PETALING JAYA, 4 Februari 2019 – Selaras
dengan matlamat Nestlé Malaysia untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang
ke arah masa depan yang lebih sihat, syarikat baru-baru ini menyumbang bahan
bacaan Braille bernilai RM45,000 kepada Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM).
Bahan bacaan yang bersamaan 1,000 buku itu akan membantu 500 kanak-kanak buta
dan cacat penglihatan.
Pn. Nirmalah Thurai, Pengarah Eksekutif Hal
Ehwal Korporat, Nestlé Malaysia berkata, “Kami amat komited untuk membawa
perubahan bermakna dalam kehidupan mereka yang memerlukan. Sebagai sebuah
syarikat yang menyokong keterangkuman dan kepelbagaian budaya, kami percaya
bahawa setiap insan sewajarnya diberi peluang yang sama untuk membaca dan
menulis, termasuk golongan buta. Kecelikan braille adalah satu komponen penting
dalam pendidikan kerana kemahiran ini membuka pintu dan menambah peluang untuk
orang buta dan cacat penglihatan. Kami berharap sumbangan ini dapat membantu
menambah baik kadar celik huruf dalam kalangan orang buta dan cacat penglihatan
di Malaysia.”
Menurut En. Silatul Rahim Dahman, Ketua
Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama YOBM, “Kami ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Nestlé Malaysia kerana bermurah hati memberi sumbangan ini
dan sekian lama menjadi penyokong kuat masyarakat buta. Sumbangan ini pasti
akan memberi banyak manfaat kepada masyarakat kami, terutama sekali kanak-kanak.
Di YOBM, kami percaya bahawa pendidikan boleh memutuskan kitaran diskriminasi
dan kemiskinan, dan buku-buku ini pasti akan memberi peluang kesaksamaan kepada
masyarakat kami.”
Mengenai Nestlé Malaysia
Nestlé merupakan pengeluar makanan dan
minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di
189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami
komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti
kehidupan serta memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat.
Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan
kami. Menjana khasiat rakyat Malaysia
sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama
dan produk kami yang bermutu tinggi.
Kami juga komited untuk mempertingkatkan
kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan
kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami
untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut
tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari
www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di
http://www.facebook.com/NestleMalaysia
Nestlé Sokong Kecelikan Braille Sumbang RM45,000 kepada Masyarakat Cacat Penglihatan
Reviewed by Amar Razali
on
Februari 11, 2019
Rating:
Suatu usaha yang murni sbb mungkin tidak byk bahan bacaan yang bersesuaian untuk mereka diluar sana. Jadi, dgn adanya usaha ini moga mereka dpt meningkatkan keupayaan untuk kehidupan yg lebih baik.
BalasPadamGood job Nestle
BalasPadamBagusnya, menjana khasiat rakyat Malaysia.
BalasPadamTahniah Nestle kerana prihatin dengan nasib golongan cacat penglihatan, semoga perniagaan terus berkembang.
BalasPadam