Mood Blogging macam Chipsmore



Hai semua, waw dah dua bulan tak update blog, lama gak ah. Asyik duk tulis nak buat comeback je, nak fokus blog la tu la ni la. Last-last terabai jugak blog. Tulah, susah betul nak konsisten. Masa bukan takde tapi banyak je, tapi duk bazir makan, bangun, tidur, main game, check social media erm. Kalau buat benda berfaedah sikit mesti dah dapat banyak untung untuk diri sendiri. Benda bagus memang susah nak buat tapi benda mengarut laju je aku ni.

Cuti semester ni ada tiga bulan tapi satu bulan dah pergi entah kemanalah. And yes aku tak kerja dan tak pernah kerja. Pernah je cari kerja dulu tapi tak jumpa-jumpa kerja tu, entah mana la kerja-kerja tu menyorok. Aku pun bukannya berani sangat nak pergi cari kerja, maklumlah tak pernah kerjakan. Mungkin kalau aku berani sikit and step the outside world mesti banyak je peluang yang menanti aku.

Aku rasa masalah utama aku ni sebenarnya malas je. Bukan aku je ada masalah ni tapi ramai! Sebab malas tulah yang timbul banyak masalah. Kalau takde malas atas muka bumi ni mesti ramai dah yang berjaya. Apa aku tulis ni, makin panjang makin kelaut la pulak. Aku rasa baik stop sebelum benda lagi makin mengarut. Tu je kot luahan isi hati aku sekarang ni. Entahla, jarang aku tulis macam ni tapi thanks sebab sudi baca aku rant. Bukan apa tulis semua ni tapi saje je nak cari mood blogging.

Nah aku tempek gambar aku sekeping kat sini, tengok la puas-puas ye 

hahahahahhahahahahhahha -.-
Sekian.
Mood Blogging macam Chipsmore Mood Blogging macam Chipsmore Reviewed by Amar Razali on June 25, 2019 Rating: 5

2 comments:

  1. sama la mcm sis pun.. kdg seminggu blog berhabuk.. mood malas dh mai la kalau gitu tu.. hehe

    ReplyDelete
  2. i just made a comeback..lama menghilang nipun x tau sampai bila akan aktif haha

    happy blogging!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.