Makan Malam Bekelas di Restoran Lila Wadi



Hai semua, korang dah makan ke belum? Sebelum ni Amar ada bawak korang makan kat Warung Badik-Badik kat Kelantan kan. Kali ini Amar nak bawa korang makan ke restoran yang lebih fancy iaitu Restoran Lila Wadi kat Kuantan,Pahang pula.

Warung Badik-Badik ?? Apa yang Amar merepek ni, tak faham lah.

Seriouslah korang tak baca lagi review Amar kat warung Badik-Badik, kalau belum baca boleh klik SINI kejap lagi tapi habiskan baca yang ni dulu. JANGAN LUPA!

Hari ini Amar nak share dengan korang review dan pengalaman Amar, makan kat Restoran Lila Wadi ini. Amar dapat tahu pasal restoran ni lepas Amar makan dekat Kula Cakes yang mana founder kepada kedua-dua kedai ni adalah orang yang sama iaitu Lila Wadi.

Pandangan Luar Restoran Lila Wadi
Dari luar kedai ini kelihatan seperti rumah, laman restoran ini kelihatan sangat lapang dan boleh dikatakan agak mewah. Kami sampai disana pada malam hari, so bila dah masuk area kedai dia, akan ada pakcik pengawal yang akan assist untuk tempat parking kereta. Tempat ni tak ada tempat khas untuk parking kereta so anda boleh park kat mana-mana di tepi jalan asalkan tidak menghalang laluan orang lain. Take note k ;)


Restoran ni agak ramai orang,tengoklah siap ada bangku dan tempat menunggu lagi kat restoran ni. Kalau korang tak book tempat awal-awal memang terpaksa beratur untuk tunggu orang lain siap makan. Kami tak book tempat pun tapi setelah menunggu selama tak lama pun, Alhamdulillah ada meja untuk kami. Kalau korang nak selamat dan tak suka menunggu korang boleh contact +6012 6644 054 for reservation.


Kedai ni terbahagi kepada dua bahagian iaitu kiri dan kanan, bahagian yang Amar duduk ni adalah side kanan kedai. Untuk side kiri pula Amar lupa untuk snap gambar. Restoran ini kelihatan sangat warm and cozy. Terdapat banyak lampu di restoran ini yang mana lampu yang banyak merupakan ciri-ciri kedai yang menarik perhatian. Namun begitu, agak sukar untuk Amar nak snap gambar sendiri sebab terang sangat sampai silau pulak kat belakang but don't worry sebab lampu yang banyak is still a good thing.



Jadi inilah yang dikatakan agak berkelas. Makanan and minuman kat sini is a little bit pricey sebab harga air yang paling murah pun RM5.50 unless you guys nak minum mineral water yang pun berharga RM2 ataupun iced water yang jimat dan berharga 30sen sahaja. Amar tak nak kupas sangat sangat pasal menu kat sini sebab ikut koranglah nak order makanan apa sekalipun kan but I want to comment on the food that I ordered.


Disebabkan harga kat sini agak ehem for us, jadi kitorang just order makanan yang berbeza and memasing share sebab sharing is caringkan. One thing about this kedai is pinggannya is Real Big, that's one of the factor why tajuk posting ni Makan Malam Berkelas. Kebanyakan orang kat sini suka makan steamboat but im not in mood for steamboat at that time.

The first one is lamb chop. Amar ni kalau pasal chop-chop tak minat sangat, tak kisah lah lamb ke chicken ke apa ke but lepas give a try to this one, rasanya agak sedap. Daging dia agak lembut dan senang dipotong, portion yang agak besar dan sos dia pun boleh tahan. Dalam set ini turut tersedia coleslaw and kentang goreng sekali tapi tak ada smash potato tapi okay je sebab kentang goreng dia sangatlah banyak. Kuantiti dia lebih kurang macam kentang goreng yang kitorang order asing tu (kitorang agak kenyang dengan kentang goreng).  Untuk satu set ni kitorang boleh bagi 4 out of 5 stars. 

The next one is my favourite which is Spaghetti Carbonara (beef). Rasa kuah carbonaranya yang creamy beserta parutan keju parmesan yang sangat lazat sudah cukup untuk membuat air liur sesiapapun kecur. Sliced beef juga diletakkan dengan sangat banyak dan kami terperanjat walaupun kitorang kongsi semua makanan ni tetapi kami tetap kenyang. Amar boleh bagi 4.5 out 5 stars untuk hidangan ini. Bagi mushroom soup pula, cara penghidangan sangat kemas dan menarik tapi rasanya biasa sahaja dan tidak faktor wow. Pasal kentang goreng taknak cakap banyak, sedap, crispy dan sama sahaja seperti kedai lain.

Last but not least is about minuman. I choose Pandan Cooler which is i think the signature drinks for Lila Wadi ni. I really enjoy minum Pandan Cooler but bila fikir RM5.50 for air pandan. Seriously Amar ?!?! Makan berkelaskan tapi takpe sebab jarang-jarang je. My friend minum honey lemon cooler yang rasanya sedap tapi agak manis for me. Total up yang kitorang makan is RM66.15 then we split the bills supaya tak rasa berat hati sangat.

I think that all je kot for today. Lepas makan tu terus balik rumah and tidur nyenyak sebab kenyang. Datang lagi to this restaurant ? I don't know sebab I just nak try je and mungkin datang kalau ada orang lain belanja.
Sekian.







Makan Malam Bekelas di Restoran Lila Wadi Makan Malam Bekelas di Restoran Lila Wadi Reviewed by Amar Razali on Mac 09, 2019 Rating: 5

3 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.