Topup, Berbelanja & Cashback dengan BOOST

Korang familiar tak dengan aplikasi ni? Amar rasa banyak dah iklan pasal apps ni.So entri ini ditujukan khas kepada mereka yang belum tahu atau masih ragu-ragu untuk download aplikasi ni.*Entri ni sangat ikhlas dan tidak ditaja*
Setelah sekian lama setia mengunakkan apps ni,Amar rasa apps ni sangat menjimatkan dan patut ada kat smartphone korang semua.Berikut merupakan transaksiku yang lepas :


Boost mengandungi banyak fungsi yang menarik contohnya seperti topup,hantar/terima duit kat kawan,hantar hadiah,beli voucher dan bermacam-macam lagi.Mudah je nak guna apps ni,just masukkan duit dan terus boleh guna.Sekarang Amar nak cerita part best pasal apps ni.Kalau korang still guna prabayar macam Amar,biasanya korang kalau nak topup,korang pergi beli kat kedai topup/7eleven kan.Sebelum ada apps ni,Amar akan topup guna myBSN sebab Amar hanya ada kad bsn je.Kelebihan bila guna boost untuk topup ialah,korang boleh shake(goncang) phone anda untuk dapat duit free.Kadang-kadang dapat 20sen,50sen dan sampai RM1 pun boleh dapat.So trik Amar bila guna boost ialah,kalau Amar nak topup RM30,amar takkan ambik yang RM30 terus.Amar akan ambik tambah nilai yang paling rendah iaitu RM5 dan ulang sebanyak enam kali,so bolehlah shake sebanyak enam kali.Kan dah dapat banyak duit kalau macam tu.Selain tu juga,Amar tak pasti macam mana dapat yang ni,tapi setiap hujung bulan je atau tiba-tiba dalam wallet boost amar akan naik RM10,RM5 pun ada jugak entah dari mana tak tahu(mungkin cashback).Dapatlah duit untuk topup free.

Selain daripada topup juga,anda boleh guna apps ni di sesetengah lokasi yang berdaftar seperti Chicken Rice Shop,Nandos,Tealive,Dunkin Donut dan pelbagai lagi tempat lain.Amar juga yakin Boost akan memperbanyakkan lagi tempat pembayarannya.Lebih kerap anda guna apps ni,lebih banyak duit ajaib yang akan masuk dalam wallet anda.Anda boleh bayar kat tempat yang ada simbol dan qr code boost di bahagian cahsier.

Just tekan 'scan me' and scan code QR yang ada kat kedai tu

Fungsi menarik seterusnya pula adalah voucher yang ditawarkan dalam aplikasi boost.Dengan adanya voucher ni,korang boleh jimat banyak duit.Contohnya voucher grab dijual dengan harga RM4.50 untuk ride RM5.Memanglah 50sen je beza tapi kalau korang pergi dan balik dah jadi RM1 kan.Promosi voucher raya juga turut disediakan seperti potongan 50% untuk langganan JOOX untuk satu bulan dan banyak lagi.Pelbagai jenis voucher disediakan seperti Steam,Spotify,iFLix dan lain-lain.Memanglah harga untuk sesetengah voucher tu sama je dengan harga asal tapi kalau selalu guna apps ni mestilah akan dapat kelebihan berganda seperti cashback.

Pelbagai jenis voucher disediakan untuk setiap kategori

Banyak lagi kelebihan lain yang ada pada apps ni seperti promosi untuk setiap event hari raya dan juga piala dunia.Jika diteliti dengan baik,terdapat banyak cara untuk berjimat cermat secara maksima tapi tidak keterlaluan sehingga sanggup tidak makan.Salah satu caranya ialah dengan menggunakan apps ini,kerana perkara seperti tambah nilai merupakan rutin bulanan atau mingguan kita jadi apa salahnya untuk mengunakan setiap kelebihan yang disediakan.Sesiapa yang berminat untuk cuba boleh download apps ni,Amar akan tinggalkan link dibawah:


JIka berminat korang boleh juga guna Amar punya referal code untuk peroleh lebih ganjaran:
muh41mn


Amar harap entri ni sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk berjimat sedikit wang.
Sekian,adios.









Topup, Berbelanja & Cashback dengan BOOST Topup, Berbelanja & Cashback dengan BOOST Reviewed by Amar Razali on Jun 29, 2018 Rating: 5

13 ulasan:

  1. wahhhh macam tu rupanya tips dapat banyak, boleh try lepasni

    BalasPadam
  2. terbaek. :)

    Jemput join segmen ejulz kalau sudi k :)

    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    BalasPadam
  3. menarik juga ni...

    pssttt... Salam... Terima kasih kerana sudi join Segmen Nak URL Blog #35 Mialiana.com

    Senarai peserta ada di http://www.mialiana.com/2018/07/senarai-url-blog-35.html

    Maaf sangat-sangat. Mia baru sempat nak blogwalking dan pemenang akan diumumkan pada hari ini juga.

    Semoga berjaya (^_^)

    BalasPadam
  4. Menarik juga.. boleh cuba juga ni

    BalasPadam
  5. menarik sangat sebab tu anak2 Umi memang ada apps ni dalam hp masing2..

    BalasPadam
  6. Sis masih lagi kurang jelas dengan Boost apps.. Sis dah lama sign up tapi belum try lagi..
    Mungkin kena explore lebih baru ada confident guna..

    BalasPadam
  7. Apps ni xde lagi dalam hp, nti nak try install n explore sbb nmpk mcm best

    BalasPadam
  8. Tak pernah guna app ni.. Nanti boleh try gak ni

    BalasPadam
  9. Kak pip suka kalau yg boleh bagi cashback .. So far kak pip guna shopback saja .. Lepas ni nak explore boost pula ... Tenkiu dgn entry ni, informative sangat.

    BalasPadam
  10. Macam menarik je! Ni baru nak try install. Hope boleh lebih berjimat. Tq sebab share info.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.