Review HausBoom yang Viral !


Hello guys, baru-baru ni viral pasal air hausboom ni kat media sosial. Isu tu sangat sensitif and kita tak tahu siapa betul dan siapa salah. Amar taknak berpihak pada sesiapa and just nak bagitahu korang review jujur Amar pasal air ni samada betul-betul sedap ataupun hanya marketing semata-mata.


First and foremost, Amar memang tak jangka yang Amar akan buat review pasal air ni. Ok intro sikit macam mana boleh terlintas nak tulis. Ceritanya bermula pada suatu malam yang bosan, dalam pukul 4 pagi to be exact, memang tak boleh tido so Amar and a friend decided la nak pergi 7Eleven to pick up something but don't know what is it. Pastu kitorang lepak la kat meja 7E jap, terpandang pulak promosi air hausboom ni just RM3.50 for two bottles. Ok murah, kitorang terus gi kat peti air untuk check. Tengok-tengok kat sana ada 3 flavor pulak, nak beli 2 perisa rasa macam nak cuba satu lagi. Fikir lepas fikir, Amar pun ambil 4 botol and decide to write a review about this. Masa tengok kat 7E ada tiga perisa je tapi lepas google ada bermacam-macam perisa pulak. Korang boleh gi check sendiri la kot.


Botolnya diperbuat daripada kaca dan tudung botol diperbuat daripada besi. Design yang quite simple but interesting.


The first flavor that we try is Blackcurrant. Rasa gas nya sangat kuat dan masam. Apa yang menarik pasal botol ni adalah, kat belakang dia ada tulis level of the sweetness, sour and fruity. Level-level tersebut adalah berbeza untuk setiap perisa. Turut di paparkan kegemaran siapakah air perisa ni. Macam perisa blackcurrant ni dia tulis digemari oleh lawyer, pilot dan businessman. Tak tahulah dia buat research ke apa tapi memang macam tulah.


Kedua ialah perisa strawberry. So far this is my favourite. Rasanya agak manis dan agak mild. Korang can really taste the strawberry. Sesuai untuk bussiness woman, student dan model. Mungkin disebabkan Amar ni student kot rasanya agak sesuai untuk Amar. Pelik, macam mana dia tahu ?!?!


The last one, expected to be my favourite but it turned out so sour. Rasa masam dia tu, sampai sakit rasa tekak lepas minum air ni. Sesuailah untuk siapa yang suka masam. Definitely paling lambat habis dan habis keesokkan harinya. Air ni dicipta khas untuk penyanyi, engineer dan arkitek. Entah la nak, macam-macam pulak.


To wrap it up, this is the picture of me jadi model untuk air tu jap. Jadi worth it tak nak beli ? Kalau harga promotion macam ni, I think it's okay to try it whether it suit your taste or not but for me Amar lagi prefer untuk beli air 100 plus yang perisa buah tu. Apa pun support lokal product and komen it on your own so that, they can improve their product in the future.
Sekian.
Review HausBoom yang Viral ! Review HausBoom yang Viral ! Reviewed by Amar Razali on February 09, 2019 Rating: 5

11 comments:

  1. Saya pun tak pernah minum sebab bergas. Bolehlah try nanti yang strawberry tu.Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa air strawberry tu sangat ringan dan boleh cuba, paling cepat habis hahahah

      Delete
  2. Botol dia tu nampak menarik. Nanti boleh try juga ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. botol dia nmpk sangat berkualiti yang penting tak perlu guna plastic

      Delete
  3. Boleh tak buat contest untuk dapat air ni.hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh beli sendiri, murah je kan,..
      Lagipun rasanya owner dia dah ada buat contest sebelum ni :D

      Delete
  4. wahh teringin jugak nak merasa hausboom nie sejak dari dulu, tapi susah nak jumpa kat tempat saya.

    ReplyDelete
  5. dah masuk 7E kan ? huhu ok nanti singgah cari. kalo gitu nak try yang stroberi dulu la..

    ReplyDelete
  6. yup dah masuk 7E, boleh la beli di 7E yang berhampiran dengan rumah anda

    ReplyDelete
  7. Okayy nanti nak terjah 7E,menarikk siap ada pilihan kegemaran businessman, lawyer 😂

    ReplyDelete
  8. belum pernah cuba. tapi dapat agak rasa dia macamana

    ReplyDelete

Powered by Blogger.