Cara buat passport pertama di UTC


Hai semua, plan nak pergi ke luar negara ke tu ? Meh Amar ajarkan cara untuk buat passport untuk kali pertama. Mudah je nak buat passport ni, buat kejap je terus dapat. Amar nak bagitahu yang Amar buat passport ni kat UTC Pahang tapi UTC kat mana-mana lebih kurang je kan. First, Amar nak korang alert dulu waktu operasi bagi semua UTC di Malaysia sebab hari tu diorang ada tukar waktu operasi kan. Kebiasaannya, hampir semua UTC dibuka pada pukul 8.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Sebelum pergi kesana, pastikan anda membawa kad pengenalan anda serta duit yang mencukupi. Bila dah sampai UTC, cari pejabat imigresen dulu. Kalau tak tahu yang mana satu, boleh tengok gambar kat bawah ni.


Kat dalam tu akan ada empat kaunter. Kaunter pertama ialah kaunter nombor giliran, kaunter kedua adalah kaunter penerimaan, kaunter ketiga ialah kaunter bayaran dan yang kaunter terakhir ialah kaunter serahan.


Baik! Kita mula dengan kaunter pertama dahulu. Masuk je tempat tu, terus ke kaunter nombor giliran untuk ambil nombor dan bagitau dia kita nak buat passport untuk kali pertama. #Sidenote : Passport untuk kali pertama ni penting, jadi simpan baik-baik. Kalau hilang proses akan jadi rumit. Kalau passport expired takpayah buat baru dah, just renew je. Lepas dapat nombor, terus ke tempat isi borang untuk ambik borang dan isi. Alah tempat yang ada banyak pen tu. Borang dia macam ni.


Kat borang tu dah ada semua harga dan kategori untuk passport. Dulu kita boleh pilih nak buat samada nak buat passport 2 tahun atau 5 tahun. Namun, sekarang ada satu je pilihan passport iaitu bertahan selama lima tahun dan berharga RM200. #Sidenote lagi : Walaupun passport anda mempunyai jangka masa selama lima tahun tetapi enam bulan sebelum passport expired anda tak boleh dah nak fly. So, hati-hati dan rancang percutian anda dengan baik kalau taknak kena sekat kat airport.


Lepas siap isi borang, tunggu sehinga nombor anda dipanggil dan sekarang kita beralih ke kaunter kedua iaitu kaunter penerimaan. Bawa semua benda yang diperlukan seperti nombor giliran, kad pengenalan dan borang yang diisi tadi. Di kaunter ni, gambar anda akan ditangkap, kena scan cap jari dan sahkan maklumat. Lepas siap semua proses tu ,dia akan bagi nombor baru untuk buat pembayaran di kaunter ketiga iaitu kaunter pembayaran. Lepas settle bayar, dia akan bagi satu borang seperti dibawah.


Nampak tak 12.30 kat borang tu. Kena tunggu sejam selepas pembayaran dibuat baru boleh ambil passport. So kitorang lepak dulu dan datang balik pukul 1 ptg. Bila dah sampai sana, tengok-tengok pejabat tu rehat lak selama sejam untuk solat zohor. So tunggu lagi sampai pukul 2 ptg barulah boleh datang balik untuk pungut passport.


Buka je pejabat terus kami masuk ke dalam untuk pungut passport. Pungutan passport kat kaunter serahan tu juga, kena scan cap jari sekali lagi dan buat pengesahan kat buku tu. Dah konfirm semua nama betul apa semua, kena sign kat buku tu dan boleh balik dah.


Kat kaunter tu juga ada jual passport cover, tapi kawan aku cakap takyah beli so okay tak beli. Semua process ambik masa kejap je dan bergantung pada ramai tak orang kat sana.


I got mine here, pergi la dapatkan passport korang dan jangan lupa untuk share pengalaman korang juga. Sekian.
Cara buat passport pertama di UTC Cara buat passport pertama di UTC Reviewed by Amar Razali on Jun 25, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.