Pertama Kali Menang Giveaway *excited*


Hai pembaca blog Amar, entah ada orang baca ke tak hahaha. Thanks sebab sudi luangkan masa and jadi pembaca setia blog ni sedangkan banyak lagi benda lain yang korang boleh buat. Amar sayang korang semua. Kali ni Amar nak share dengan korang pengalaman pertama Amar menang giveaway. Untuk pengetahuan semua, ni bukan first time Amar join giveaway/contest/blablabla semua ni, tapi kali ni terpijak pulak rezeki Amar nak menang. Alhamdulillah :)

Actually, lama dah dapat hadiah ni sejak 13/3/2019 , tapi Amar baru ada kesempatan untuk share rezeki kegembiraan ni ngan korang. Bukan share hadiah k hehe, just nak tunjuk apa yang Amar dapat.

First and foremost, Amar nak bagitahu sikit detail pasal giveaway ni. Giveaway ni dianjurkan oleh seorang kakak blogger YayaAzura.com sempena hari jadi beliau pada bulan febuari lepas. Happy Birthday Kak Yaya. Tanpa lengahkan masa lagi, jom kita usha hadiah apa yang Amar dapat.


See Oh My God, tengok la apa Amar dapat, dua buah buku nota dan fail kain (entah apa nama dia amar pun tak tahu), boleh guna untuk letak kertas, buku, alat tulis dan muat-muat je laptop amar dalam ni. Buku nota tu comel sangat, warna kuning dan ada corak-corak yang menarik. CACTUS! Sape je tak suka cactus kan, kalau tak suka cactus boleh main jauh-jauh. K,gurauje :P Terima kasih kak for this gift, I really like and appreciate it.


Bukan tu je, siap dia bagi kad ucapan lagi. Custom-made for me, i feel so special right now sebab ada nama Amar kat atas tu berserta kata-kata ucapan yang sangat membangkitkan dan membuat Amar lebih berkobar-kobar untuk menghidupkan blog ni. Thanks again kak Yaya Azura. Lepas ni Amar akan lebih giat untuk join banyak lagi contest lain, mana tahu terpijak rezeki lagi haha.

Mungkin tu je kot coretan Amar untuk kali ni sehingga kita berjumpa lagi pada lain masa.
See you when i see you :*
Pertama Kali Menang Giveaway *excited* Pertama Kali Menang Giveaway *excited* Reviewed by Amar Razali on April 05, 2019 Rating: 5

13 comments:

Powered by Blogger.