"Ada RM100 je tapi ada hati nak travel?"
"Sedar-sedar la diri kau tu, harga hotel dah 2,3 ratus habis kau tahu tak!"
Hai semua! Adakah anda seorang student ataupun orang yang tidak berkemampuan macam Amar tapi still jugak pergi travel jalan-jalan bawak kawan/family ? Jika YA, maka anda berada di tempat betul. Seperti biasa, Amar akan share tips-tips yang berguna dan sharing Amar kali ni berkenaan 'Cara untuk sewa bilik dengan murah' berdasarkan pengalaman Amar. Amar just spend RM83 SAHAJA sepanjang penginapan Amar untuk bilik yang sepatutnya berharga RM193 selama 4 hari 3 malam. Baca pun tak logik kan,tapi benda ni benar-benar berlaku dengan adanya OYO.
So, apa benda OYO ni ? Sebenarnya OYO ni adalah satu apps untuk buat tempahan/booking hotel. Contohnya macam trivagolah tapi OYO ni tak sepopular tu. Amar kenal OYO (macam kenal orang pulak) ni pun dari twitter . Best tau guna OYO ni, korang boleh dapat hotel serendah atau kurang RM30 sehari. Berbaloi sangat-sangat. Cakap pasal murah mesti korang fikir hotel ni tak berkualiti ke apa kan. Sebenarnya hotel yang berdaftar dengan OYO ni, kat luar hotel lagi korang boleh tengok papan tanda OYO. Bukan tu je, malah toiletries pun ada label OYO lagi. Apa yang Amar nak sampaikan, walaupun hotel ni bermula dengan RM30 je semalaman tapi standard dia sama macam hotel-hotel lain yang berharga lebih mahal.
Selain itu, hotel OYO ni bukan sahaja terhad kepada negeri-negeri di Malaysia sahaja malah boleh digunakkan di pelbagai negara lain contohnya Indonesia, UAE, Singapore, UK, US dan banyak lagi negara lain untuk disenaraikan. Nak senang memang benda ni bertaraf international dan untuk pengetahuan semua, base OYO terletak di India. Jadi next time kalau nak pergi overseas, book je hotel guna apps ni nanti takdelah kena tipu. Walaupun Amar cakap hotel dalam OYO ni murah namun OYO juga ada menawarkan bilik-bilik premium mengikut kesesuaian bajet anda. Bukan itu saja, malah OYO turut menyediakan perkhidmatan untuk sewa homestay. Menarik, semua kemudahan ada dalam satu apps je!
Sekarang tiba masa yang ditunggu-tunggu untuk Amar share pengalaman Amar menginap disebuah hotel OYO yang terletak di Jalan Petaling, Kuala Lumpur selama
4H3M dengan harga
RM83 sahaja. Hotel yang dikenali sebagai
OYO 615 Dragon Inn Premium Hotel ini terletak betul-betul di sebelah 'Chinatown,Petaling Street' , berhadapan dengan 7Eleven dimana lokasi ini sangat strategik.
First sampai situ, kitorang terus ke receptionist untuk check-in hotel. Masa untuk check in dan check out bagi setiap hotel adalah tidak fixed. Just bagi je booking number and then terus dia processkan. Waktu dia processkan bilik, anda dikehendaki membayar
wang deposit bergantung pada hotel tersebut. Kalau kitorang masa tu bayar RM100. Jangan risau, wang deposit boleh dapat balik masa checkout. Lepas siap process terus dapat nombor bilik, remote tv, remote aircond dan juga kad untuk akses bilik. Nak hidupkan elektrik kat bilik kena guna kad jugak.
|
Hotel ni sangat tinggi, kitorang stay kat tingkat 7 and kat atas ada banyak lagi tingkat |
|
Koridor yang bersih dan kemas sangat melambangkan kualiti hotel yang bagus |
|
Suasana yang menarik, sengaja book bilik yang ada tingkap. Bilik agak sempit but it's okay la since kitorang datang untuk tido je, takdelah nak bermewah-mewah ni bagai. |
|
Hotel ni dilengkapi dengan penghawa dingin dan juga WiFi percuma (laju gakla). Tv pun ada tapi tak besarlah namun lebih baik ada daripada takde kan. |
|
Tengok tu, sabun, shower cream dan losyen daripada OYO |
|
Pastikan anda tidak merokok, bercangkung dan membuang sampah dalam mangkuk tandas ya |
|
Tandas berserta sliding door untuk mengasingkan antara ruang mandi dan ruang buang air |
Harga asal bilik untuk semalaman ialah RM64. Ni total bilik kitorang RM193, so macam mana boleh jadi RM83 tu ? Lepas booking korang boleh kurangkan lagi harga bilik dengan invite seramai 5 orang lagi. Satu orang akan ditolak sebanyak RM4 dan kitorang berjaya invite sebanyak 4 orang yay, so tolak RM16. RM96 lagi tu akan ditolak dari OYO wallet kitorang. Macam mana nak dapat duit guna OYO wallet, korang guna je code THEAPXUY5 masa register apps tu and dapat RM100 free-free. Guna code je dapat RM100 tau, kalau register tanpa code tak dapat apa-apa. Then, kalau nak murah lagi korang boleh guna voucher yang dia tawarkan ataupun cari je dalam internet yang orang lain share. Voucher dia bermusim gak, so pandai-pandai la korang pergi usha sendiri.
So apa tunggu lagi, cepat-cepat download apps ni dan rancang percutian korang tanpa menghabiskan duit yang banyak untuk penginapan. Sekian perkongsian kali ni, harap secebis ilmu dari otak Amar ni berguna untuk korang semua.
cantik hotel ni..:)
BalasPadamTuan, dalam oyo money saya ada 2**.00, tapi mcmma cara nak guna oyo money semasa buat pembayaran ?
BalasPadamMinta tolong share.. tq
oyo money hanya boleh digunakan untuk hotel yang dibenarkan sahaja dan nilai pengunaan oyo money biasanya dibenarkan sebanyak 20%-30% sehingga 50% tertakluk kepada hotel tersebut
Padam