Sepetang di Air Terjun Sungai Pandan


*BZZZ*BZZZ*BZZZ*
Terus bangun tidur and tengok phone. 9 Missed Call. MasyaAllah! Terkejut gila,lupa nak off silent phone sebelum tidur semalam. Lekaih-lekaih call balik.

"Wei Amar! Cepatla bawak kitorang gi air terjun, kitorang dah siap ni",pekik diorang.

Aku pun apa lagi, bersiap laju-laju, pack semua barang and pick-up diorang pi sana. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 30 minit dari universiti kitorang. Hampir sampai disana, kami diberhentikan oleh akak penjaga parking.

"Berapa orang dik ??"



Oooo, baru aku tahu nak menikmati keindahan alam semulajadi pun kena bayar. Tanpa banyak tanya kitorang terus bayar and rupa-rupanya parking kereta pun kena bayar asing pulak. Lepas siap bayar semua tu dia cakap pulak sampai pukul 6 je. Masa tu dah pukul 4, so ada dua jam lagi sebelum pukul 6. Ok, ni silap aku sebab bangun lewat tapi takpelah sebab semua perjalanan ni tak dirancang pun.



Tempat parking kat sini sangat luas so korang jangan risau kalau korang datang lewat pun still ada banyak tempat parking untuk korang semua.


Kat sini juga terdapat Kem Pancing tapi orang yang tak ada urusan seperti kami tak dibenarkan masuk. Mungkin kalau korang nak masuk sini kena tempah awal-awal dulu kot.




First impression Amar pasal tempat ni adalah sangat meriah. Ramai keluarga yang datang membawa anak-anak mereka untuk meluangkan masa kat sini. No wonder la tempat ni kena bayar, kemudahan dan kebersihan kat sini terjaga. Kebersihan sungai  dan persekitaran sangat bersih dan tiada sampah. Turut disediakan tempat untuk berkelah yang luas, meja-meja dan bangku kosong, tempat persalinan pakaian dan juga surau untuk kemudahan orang Islam.


For me this is a good public place but my kawan perempuan ada cakap yang tandas perempuan kat sini agak kotor dan tidak selesa. Keadaan tandas juga gelap tapi nasib baik kitorang tak perlu bayar untuk masuk tandas. Sebab ada je tempat sebelum ni yang Amar pergi, nak masuk sana pun kena bayar pastu tandas pun kena bayar lagi.


Kalau anda tidak membawa bekalan untuk berkelah sekalipun jangan risau kerana terdapat banyak gerai jualan makanan. Kami datang pun sehelai sepinggang tanpa tikar dan makanan sebab sekali lagi kami tak plan nak datang sini and datang untuk menghilangkan bosan semata-mata.

Setelah kesejukan dan penat bermain air terjun, kami pun bergegas untuk pulang. Lagipun, jari kitorang pun dah kecut dan nampak macam tempat tu hampir kosong. Walaupun perjalanan ini sangat singkat, kitorang tetap enjoy our trip and berhasrat untuk explore banyak lagi tempat lain pada masa yang akan datang.


Goodbye,adios.
Sepetang di Air Terjun Sungai Pandan Sepetang di Air Terjun Sungai Pandan Reviewed by Amar Razali on Februari 28, 2019 Rating: 5

6 ulasan:

  1. cantik ait terjunnya batu tingkat2 tu rasa nak naik ja... kat mana air terjun sg pandan ni

    BalasPadam
  2. Walaupun orang saya orang Pahang,tapi tak pernah lagi ke air terjun Sungai Pandan. Ramai yang cakap pemandangannya cantik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes sangat cantik, rasa nak pergi skali lagi pun ada

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.