Nota : Review ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak.Segala kos pembelian makanan,produk dan lain-lain dibeli menggunakan duit sendiri.Ini merupakan review yang paling jujur dan ikhlas dari hati nurani yang pernah anda baca.Tajaan PapaMama mungkin termasuk dalam pembelian.
Setelah melihat beberapa iklan mengenai Chilindo di
beberapa laman sosial seperti facebook dan instagram,tiba-tiba Amar rasa
tertarik untuk mencuba laman membeli belah secara bidaan itu.Jadi disini,Amar
cuba untuk berkongsi pengalaman di laman membeli belah tersebut. Amar berharap
entri ini sedikit sebanyak dapat membantu anda sebelum membeli belah di laman
tersebut dan selamat meneruskan pembacaan anda J
First impression bila Amar masuk Chillindo Amar rasa teruja
sangat.Yelah,siapa tak teruja sebab dapat membida start dari RM0.10 kan.Barang
kat sana kebanyakan barang-barang biasa jer.Takde lah dia nak jual barang macam
sofa ke benda-benda besar macam TV pun takde yang.Pasal barang tu Amar rasa
korang boleh check sendiri ya.Amar ni peminat barangan gadget.So,Amar
bertungkus-lumus nak dapat barang dengan harga terbaik terpaksalah cuba banyak
kali bidaan sampai dapat jugak barang Amar nak.
Antara barangan yang Amar beli ialah:
1. Travel bantal: Dark Blue
2. POPSOCKET Gripper : Pemegang Telefon Pintar
3. Tripod untuk Kamera
4. Tripod Octopus Fleksibel Untuk Telefon Mudah Alih: Biru / Merah
5. Konverter Micro-USB ke Lightning
6. Pemegang Telefon Universal : Putih Berseri / Putih / Hitam / Merah Jambu
Ya,tu je barang yang amar beli,just enam barang je.Nak beli
banyak sangat takut membazir pulak sebab barang yang amar beli tu pun dah
pelik-pelik.Nak beli sikit sangat pun membazir jugak sebab shipping cost
RM8.Lepas membuat pilihan barang,barangan-barangan di atas berjumlah RM32.64 termasuk postage.
Nak cerita masa membida,punya lah lama amar try sebab nak
dapat harga murah kan hehe.Amar bukan bida dalam masa sehari ni,tapi
berhari-hari bila ada je leisure time terus bukak phone and bermulalah
perperangan bida.Based on pemerhatian masa Amar bida,Amar dapat rasa yang
pembidaan ni bukan je manusia je yang terlibat malah komputer (bots) pun
terlibat sama.Korang faham tak ayat amar tu,maksud amar macam ni.Contoh amar
bida neck pillow tu dengan harga RM0.50.Memang konfem amar takkan dapat barang
tu dengan harga RM0.50 walaupun membida pada pukul 3 pagi sekalipun.Akan muncul
lah pembida nama siam lah apalah,nama pelik-pelik pastu nama sama pulak
tu.Memang amar rasa dah ada had harga minumum untuk sesuatu barang,yang diwujudkan oleh kompeni
Chillindo sendiri,supaya kita rasa kita membida dengan manusia ;’( hmm
sedihkan.
The next is let go to the kualiti barang pulak,
Sebut je harga murah,hang takpayah nak menangis lah kalau
barang yang baru anda beli dah patah atau rosak.Tapi harga tak melambangkan
kualiti ya.Mungkin ada je barang yang murah dan berkualiti.Amar akan buat review
semua barangan yang Amar beli di Chillindo berdasarkan apa yang berlaku.
Masa amar nak beli benda ni,punyalah amar ingat benda ni
besar sangat and berat.Tapi bila test je,pfttt,pendek je rupanya benda ni
walaupun dah extend.Kalau nak betul-betul tinggi korang kena letak atas meja ya.Benda lain pasal tripod ni okay
je,ketinggian je yang tak okay.
2. POPSOCKET Gripper : Pemegang Telefon Pintar
Kalau anda masih tak tahu pop socket tu apa.Anda boleh baca
artikel dibawah dulu
Ok,So far,walaupun benda ni RM1.87 inc.gst jer.Tapi benda ni agak
berkualiti sebab amar dah cabut dari belakang phone sebanyak tiga kali tapi
masih boleh melekat dengan sempura.
