Cara hilangkan masalah ads.txt adsense di blogger

Hai semua, apa khabar ? Mesti terkejutkan bila buka adsense nak tengok balance tapi tiba-tiba ada warning macam yang Amar tunjuk kat atas tu kan. Relax guys, relax! Anda berada ditempat yang betul sebab selepas ni, semua kegusaran dan kerisauan anda akan hilang sebab Amar akan ajar anda step by step cara nak hilangkan masalah 
Earnings at risk – One or more of your sites does not have an ads.txt file. Fix this now to avoid a severe impact on your revenue
Ok jom kita start !

1. Tahu publisher ID anda
Ok mudahnya nak cari publisher anda, tak perlu bergegas buka tab lain pun sebab 'pub-id' tu ada dekat homepage account adsense anda je.



2.Paste pub ID anda beserta kod khas di setting blogger
Ok sekarang buka blogger.com. Klik pada 'setting' yang ada pada sidebar, klik 'search preference' yang juga di sidebar. Then akan keluar macam ni.


Next tengok di bahagian monetization, klik edit disebelah [Disabled] tu. Klik yes pada 'enable custom ads.txt content'. Kemudian copy code dibawah dan paste pada ruangan text box tersebut.

google.com, ganti dengan pub id anda, DIRECT, f08c47fec0942fa0
Jangan save lagi, pastikan anda gantikan dulu kod yang merah tu dengan pub id yang anda terdapat di page account adsense anda tadi. Contohnya seperti dibawah.


Siap! Tu jelah yang anda perlu buat. Kalau bukak page adsense tu warning tu akan ada lagi tapi korang biar je warning tu hilang dengan sendiri. Kalau Amar, lepas dua minggu baru hilang warning tu. Harap tutorial ini membantu sedikit sebanyak untuk menyelesaikan masalah anda.
Sekian.
Cara hilangkan masalah ads.txt adsense di blogger Cara hilangkan masalah ads.txt adsense di blogger Reviewed by Amar Razali on Jun 24, 2019 Rating: 5

12 ulasan:

  1. Terima kasih perkongsian.Sebelum ni buka GA ada peringat ni..tapi belum sempat buat tengok semula dah tak terpapar pun amaran tu..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, saya sudah cuba.. Harap ianya menjadi. Memang runsing juga apa perlu dibuat, nasib baik jumpa entri ini. Terima kasih atas perkongsian ini :)

    BalasPadam
  3. Terima kasih untuk perkongsian ni. Saya pun ada dapat amaran macam ni tapi masih tak tahu cara nak selesaikan. Harap-harap tips ni berkesanlah.

    BalasPadam
  4. alhamdulillah senang ja kan jalan penyelesaiannya tapi tu lah, sebelum jumpa jalan penyelesaiannya tu tensen dulu lah. haha

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, done buat. Tapi kena tunggu beberapa hari lagi nak tengok hasilnya hilang atau tak. Thanks ye kongsi info..

    BalasPadam
  6. Thank you kongsi ilmu... runsing jugak tgk mesej tu.. dah buat mcm yang diterangkan. Harap-harap menjadi la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ur welcome. takpe sama-sama bantu rakan blogger :)

      Padam
  7. double confirm cara di sini.. hihihi.. baru buat.. harap settle la tuk 2 minggu ni

    BalasPadam
  8. terima kasih..dah lama dapat notis tapi tak reti nak buat..hehehehe..harini baru berkesempatan, harap okey.. Selamat Hari Raya :)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.