Resepi Cekodok Pisang


Hai korang, hari ni Amar nak berkongsi resepi baru iaitu CEKODOK PISANG !! Macam biasa, apa yang menarik pasal resepi disini adalah semestinya simple dan sedap. Jom kita terus ke resepi.



Resepinya adalah pisang, tepung gandum, air, garam dan gula sahaja ;) simplekan

Cara-cara:
Kupas kulit pisang, masukkan kedalam mangkuk dan lecekkan menggunakkan garpu. Pisang yang kita akan gunakan untuk membuat cekodok pisang adalah pisang yang terlebih masak, lembik dan hampir buruk (kalau guna pisang yang segar, ranum dan kulitnya kuning keemasan agak membazir)  tetapi jangan guna yang buruk sangat sampai berair is a big NO.  Untuk hasil yang lebih sedap anda boleh gunakan pisang emas.


Kemudian, ambil dua cawan tepung dan gaulkan bersama pisang yang telah dilecek. Pastikan pisang dilenyek hingga betul-betul hancur. Kalau saiz pisang seperti diatas boleh guna 10 biji pisang untuk dua cawan tepung. Lagi banyak pisang, lagi rasa pisang dia lepas digoreng which mean lebih sedap. Kalau nak rasa dia overwhelming boleh tambah lebih banyak pisang ataupun kurangkan tepung. Sambil menggaul pisang dan tepung, tambahkan air perlahan-lahan sehingga adunan menjadi sebati sehingga teksturenya sesuai untuk dijadikan cekodok pisang.


Setelah semua adunan digaul, tambahkan satu sudu kecil garam untuk balancekan rasa pisang dan supaya moisture dari pisang tu keluar. Kemudian tambah satu sudu besar gula kedalam adunan.Kalau nak kurang gula pun boleh sebab pisang dah manis dan gaulkan semua sekali sehingga semua aduanan sebati.


Akhirnya, adunan tersebut boleh digoreng kedalam minyak yang panas dan dihidangkan seisi keluarga untuk dibawa berkelah/menonton tv/makan petang atau apa-apa lah yang korang nak buat.
Selamat mencuba!

Resepi Cekodok Pisang Resepi Cekodok Pisang Reviewed by Amar Razali on March 20, 2019 Rating: 5

3 comments:

Powered by Blogger.