Siapa yang
pernah pergi Penang? Angkat tangan! Negeri yang terletak di utara Malaysia ini
mempunyai banyak tempat tarikan untuk dikunjungi. Bagi yang dah pernah jejak
Penang, adakah tempat yang ada pergi tu ada tersenarai dalam list ni? Kalau tak ada,
korang boleh datang Penang lagi sekali. Cakap pasal Penang terus terbayang nasi
kandar sebab kat Penang nilah korang dapat rasa nasi kandar orginal. Lagipun
bukan susah pun nak pergi travel zaman sekarang, just bukak phone atau laptop
search je flights to Penang and terus boleh banding tiket flight mana yang
murah dan mengikut kesesuaian. Sangatlah menjimatkan masa, duit dan tenaga
sebab tak perlu pergi jauh-jauh. Kalau nak jimat lagi, plan dan book awal-awal
untuk dapat harga yang special.
1.TAMAN BOTANI PULAU PINANG
Imej: Traveloka Blog |
Pada zaman dulu, taman ni dibina oleh penjajah British untuk
cari tumbuhan yang sesuai untuk dipasarkan. Bila British dah diusir keluar oleh
Jepun, tempat ni dijadikan sebagai tempat mencari tumbuhan yang sesuai untuk
dijadikan ubat. Taman Botani ini terletak di Jalan Kebun Bunga atau dikenali
sebagai Kebun Bunga Pulau Pinang. Taman ini wujud sejak tahun 1884 di bawah
pengawasan seorang pegawai Mat Saleh yang bernama Charles Curtis. Taman ini
mempunyai keluasan sebanyak 29 hektar
dan sering dijadikan tempat riadah dan rekreasi awam yang utama di Georgetown.
Bukan itu saja, tempat ini juga merupakan tempat untuk melihat kera-kera di
habitat diorang sendiri. Menarik bila dapat tahu sedikit sebanyak tentang
sejarah dia.
2. TAMAN NEGARA PULAU PINANG
Imej: Traveloka Blog |
Taman Negara ini merupakan Taman Negara yang terkecil di
Malaysia. Namunpun begitu, taman ini merupakan rumah kepada lebih kurang 46
spesies burung seperti Burung Raja Udang, Burung Uwak-Uwak dan Bangau. Jarak
tempat ini dari Georgetown lebih kurang dalam 45 minit.
3.PANTAI BATU FERRINGHI
Imej: Traveloka Blog |
Bagi peminat pantai, korang wajib melawat pantai yang
popular di Penang ni. Pantai ini terletak disepanjang tepi laluan pantai barat
laut Georgetown dengan deretan resort bertaraf international. Korang boleh
berjemur di bawah sinaran matahari acah-acah Mat Saleh sambil menikmati tiupan
bayu. Untuk pengemar aktiviti yang mencabar, anda digalakan untuk mencuba
aktiviti kayak ataupun luncur angin di sana. Sangat best kalau dapat tengok permandangan
pantai dari atas. Pada waktu malam pula, suasana malam di Batu Ferringhi meriah
dengan bazar-bazar yang menjual pelbagai barangan perhiasan sehinggalah
barangan cenderahati yang menarik. Korang juga berpeluang untuk melihat artis
tempatan mendemonstrate pembuatan kraf yang kompleks serta melukis batik.
Dikenali juga dengan nama Feringghi Walk, bazar-bazar di sini turut menjual
pelbagai barangan menarik untuk dijadikan ole-ole untuk sesiapa saja yang
berada di rumah.
4.TOKONG ULAR
Imej: Wikipedia |
Tokong ini terletak di Sungai Kluang berdekatan dengan
Penang International Airport di Bayan Lepas. Tokong ini tidak seperti tokong
yang biasa kita jumpa kerana ianya dipenuhi dengan ular-ular yang jarang ditemui
di semenanjung Malaysia kecuali di Penang sahaja. Salah satu tempat menarik di
Penang ini dibina sekitar tahun 1850 sebagai tanda peringatan kepada Chor Soo
Kong, iaitu seorang sami Buddha yang pandai mengubat penyakit dan giat menjaga
kebajikan ular-ular di hutan. Cerita yang bestnya, sebaik saja pembinaan tokong
ni selesai, ular-ular ini mula muncul di kawasan tokong dan terus menetap di
tokong tersebut. Di sini juga merupakan lokasi tumpuan pemain ular. Diorang
akan datang ke tempat tersebut untuk bermain ular, jadi kalau korang bernasib
baik korang dapatlah tengok orang beraksi dengan ular kat sini. Rasa macam naik
bulu roma je bila tengok tapi experience ni korang kena rasa kalau sampai di
Penang.
So tunggu apa lagi, korang cepat-cepatlah pergi bandingkan
harga tiket flight untuk MAS, AirAsia, Firefly Airline flight booking mana tahu
korang boleh dapat harga promotion yang menarik. Lagi best kalau korang pergi
dengan family atau kawan-kawan yang terdekat. We do need some travel for out
holiday tau.
4 TEMPAT YANG WAJIB DILAWATI DI PENANG
Reviewed by Amar Razali
on
Februari 20, 2019
Rating:
Menarikkk sangat tempat menarik tu semua.. Ada yang belum sampai so boleh masuk list
BalasPadamsangat menarik
BalasPadamnama je orang penang..sendiri pun tak pernah sampai kat sini..ntah la bila nak jejak..
BalasPadam