souq Ramadhan Hotel Perdana.Pada pandangan Amar,pakej berbuka puasa buffet di Hotel Perdana atau lebih dikenali dengan "SOUQ RAMADHAN @ PERDANA" sangat lah menjimatkan dan berbaloi.


"Apa yang dimaksudkan dengan Suoq Ramadhan ni?",

Souq ni sebenarnya merupakan perkataan arab yang bermaksud bazar,jadi Souq Ramadhan membawa erti bazar Ramadhan.Hal ini kerana,pada tahun ini Hotel Perdana telah menyediakan sebanyak 185 sajian dari seluruh Malaysia berkonsepkan menu timur tengah,termasuk pelbagai jenis kurma,13 jenis minuman sejuk dan 2 jenis minuman panas.Untuk pengetahuan semua juga, sebenarnya Hotel Perdana sudah lebih 4 tahun mengekalkan tradisi 'souq ramadhan' ni.Berbanding tahun lepas terdapat beberapa jenis hidangan telah ditambah ke dalam menu pada tahun ini.

Bercakap pasal menu,menu apa yang korang nak makan? Kari Kambing Gearbox?Ketam berempah?Daging Bakar? Just name it and they will have it.Kambing panggang merupakan hidangan wajib kat sana.Semua jenis makanan yang terlintas kat fikiran korang semua ada.Daripada sekecil-kecil kuih gula melaka 'onde-onde' hinggalah sebesar hidangan Sup Torpedo pun ada kat sini.Kalau korang nak makan rojak buah sebagai pencuci mulut pun ada.Kalau nak cakap pasal makanan memang tak habis,korang kena datang sendiri, barulah rasa menyandar nak habiskan apa yang korang ambil.Korang boleh usha gambar dan video kat bawah:



Menu hidangan utama juga termasuk Nasi Mendy,Mendy Kambing dan Ayam,Patin Masak Tempoyak,Ketam Berempah,Masak Lemak Perut dengan Rebung,Lo Hon Chai,Rendang Kupang dengan Kacang Panjang serta Kari Sotong dengan Nenas.


Pelbagai jenis sup termasuk Sup Torpedo,Sup Tulang Rawan dan Bubur Lambuk Daging Rusa turut disediakan.Anda pasti akan terpegun tengok makanan kat sini.



Peminat ulam-ulaman jangan sedih okay,ulam kegemaran anda juga ada disini.Budu and sambal lada ofcouse lah ada.Sesuailah kalau nak bawa tokwan ke makwan datang sini,diorang pun dapat makan apa yang diorang suka.Anak-anak pun sama,pelbagai jenis hidangan untuk pelbagai peringkat umur disediakan.Selain itu,pelbagai jenis makanan pasta juga dihidangkan di sini.



This is always my favourite,jeruk buah-buahan and rojak buah.Pergi mana-mana pun mesti akan ambik benda-benda ni.



So this is our table,banyak benau kitorang ambil.Last-last lelah nak habiskan semua makanan.Bukan taknak tinggalkan tapi membazirkan amalan syaiton,hehe.For the drinks,i pick soursop which is really really nice and relieving.Lepas makan ni,Amar tambah lagi kebab sebagai pencuci mulut.Terdapat juga pencuci mulut lain seperti Akok Panas,Apam Balik,Bubur Kacang Hijau,Ais Krim Goyang,Sago Gula Melaka,Krim Karamel,Pulut Tapai,Ais Kacang serta pelbagai hidangan kuih muih melayu untuk dinikmati.


Bagi yang tak suka duduk didalam aircond pula,tempat makan outdoor bersebelahan dengan kolam juga disediakan untuk keselesaan pelanggan.Permandangan kolam renang yang indah juga akan menjadikan anda lebih tenang dan beselera untuk makan.Terdapat juga 5 masakan kawah yang disediakan seperti Gulai Kawah Daging Tetel,Kari Kepala Ikan,Gulai Ayam Kampung Sumatera,Kari Kambing Gearbox dan Daging Salai Masak Lemak Mangga Muda.


