Bingsu ala Korea di Warung Badik Badik (HARGA BAJET)


Jom food hunting area Kelantan. Untuk kali ni kita telah sampai ke Warung Badik-Badik dan sebenarnya banyak kali dah pun Amar sampai sini tapi kali ni baru sempat snap gambar and tulis kat blog ni. Disebabkan harga kat warung ni boleh dikatakan agak berpatutan so no wonderlah boleh datang sini banyak kali disamping makanannya yang agak sedap.

Welcome to Warung Badik-Badik !!


Lokasi kedai ini agak tersembunyi kerana melalui jalan raya, anda tidak dapat melihat dalaman kedai yang mana anda hanya dapat melihat pintu pagarnya sehaja dari luar. Walaupun dah berkali-kali Amar datang ke sini, kitorang masih sesat untuk mencari pintu pagarnya agak kecil dan terpaksa U-turn berkali-kali. Tempat parking disini agak penuh dan anda terpaksa parking berjauhan dari kedai dan berjalan kaki.



Sepertimana yang anda dapat lihat daripada gambar, kedai ini sentiasa dipenuhi dengan pelanggan yang lapar dan ternanti-nanti untuk menikmati makanan di warung tersebut.Jadi,kalau korang nak datang sini, korang kena datang dengan sangat awal, pada waktu kedai tersebut baru dibuka iaitu pukul 3 petang. Tu pun dah ramai dah yang tengah menunggu untuk diambil order. Kedai ini dibuka pada pukul 3 petang sehingga pukul 11 malam pada setiap hari kecuali hari ahad dan jumaat. Pada hari jumaat kedai ini mula dibuka pada pukul 5 petang untuk memberi ruang kepada solat jumaat dan pada hari Ahad, kedai ini tidak beroperasi. Walaubagaimanapun, Amar tak dapat nak describe kedai ni pada malam hari kerana selalu sampai sini waktu petang sahaja.


Menu di kedai ini tidak terlalu berkepelbagaian, so anda mempunyai pilihan yang terhad untuk order. Kitorang decide untuk order bihun So-so. Anda boleh pilih sama ada anda nak makan bihun ataupun Kueh-Tiow tapi harga untuk Kueh-Tiow adalah lebih 50 sen iaitu RM2.50 untuk semangkuk kueh-tiow bersaiz biasa. Yang Amar order tu adalah bihun so-so bersaiz besar iaitu berharga RM4.00. Beza saiz besar dan saiz kecil ialah bihun yang lebih  dan isi ayam yang lebih. Terdapat juga topping yang berharga 50 sen kalau anda nak tambah telur burung puyuh atau telur goreng ataupun isi ayam lebih. Kalau anda tambah RM1.50, anda dapat menikmati Telur Masak Joget di atas bihun anda. Diorang juga ada sediakan sambal kicap disamping  bihun so-so anda. For me the sambal kicap is very sedap dan perfect untuk melengkapkan rasa bihun so-so tu. Pedas sambal kicap tu tak boleh nak bawak bincang.Very Good!

Then for me, the signature dish kat sini adalah bingso mangga yang kitorang order tu. Kitorang just order satu je benda tu sebab kitorang pun order air buah gak. So we memang fully stuffed la dengan air kat situ. The bingso is so sedap because dapat makan pada hari yang panas dan tekak kitorang rasa sangat satisfying. Selain mangga ada bingso lain lagi seperti bingso tembikai which I tasted it before and taste quite good. Ada lagi menu lain but Amar lupa untuk snap menu dia. So kalau korang nak tahu lebih lebih lanjut, anda boleh datang sini sendiri and jangan lupa komen kat sini apa yang anda rasa.


Thanks for my sister for treating me this delicious food  and we will come back again to this warung. So, tempat ni sangat sesuai untuk korang bawak keluarga ataupun yang tersayang untuk belanja diorang tanpa memikirkan banyak duit yang habis because kedai ni is so affordable.

Sekian saja untuk kali ni, Amar akan pergi banyak lagi tempat lain and stay tuned guys ðŸ˜„ 
Don't forget to follow this blog and my other social media.

*Update*sebab ramai yang tanya location kat mana

Bingsu ala Korea di Warung Badik Badik (HARGA BAJET) Bingsu ala Korea di Warung Badik Badik (HARGA BAJET) Reviewed by Amar Razali on Februari 15, 2019 Rating: 5

11 ulasan:

  1. salam amar akak singgah sini n follow .. kat mana warung badik tu.. menu dah murah .. patutlah ramai yg datang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jalan dia dari Kota Bharu nak pergi ke Airport PC. Kat tepi Butik Soukha, nak mudah waze je

      Padam
  2. Sounds interesting, thanks for the review and suggestions.

    BalasPadam
  3. As salam. Alik mana kedai ni? Nak pergi la jika ke KB nanti.
    Dah follow blog Amar. no 101. Blog amar juga tersenarai di dlm blog list abam kie.
    Harap maklum. TQ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. thank you Abam Kie, Amar dah update location kat posting boleh check.

      Padam
  4. dekat area sana banyak yang murah kan..bagus lah

    BalasPadam
  5. Tak boleh tengok gambar lelama..lapar ni oi..haha..awatla terbaca pasal makanan pagi2 ni >_<

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.