3. Travel bantal: Dark Blue
Amar pun tak tahu kenapa Amar beli benda ni,mungkin sebab
nak cukupkan troli taknak bagi membazir sangat je kot.Sampai je barang ni,Amar
tiup guna mulut sebab takde pump.Pakai jarang-jarang sekali sebab amar tak suka
sangat benda ni dan tak perlu.
4. Pemegang Telefon Universal : Putih Berseri / Putih / Hitam / Merah Jambu
Benda ni amar sangkut kat tepi katil sebab tempat cas phone
amar jauh sikit je daripda katil.Balik je kelas amar akan sangkut phone amar
kat sini and sambung charger.Bila rehat atas katil jadi mudah lah sebab pandang
je tepi terus boleh nampak phone tengah cas tergantung tepi katil.Benda ni
boleh ganti meja lah kiranya kan.
5. Tripod Octopus Fleksibel Untuk Telefon Mudah Alih: Biru / Merah
Amar beli benda ni sebab amar suka rekod video diri amar
sendiri bercakap-cakap.Acah macam youtuber lah.Rekod je tapi tak publish pun
sebab still tengah practice.Pasal benda ni,sebab kerap sangat guna and betulkan
kaki dia.Benda ni dah patah tapi still boleh baiki lagi tapi beberapa lama
kemudian patah balik.Nasib beli dua tripod kan.Amar suka sangat yang ni sebab
saiz kecil dan boleh gantung kat mana-mana.
6. Konverter Micro-USB ke Lightning
Beli benda ni sebab ingat mudah boleh selit dalam walet and
kalau terlupa bawak charger iphone boleh je guna benda ni kat mana-mana kabel
samsung.Biasanya kabel samsung banyak bersepah kat mana-mana kan.Bila tengok
balik port kat dalam benda ni
*UPDATE* benda ni dah rosak time amar nak guna
*UPDATE* benda ni dah rosak time amar nak guna
What quality of plastic they put in this thing.Nasib murah dan tak rosak kalau tak komplain banyak dah.Still tak pernah guna benda ni,sebab takde
situasi kecemasan pun atau memang benda ni takkan berguna sampai bila-bila.:P
For the conclusion,I think tak lah teruk sangat beli barang
kat sini kalau korang pandai pilih barang dengan harga yang bersesuaian.Korang
boleh try lah lepas try beli barangan kat sini and jangan lupa kongsi
pengalaman anda dekat ruang komen kat bawah.
I think thats all for today review,lain kali amar akan tulis
review untuk shopping shopping site yang lain kalau anda masih ragu-ragu nak
beli barang kat sana.
REVIEW MEMBELI BELAH DI CHILINDO
Reviewed by Amar Razali
on
September 09, 2017
Rating:
CCL ada jugak terjah laman chilindo ni . Tapi tak besemangat pulak nak membida .hehe .. btw harga murah2 boleh dapat banyak barang kn .
BalasPadamtry la sekali ekeke,belum cuba belum tahu
PadamAkak ada pengalaman beli kat chilindo ni boleh la barang digunakan sampai loni
BalasPadamSuggestion...x payah beli la kat chilindo...x sama rupa dngn gmbr...kualiti mcm sampah...lg2 kuali dngn pemegang fon tu...kuali besi nipis gila...pengepit plak plastic nipis...x kuat...rasa pakai x smpai 2 minggu patah da..thknzz
BalasPadamtapi bukan bole return ke kalau x puas hati within 30 days, kan?
Padamtakpasti lah tapi dia ada tulis jgk kat website macam tu, tapi kalau dah harga barang beberapa sen je nak return balik tu rasanya tak dah kot, kalau barang sampai berbelas ringgit amar lagi rela order kat shoppe kot
PadamSyarikat itu mestilah membeli produk dalam jumlah besar dan dengan itu dapat menjualnya dengan harga yang berpatutan. Mereka boleh membuat keuntungan dalam beberapa produk tetapi mungkin tidak untuk semua.
BalasPadamThe company must have bought the products in large volume and therefore to be able to sell it at affordable prices. They may make profit in some of the products but may not for all.
all the stuff no quality at all.
BalasPadamHye amar. Sy nk tanye. Biase berapa hari baru payment clear? Sebab dah transfer duit pon dekat order still payment pending. Thanks
BalasPadammase amar beli dulu payment terus masuk, mungkin boleh bagi masa 1-2 hari kot tapi kalau still pending boleh contact support team diorang dilaman https://www.chilindo.com/my/Info.aspx?id=331
Padam