Siapa je kan yang tak suka tengok kolam sambil makan?




Peminat roti tempayan juga harus tidak melepaskan peluang untuk mencuba.Terdapat dua pilihan kuah iaitu Kuah Kari Kambing dan Kuah Dal.


Antara menu iftar popular tahun merupakan Ikan Bakar dengan Air Asam dan Sambal Kicap Bawang


Makanan pick and mix pun ada sekali,just take what you want and they will make it for you.


Selain itu,apa yang menariknya juga disini ialah,turut disediakan surau di tingkat 1 bangunan hotel untuk para jemaah menunaikan kewajiban serta untuk bersolat terawih bersama-sama.Selepas solat terawih pun anda masih boleh turun semula untuk makan.Maksudnya makan sampai kenyang ,solat dulu,then sambung makan balik.Jangan risau pasal makanan habis lepas solat terawih,sebab chef-chef kat sana akan sentiasa menambah makanan yang ada.Barisan chef yang diketuai oleh Esekutif Chef Ibrahim Abu Lasi juga akan menyediakan menu bufet berbeza-beza pada setiap hari sepanjang enam hari pusingan.Oleh itu,tiada masalah untuk menempah meja pada setiap hari kerana menu yang disediakan akan ditukar-tukar.

Jadi apa yang korang tunggu-tunggu lagi,kesemua hidangan yang disediakan hanya berharga RM85 nett seorang dan diberikan juga diskaun 50% untuk kanak-kanak yang berusia 5-12 tahun.Bagi yang berminat untuk mengadakan majlis persendirian atau korporat juga boleh diatur di dewan-dewan dengan harga RM70-RM80 seorang untuk tempahan minima 50 orang.Kalau nak buat event apa-apa just buat kat sini sebab tempatnya yang eksklusif dengan harga yang berpatutan disamping permandangannya yang cantik.Apa-apapun jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan just contact nombor 09-7458888 atau pun faks 09-7588855.Tapi ingat kalau korang nak makan,korang kena book awal untuk prepare meja,barulah boleh nak duduk tepi kolam ke kat mana ke.Bukan tak boleh walk in tapi just digalakan tempah awal okay.


Sekalung penghargaan juga amar ucapkan kepada pihak Hotel Perdana ,Pn Nik Adura Zuliana,Kak Fatihah kerana memberi kami kesempatan untuk merasa 'Souq Ramadhan @ Perdana' ni.Tak lupa juga Amar nak berterima kasih pada Kak Ayunie (boleh klik nama kak yunie untuk terjah blog dia) sebab mencari peluang ini untuk kami serta team team BPT.Staff-staff disini sangat ceria dan mesra pelanggan,bukan makanan sahaja yang sedap malah layanan yang diberikan kepada pelanggan sangat tittop.Amar harap dapat join lagi program macam ni untuk tambah pengalaman and jadikan ni pengalaman yang tak dapat dilupai.

Sekian.
IFTAR RAMADAN 'SOUQ RAMADAN @ PERDANA' DI HOTEL PERDANA KOTA BHARU IFTAR RAMADAN 'SOUQ RAMADAN @ PERDANA' DI HOTEL PERDANA KOTA BHARU Reviewed by Amar Razali on Mei 23, 2018 Rating: 5

10 ulasan:

  1. wah harganya berbaloi baloi...

    BalasPadam
  2. Terliurnya tengok makanan yg lazat2 tu.

    BalasPadam
  3. wah... ada indoor dan outdoor... terliur akok panas.... abis ke tu mkan byk2 amar? hehe

    BalasPadam
  4. syoknya! nasib baik dah kenyang makan berbuka tadi haha.

    BalasPadam
  5. all the best amar. thanks sebab sudi ikut kak yunie. hehehehe

    BalasPadam
  6. wah
    nampak menarik dan sedap2 makanannya
    rezeki alhamdulillah

    BalasPadam
  7. wowowow..syoknya makan.Mcm2 ada tu

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.